macbook air

Sungguh bersemangat di hatiku ini semasa menerima kehadiran ahli keluarga baru dalam rumahku iaitu sebuah Macbook Air. Hohoho! Berkobar-kobar semangat nak balik rumah guna Macbook Air ni. Tak tahan aku tengok masa kawan-kawan aku yang lain guna Macbook.

Alhamdulillah. Sekarang aku sudah pun memiliki sebuah Macbook. Jeyyyoohhh!! Pada permulaannya aku sangat tertarik dengan kejelitaan dan kerampingan Macbook Air ni.

macbook air

Macbook Air 11 Inch seberat 1.06kg ni memudahkan aku untuk bawak kemana-mana. Senang aku nak online buat kerja dan update blog dekat tempat yang berWifi.

Ringan dan kecik, memang sangat sesuai bagi kaki rayap dan online! Selain tu, manelah tau kot-kot peratusan chance untuk bertegur sapa dengan gadis-gadis molek pun meningkat. Muahaha!

macbook air

Aku sangat kagum dengan kehebatan touchpad Macbook ni. Bila letak 1 jari lain, 2 , 3, 4 jari pun lain fungsinya. Memang terbaik! Fungsi-fungsi yang macam dalam Iphone pun ada.

Kualiti graphic display Macbook Air ni pun memang mantap habis! Bagi sesiapa yang rabun tu, tengok display Macbook ni macam dah tak rabun dah. Hahaha! Tapi sound dia kurang sikitlah, yela dah kecik kan camnela sound system nak power.

macbook air

Sekarang ni yang susahnya masa mula-mula ni kena biasakan diri dengan system Mac dan key shortcut untuk buat task. Sebelum ni sejak aku pertama kali pegang komputer, aku dididik menyanjungi Microsoft Windows bermula dengan Windows 98. Wakaka!

Diharapkan pakar-pakar Macbook di luar sana boleh la bagi tips-tips menggunakan Macbook dekat aku ya. Buat masa ni aku selalu rujuk Mac Tricks & Tips je. Hohohoh! Bagi yang belum mempunyai Macbook tu, silalah berfikir dua kali ya. Heheheh!

macbook air

Related Posts with Thumbnails