Alohaaaa! Hari nie aku nak kuliah sikit dekat korang benda-benda internet ni. Bukan main tenet atau bertenet ok. Itu semua perkara yang mungkar di bulan puasa. Owh masa tak puasa pun mungkar jugak la dow! Korang tahu tak macam mana nak beli domain dan hosting? Dua benda ni merupakan antara perkara yang asas sekali sebelum ada orang ucap tahniah dekat kau sebab kau dah berjaya buat website ataupun blog dengan kudrat dan otak sendiri. Haha!

Sebenarnya takdelah susah nak buat website ni. Cuma masa permulaan tu memang kekok la sikit dengan benda-benda hosting dan Cpanel semua tu. Bila dah biasa nanti semuanya jadi senang je. Trust me bebeyh! Orang yang dah berusia pun boleh buat semua ni. Tak susah! Tak susah! Apa yang penting korang kena mulakan langkah pertama dengan membeli domain dan hosting. Jadi harini aku nak ajar korang macam mana proses pembelian tu dan apa yang harus difikirkan sebelum membeli domain dan hosting.

Domain ni kalau dekat internet, kalau korang nak berniaga dah kira macam nama kedai korang dah. So kadang-kadang ada orang beli domain ni sebab nak mencerminkan perniagaan ataupun nama syarikat dia. Setiap orang beli domain dengan tujuan dan sebab-sebab yang berbeza. Bukan sekadar nama je jugak. Ada faktor yang boleh mempengaruhi cara orang beli domain ni.

Hosting ni pulak macam kedai korang. Kalau korang nak berniaga mesti simpan semua barang-barang dalam kedai kan. Bila dah ada nama kedai, mestilah kena ada kedainya kan? Ehehehe.. So bagi yang nak buat website, blog atau apa-apa jua site sekali pun, nanti semua gambar-gambar, file dan barang-barang yang diperlukan untuk bina website tu akan disimpan di dalam hosting ni.

Korang boleh beli domain dan hosting daripada mana-mana company yang boleh dipercayai dan mantap daripada segi support untuk domain dan hosting ni. Aku menggalakkan korang beli daripada company yang selalu disebut-sebut oleh orang ramai terutamanya blogger-blogger hebat yang dah arif pasal penggunaan domain dan hosting ni. Jangan pulak korang beli daripada company tu jika company tu memang menaja domain dan hosting blogger tersebut.

Korang boleh beli domain dan hosting secara berasingan, tetapi jika sebelum ni korang tak pernah ada domain dan hosting, aku sarankan korang beli serentak. Bila korang dah pilih domain dan pakej hosting yang menarik perhatian mata korang, korang akan update shopping cart company tersebut dan checkout untuk buat pembayaran. Diorang akan bawa korang pergi ke satu halaman invois di mana segala kos dan cara pembayaran akan dinyatakan di situ. Company tu jugak akan email korang salinan maklumat invois tersebut kepada korang.

Kemudian korang boleh buat pembayaran secara online mahupun offline. Online melalui perbankan internet dan transfer ke dalam akaun bank company tersebut. Kalau offline macam biasalah, korang kena terkedek-kedek pergi bank untuk deposit ke dalam akaun bank company tersebut. Jangan lupa untuk simpan resit deposit sebab korang perlu scan ke dalam komputer atau laptop korang dan emailkan kepada company tersebut maklumat pembayaran korang. Kalau guna perbankan online, korang just amik screenshot ataupun copy paste details pembayaran tu je.

Company yang aku syorkan :

Related Posts with Thumbnails