public gold bar

Setelah membuat pembacaan, penilaian dan pertanyaan dengan rakan-rakan yang berilmu, aku telah mengambil keputusan untuk membeli emas. Patutlah zaman dulu orang selalu simpan emas.

Dulu aku selalu fikir orang pajak emas ni sebab diorang takde duit je. Tu yang diorang pajak emas sebab nak duit semata-mata kemudian lebur. Biasalah, pemikiran budak belasan tahun. Ohohohoh!

emas public gold

Sejak dua menjak ni aku tengok ramai yang aktif membeli emas dan kawan aku pun ada yang trading emas secara maya. Aku pun mengambil inisiatif untuk membuat penyelidikan yang tak diiktiraf mana-mana universiti tempatan.

Aetelah berpuas hati dengan apa yang aku cari, kini baru aku faham kenapa orang selalu membeli emas dan pajak. Lantas itu aku roger sorang akak yang dah lama aku kenal. Dia antara dealer Public Gold yang sekarang tumbuh macam jerawat cendawan.

Aku cakap dekat akak tu yang aku nak beli seketul Public Gold 20 gram bar dan seketul 50 gram bar di mana jumlah kedua-duanya melebih RM10,000.00 . Masa aku beli tu harga untuk 20 gram emas dalam RM3,067.00 dan 50 gram dalam RM7,600.00 .

Cuba usyar Public Gold Live Price.

emas public gold

Aku dela dengan akak tu malam Rabu lepas. Kitorang buat transaksi dekat McDonald Senawang je. Goyang ugak aku buatnya dipau orang. Hohohoh!

Lepas membeli emas aku pulang dan ambil gambar-gambar gold bar ni selagi sempat sebab esoknya aku nak pergi Agrobank nak buat pajakan emas berkonsepkan Ar-rahnu.

Nanti esok aku ceritakan macam mana proses aku buat pajakan emas ni ya. Jangan lupa datang blog aku esok! Kalau tak aku sopak (sepak/lempang) korang. Hohohoh!

emas public gold

Related Posts with Thumbnails