
Baru-baru nie berita gempar mengenai Awie yang dikatakan ketua samseng kumpulan Naga Merah yang mengenakan yuran keahlian sebanyak RM3,XXX . Perghh, mahal tu geng. Kalau betullah Awie menerima wang sebanyak itu, tak mungkin dia nak terus bekerja untuk dunia seni hiburan lagi. Buat penat dia sajalah kan. Truetone handphonenya tak berhenti-henti berbunyi sejak tersiarnya cerita mengenai dia terpampang di surat khabar Metro Ahad 14 Disember lalu. Dia terasa seolah-olah dia merupakan seorang pekerja di bursa saham dek kerana panggilan yang bertalu-talu. Teruskan membaca..
“Saya sumpah dengan nama Allah tidak pernah melakukan perbuatan itu. Saya tidak pernah buat perkara dianggap paling bodoh iaitu hendak menganiaya bangsa saya sendiri,” kata pelakon dan penyanyi, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, 41.
“Oleh itu, hari ini (semalam), buat pertama kali dalam sejarah hidup, saya sudah mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sivil terhadap Jamaluddin,” katanya yang juga ahli Pekida berstatus ‘Ayahanda’ yang berdaftar pada 2005.

Awie Membelek Keratan Akhbar Yang Disimpan

Afdlin Shauki Turut Hadir

Laporan Polis
P/S: Tak semestinya seorang rockers tu kejam dan tak berhati mulia.. Sabar ye bro Awie..
P/S/S: Tak semestinya yang bertudung dan bersongkok tu tak lincah!




47 Responses