Tengah hari tadi macam biasa aku kena layan Melodi. Dah macam kena didik dah pulak tengok Melodi setiap hari Ahad. Hahaha! Antara isu yang menarik, Betty Benafe kecewa dengan sikap beberapa syarikat akhbar, majalah, wartawan dan juga blogger hiburan.

Dia cakap yang gambar tu sepatutnya tak boleh disebarkan begitu saja. Gambar seksi Betty Benafe tu hanya boleh digunakan oleh sebuah syarikat saja. Aku pun dah tak ingat sama ada syarikat tu publisher magazine or surat khabar. Jadi Beety Benafe dapat rasa perkara ni akan berikan kesan negatif pada dia.

Ada orang yang berikan komen positif dan ada yang memburuk-burukkan Betty Benafe sebab gambar tu. Ada yang salah anggap sampai melalut cakap tu untuk video lucah lah. Memang mengarut sangat la tu siapa yang reka cerita macam tu. Kalau mana-mana pihak yang tak layan aduan Betty Benafe ni, dia nak saman pihak tu.

Jadi mana-mana pihak yang terasa macam makan cili tu, cepat-cepatlah mintak maaf. Hoho!

Related Posts with Thumbnails