
Aku sebagai wakil daripada kaum lelaki nak bagi amaran dekat korang semua. Kami lelaki yang sentiasa di pihak yang benar takkan sesekali terpedaya lagi jika sang perempuan merayu teman ke salon. Muahaha! Sang perempuan jangan fikir kami lelaki ni bodoh ok. Nak pergi salon, go pakai duit sendiri. Miahaha!
Hahaha! Intro post kali ni tak macam panas sikit pulak. Tapi memang betullah, lelaki kena berjaga-jaga kalau awek or isteri merayu belanja nak pergi salon buat treatment. Harga dia bukan macam Kedai Gunting Rambut Sugu dekat Kuala Pilah suatu ketika dahulu. Ni harga dah macam nak beli basikal pertama anak buah korang je.
Poket yang sendat pun boleh jadi kempis lepas pergi salon ni. Hahahaa.. Haritu terniat nak jadi macam maknyah sekejap. Memandangkan rambut aku yang tak pernah langsung dibubuh conditioner, maka dengan rela hatinya aku pergi ke salon dekat Jaya Jusco Seremban 2. Salon L’oreal kalau tak silap aku.

Datang-datang je aku cakap nak basuh rambut, treatment and gunting rambut sikit. Aku tak tahu apakah prosedur sebenar nak buat semua benda tu. Malahan aku tak tau yang mana satu patut dibuat dulu. Aku main angguk je kepala. Hahaha! Aku biarkan je la diorang buat. Ingatkan nak dapat rasa amoi tolong buat semua kan. Adoiiii! Sekali apek pulak yang buatkan semua. Daymmm!
Aku tak tahu pulak yang boleh demand siapa yang kita nak.. Silap betul meyhhh… Masa tengah buat semua benda tu apek tu bukak cerita pasal awek semua la. Awek, awek dan awek lagi. Sekali lagi awek dan awek. Pastu tanya kerja apa semua la. Then dia cucuk sikit-sikit pasal product lain. Rambut u macam ni la, kena guna ni la. Aku pun macam biasa, angguk je and cakap ok ok.
Tu yang gambar atas tu, dia punya backend offer la tu. Kerastase tu shampoo untuk lelaki sahaja. Lelaki yang malas nak pergi treatment rambut boleh pakai shampoo ni jer. Kalau ade budak perempuan nak curi pakai shampoo aku ni, memang silap. Rambut gugur semua dalam 30 saat. Muahaha!

Absolut Repair tu pulak macam conditioner, tapi bukan conditioner. Tapi sekali lagi, kena pakai macam conditioner. Kot! Aku pun tak paham apa yang apek tu terangkan aritu. Muahaha! Sebat jer la. Dah settle treatment, wash and gunting rambut sikit, tiba masa untuk ke kaunter pembayaran. Buat rambut tu semua RM280+ , shampoo tu RM70+ , RM60 . What the fish are u eating tomorrow?!!!!! Tu pun aku bundarkan ke harga kecik skit. Fak gila weyyyhhh!!
Sumpah aku takkan pergi saloon lagi lepas ni. Semua aku buat sendiri. Jangan harap aku nak belanja awek untuk benda-benda ni jugak. Haha! Kesimpulannya menyesal!
29 Responses