
Hari ni aku nak berkongsi tips lagi. Tips ni membuatkan blog aku dapat traffic mencurah-curah daripada Google, Yahoo dan MSN secara percuma. Kalau secara berbayar aku rasa semua orang dah tahu kan. Hohoho.. Tapi kadang-kadang traffic percuma lagi berkualiti daripada yang berbayar.
Apa yang aku nak kongsikan ni, mungkin korang semua dah pernah tahu. Dan mungkin jugak korang tahu ilmu ni free je, membuatkan korang tak praktikkan. Jadi salah siapa di situ? Hohoho.. Jadi aku harapkan apa yang aku nak kongsikan ni, korang praktikkanlah ya.
Jangan risau, korang tak perlu beli kemenyan untuk semua ni. Korang juga tak perlu sembelih ayam kampung jantan berkokok di siang pagi. Begitu juga dengan daun sengkuang belakang rumah tak perlu diambil 3 pucuk. Ahaks!
Pertama :
Fikirkan topik yang sedang hangat ataupun yang akan sentiasa hangat. Pastikan dalam jangkaan korang, ramai yang akan search topik tu dekat search engine. Contohnya “gambar bogel”. Hahaha.. Pandai-pandai koranglah nak fikir topik apa.
Kedua :
Pastikan tajuk post korang mempunyai keyword yang berkaitan dengan topik hangat tersebut. Lepas tu dalam artikel korang, kenalah tulis keyword tersebut dalam beberapa kali. Contohnya “gambar bogel” dalam 4 kali.
Ketiga :
Sekarang korang kena masukkan tag berdasarkan keyword tadi. Tapi tag ni lain sikit, korang boleh masukkan keyword yang ada kaitan dengan topik tu. Macam “gambar bogel” so korang boleh letak tag gambar bogel artis, artis bogel, maknyah bogel dan lain-lain.
Keempat :
Ok ini yang terakhir, korang jangan lupa bookmark post korang tadi lepas publish. Sebelum ni aku ada terangkan kepentingan social bookmarking. Jadi korang boleh rujuk dekat sana.
-
Ok sekarang dah selesai semuanya. Jangan lupa amalkan tips blogging aku yang tak seberapa ni ya. Kalau korang rasa tips yang aku bagi ni tak berguna, korang abaikanlah. Setakat ni ramai banyak je awek Google, Yahoo dan MSN yang datang bersidai dekat blog aku. Syukran jazilan! Hehehehe..


26 Responses