
Tengah hari semalam merupakan pertama kali pembasuhan kereta berlaku. Setelah hampir dua minggu pakai Proton Persona Elegance ni, sudah tiba masanya untuk dibawa ke car wash.
Mula-mula sekali ingat nak bawak pergi car wash depan simpang masuk Stadium Paroi, tapi owner lama dah takde. Owner tu cabut sebab tuan punya tanah yang owner tu sewa naikkan harga sewa. Maybe sekarang tuan tanah yang ambil alih pusat car wash tu.

Aku tengok sekarang makin ramai yang basuh kereta dekat Snow Car Wash Mertang area pusat kedai Taman Paroi Jaya ni. Kalau yang dah selalu lepak Ijan Burger tu, car wash ni belakang blok kedai Ijan Burger.
Belakang blok Ijan Burger tapi bukan belakang Ijan Burger. Paham tak ni? Sebab dia kat corner lot seberang sana. Harap-harap paham laaa. Wakaka!

Harga servis car wash diorang ni pun murah jugak, RM7.00 luar sahaja, RM10.00 luar dan dalam sekali. Aku tengok diorang buat kerja semuanya baik. Kereta disabun, dibasuh, dibilas dan dikeringkan dengan baik sekali.
Tempat-tempat yang terperinci macam celah-celah bonet dan pintu kereta pun diorang lap sampai bersih. Segala yang boleh lap dalam kereta pun diorang lap. Kerja-kerja vacum pun dilakukan dengan bagus.

Proses servis dekat Snow Car Wash Mertang ni mengambil masa tidak lebih daripada 20 minit. Jadi sementara tunggu tu bolehlah korang sms awek ke, main game dekat phone ke, call bini kat rumah bincang pasal masa depan ke. Muahaha!
Bila dah selesai, aku check semua, bahagian luar dan dalam semuanya bersih. Aku syorkan korang yang berada di sekitar untuk mencubanya!

15 Responses