Ini merupakan buku cek pertama aku dan terima kasih kepada Ambank kerana telah berjaya menghasut aku untuk bukak current account dengan diorang. Hohoho! Tapi apa salahnya, semua benda aku kena cuba. Kalau tak cuba, tak guna, tak tahu ye tak?

Sebab sebelum ni dah lama gila fikir nak bukak current account, tapi banyak pulak dilemma dalam kepala. At last, disebabkan aku perlu bayar dan bagi 8 keping cek kepada Ambank untuk bayar 8 bulan pertama pinjaman kereta pertama aku, aku perlu ada buku cek.

Buku cek ni pulak kalau nak ada, kita kena ada current account @ akaun semasa. Aku kena bayar 8 bulan pertama guna cek sebab aku beli kereta ni guna bank statement company jadi guna cek sudah jadi kebiasaan bank dengan company mana-mana pun.

Dah lama tak menulis, tulisan pun macam batu kerasnya. Asyik menulis guna keyboard je mana tak keras macam batu. Hohoho! Padahal dulu cikgu sekolah selalu puji kot tulisan aku. Wooot2! Hohoho!

Penat jugak nak tulis dan tandatangan 8 keping cek sekali gus haritu. Satu keping cek aku musnahkan sebab tulisan memang OUT! Wakaka! Banyak juga benda aku belajar, cara-cara nak tulis cek dengan betul.

Tu semua kena tahu, kalau tak orang guna cek korang memang habislaa! Contohnya kena tulis kalau boleh paling kiri, takut nanti diorang pandai tambah-tambah. Lepas tu garisan memanjang sampai hujung. Kalau cek tu salah, koyakkan terus ataupun bakar je lagi afdal. Wakaka!