
Yo geng.. Korang selalu bersenam tak? Haha.. Adakah korang mengambil beberapa minit untuk jawab soalan aku yang simple ni? Hehe.. Masa dekat sekolah asrama penuh dulu ye la aku selalu turun padang. Dah name pun dekat sekolah asrama, nak buat ape lagi ye tak. Kalau ade TV tiap-tiap hari boleh tengok lepas tu tambah pulak kalau ade Astro memang lagi layan la tengok TV kan. Haha.. Tapi nak buat macam mana, SM Sains Tuanku Jaafar tersangatlah kedekutnya.
Dulu masa sekolah kalau tak turun padang, bace komik pastu tido sampai pukul 6. Kadang-kadang main jugak angkat dumbell. Dulu bapak rajin, havoc dengan lawan tangan@gusti lengan je masa dekat sekolah tu. Macam dah jadi kejohanan la, setiap minggu mesti lawan plih opponent yang nampak ego. Muahaha! Walaupun tangan aku kecik aku penah jugakla menang lawan tangan dengan kawan aku yang dua kali ganda berat aku. Dulu aku kurus sikit dow kat sekolah tak macam sekarang. Haha!
Sekarang ni dahla asyik duduk rumah je. Geng bersukan pun kureng, kot bersukan pun pergi jog dekat taman pastu pergi workout dekat gym. Kalau hari-hari camtu mau bosan dow. Nasib baik tak lama lagi Jampau boleh la kot ajak main futsal. Budak-budak ni pun cuti mesti banyak aktiviti eyh. Sambung balik pasal bersenam, setiap kali aku gym aku akan pergi dengan Payid, selaku tukang kata dalam aktiviti kegymnastikan ni. Hohoho.. Kadang-kadang tu Noah Benyamin pun ada sekali. Tapi yang akan tetap datang si Payid ni la.

Atas ni la si tukang kata tu. Dia memang bapak selalu gila pergi gym. Walaupun dia mengantuk dan lambat bangun pergi class, dia akan pergi gym jugak. Wakaka! Lately budak-budak ni agak tergezut la dengan tangan Popye dia tu sebab bapak punya beza daripada dulu. Dulu dah nampak shape dah tapi sekarang ni lain macam padat nye. Dia minum susu ape ntah dia cakap haritu. Owh lupa, kitorang selalu lepak dekat Gym Rakyat Seremban dekat-dekat dengan Restoran Nelayan yang mahal tak agak. Entah apa yang mahal pun tak tahu. Hehehe.. Jangan marah taukey..

Sekarang ni aku dalam proses nak kuruskan badan balik. Haha.. Masa bulan puasa dengan hari raya makan tak ingat dunia. Lepas aku beli dumbell ni dulu selalu2 jugak la aku main dekat dalam rumah kan petang-petang. Tu pun ada time rajin buat la sebab banyak kerja nak dibuat. Bagi yang rasa badan tu dah sihat sangat dan tak sihat tu bawak-bawaklah bersukan or bersenam. Huhuhuhu! Nanti kot berjoging nanti Makcik Esah lagi fit dan laju daripada korang camno? Kang kalau dah kahwin nanti nak berjunub pun 5 minit je susah la kan. Takkan korang nak berjunub 5 minit seround lepas tu rest 5 minit pastu sambung balik minit dan seterusnya. Muahaha!
P/S : Bersenam2, berpeluh2 lah selalu




24 Responses