
Aku ada mengikuti perkembangan jaguh keirin Malaysia iaitu Azizulhasni Awang sejak sukan Olimpik di China yang lalu. Dia antara ahli sukan Malaysia yang berdaya saing tinggi. Mana taknya dia dah pernah jadi juara dunia untuk sukan keirin ni. Masa Olimpik 2008 haritu dia tak dapat masuk ke final sebab dia tewas dengan pelumba handalan dunia. Siapa entah nama dia aku tak ingat tapi pelumba handalan tu pun goyang dengan Azizulhasni ni sebab dia pun dok usyar si Azizulhasni daripada awal event.
Dia cakap Azizulhasni ni ada potensi besar di usia muda ini. Azizulhasni digelar the Flying Rocket oleh media antarabangsa. Fuhhh! Kalau aku dapat nickname macam ni, bukan kepalang kembang hidung aku. Azizulhasni kali ini ada tugas besar. Dia nak menyumbang satu lagi pingat emas untuk Malaysia dalam Kejohanan Basikal Trek Dunia di Pruszkow, Poland hari ini. Mari sama-sam doakan kejayaan dia! Chaiyok Azizulhasni! Gua trust you dude.. Gua tau lu boleh pergi jauh punya. Lu boleh menang punya malam ni. Baca ayat-ayat yang gua bagi semalam. Kalau korang nak update pasal dia boleh tengok kat Astro malam ni takpun pukul 11 malam kat TV1 kalau tak silap aku. Pandai-pandailah korang cari. Jom tengok video dia menang haritu.




10 Responses