name card

Hahaha.. Punya la lama blogging tapi baru ni nak buat name card. Macam mana laa aku buat networking dengan kawan-kawan secara realiti kan. Kalau dalam alam maya setakat kasi-kasi URL tu apa ada hal.. Hehehe..

Jadi di atas adalah name card aku untuk RidzuanRichie.com dan juga diri aku sendiri bagi memudahkan diri aku daripada mengalami keadaan terkial-kial bila orang tanya name card aku. Semua orang ada, aku je yang takde. Bengong! Kata Cikgu Sam (STJ).

Aku memang dah ada name card sebelum ni tapi untuk company kecik aku je le. Bukan untuk blog aku. Biasanya aku dijemput ke mana-mana event atas sebab blog aku takkan nak bagi name card company. Memang boleh, tapi aku tak suka la macam tu.

phone number

Ok lepas ni aku dengan bangganya menyebarkan name card aku ni kepada yang berkenaan termasuk gadis-gadis yang terpaksa mencari pen dan kertas semata-mata untuk dapatkan number phone aku. Lepas ni aku just bagi name card ni je lah :p

25hb dan 26hb Jun ni aku dijemput untuk review makanan di G-Tower Hotel dan Sunway Pyramid Hotel jadi aku tak sabar nak campak name card aku ni dekat diorang nanti. Muahaha!

Sebenarnya design name card aku ni tak sama seperti yang aku impikan, aku design lain keluar lain. Sepatutnya gradient dekat background tu lebih jelas lagi. Alahaaiii.. Nak buat macam manaaa.. Sabaaarr yo laaaa!

Related Posts with Thumbnails