
Blog merupakan antara platform yang bagus untuk berkomunikasi dan bertukar pendapat. Apabila blog semakin diminati ramai dan kebanyakan orang sudah biasa dengan ciri-ciri blog ini, ada yang cuba berniaga menerusi blog pula. Amazingly, ramai yang sudah menjana pendapatan sampingan lumayan dengan menjual barang-barang di blog.
Sesiapa yang suka berniaga tetapi mempunyai sifat malu yang tinggi, bolehlah berniaga melalui blog. Apabila berniaga di blog, kebanyakan komunikasi di antara pelanggan hanya di alam maya sahaja. Blog merupakan platform yang mesra pengguna jadi korang tak perlu risau macam mana ingin melayan pelanggan dengan baik.
Nak tak kalau aku kenalkan dekat korang, seorang peniaga yang menjual alat sukan permainan golf hanya menerusi laman blognya. Kini perniagaan menjual barang-barang golf tersebut sudah pun berusia dua tahun! 5 TAHUN WOOO! Lama tuuuu! Sebelum ni kalau aku jual barang, memang tak pernah terfikir la nak jual barang golf. Terasa mustahilnya! Hohohoh..

Tengok buku lali dia, ada gaya kan? :p
Kita boleh panggil abang ni, BudakBoy. Memang aku respectla pengalaman dia selama 5 tahun ni, lagi lama daripada aku belajar blogging. Kalau di kalangan kaki golf, dia dikenali sebagai Budakboygolf. Miahaha! Bro Budakboy ni nak berkongsi pengalaman dan segala ilmu beliau dalam menjalankan perniagaan melalui blog.
Dia mempunyai harga beliau tersendiri dan aku rasakan ianya memang patut dengan pengalaman dan pencapaiannya dalam perniagaan selama 5 tahun. Kalau korang rasa tak berbaloi, memang aku direct lempang korang terus. Ngeee! Bro Budakboy akan membantu korang daripada A sampailah Z.
Dia akan bagi domain dan hosting percuma dekat korang. Kemudian segala setting untuk blog perniagaan korang dia akan bantu dan korang boleh bertanya dengan dia pada bila-bila masa saja. Dia akan menyediakan customer service dengan jumpa face to face dengan korang kalau ada apa-apa masalah.
Jangan takut kalau tiada pelanggan kerana bro Budakboy mempunyai lubuknya yang tersendiri. Lubuk ini bukan sebarang lubuk dan juga bukan Lubok China yang berdekatan dengan kampung aku. Muahahaha! Ya la! Masakan dia boleh berniaga menjual barang golf selama 5 tahun maaaa!
Ok korang jangan buang masa lagi, usyar apa yang bro Budakboy tawarkan! Rahsia Blog Jualan!
8 Responses