Fuuhh! Salah satu perniagaan berkonsepkan MLM iaitu Asia Ceramic Business Club akhirnya telah diserbu Bank Negara Malaysia (BNM) setelah mendapat aduan daripada segelintir pihak. Ada jugak orang cakap perniagaan daripada Team Ceramic ni bukanlah MLM dan tidak menggunakan Akta Jualan Langsung tapi cara mereka berniaga berkonsepkan MLM. Aku pun tak tahulah. Tapi apa yang pasti, setiap ahli perniagaan Ceramic ini perlu mencari ahli-ahli baru untuk menyertai rangkaian mereka.

Selain daripada mencari ahli-ahli baru, diorang juga dibenarkan menjual semula produk yang mereka beli daripada syarikat. Diorang boleh jual kepada orang ramai yang bukan ahli ataupun yang ingin menjadi ahli dan mereka juga boleh menjualnya semula kepada syarikat semula! Aik! Maknanya diorang tak perlu susah-susah nak menjual lah sebab confirm terjual juga nanti! Paling tidak pun jual dekat syarikat. Setiap ahli, diorang perlu melakukan proses jual beli semula ini setiap bulan.

Sistem ni nampak bijak, tapi aku rasa sitem nilah yang membuatkan BNM berkata ” There’s something fishy about this Ceramic Club “. Aku akan cuba terangkan dekat korang apa yang aku rasa telah timbul dalam kepala otak orang-orang BNM di bawah.

  • Who is the end user of this product?
  • Syarikat ini berniaga cara MLM tapi tidak mempunyai sijil AJL.
  • Siapa customer mereka sebenarnya?
  • Adakah mereka sekadar berjual beli dengan ahli dan pekerja saja?

P/S: Ramai orang Melayu dah join> Untung bagi mereka yang sudah lama, rugi bagi yang masih baru join.

P/P/S: Macam mana nak bayar duit Mercedez lepas ni? ohoho..

Related Posts with Thumbnails