Aloha! Hari ni aku nak membawa ke tengah (haha) isu mengenai minda kita sebagai manusia dan kewangan. Apa yang mempengaruhi minda kita terhadap wang dan juga apa yagng wang boleh buat terhadap minda kita. Mungkin ramai yang tidak sedar akan kesan di atas perkara sebegini. Nampak macam perkara kecil, tapi sebenarnya kalau kita fikirkan sedalam-dalam mungkin, dua perkara ni lah yang membawa perubahan dalam hidup kita semua.

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Duit atau wang hari ini menjadi buruan setiap manusia.  Namun yang menjadi masalahnya adalah semakin dicari semakin tak jumpa.  Semakin dikejar semakin jauh ia pergi.  Selaras dengan lirik lagu Sifu M. Nasir, manusia tertanya-tanya “dimanakah duit itu?”

Kegusaran dan kerunsingan akibat kekurangan duit amat ketara sehingga manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan objek yang dipanggil duit itu.  Amat susah rasanya untuk memilikinya.  Keadaan ini berlaku adalah kerana manusia itu tiada kesedaran bagaimana hendak mendapatkan duit dengan  cara yang betul dan mudah.  Mengapa ada manusia hanya mampu meraih sejumlah RM1000.00 sebulan adalah kerana dia tidak memiliki kesedaran bagaimana hendak mendapatkan RM10,000.00 sebulan.  Aduhai! Semakin pening kepala apabila pembacaan ini diteruskan.  Anda boleh berhenti di sini jika mahu, tetapi bagi mereka yang meneruskan pembacaan tahniah kerana anda akan didedahkan dengan info bakal merubah kehidupan anda.

Manusia berfikir dengan menggunakan satu organ seberat 3 paun yang dikenali sebagai OTAK.  Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.  Otak manusia mengandungi sekitar 23 billion neuron, di mana setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain.

Macam-macam pemikiran yang hadir di dalam otak manusia setiap hari.  Otak memproses beribu pemikiran sehari tanpa kita sedari.  Banyak daripada pemikiran tersebut merupakan pemikiran negatif yang hanya bakal menghasilkan perasaan yang negatif dan keputusan yang terhasil juga negatif.  Ramai yang tidak sedar bahawa setiap pemikiran kita membuahkan hasil mengikut sepertinya.
Contoh; kawan anda selalu memikirkan hutangnya yang banyak.  Setiap masa dia menyebut-yebut tentang hutang yang dimiliki.  Malahan semua topik perbualannya juga berkisar tentang hutang tersebut, kononnya sedang memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah hutang itu.  Azamnya ingin mencari duit dan melangsaikan hutangnya.  Fokus pemikirannya hanyalah hutang, hutang, hutang.
Apakah sebenarnya yang sedang dilakukan oleh kawan anda itu ?  Tidak lain dan tidak bukan hanyalah menambahkan hutangnya tanpa dia sedari.

Otak memproses input yang difikirkan oleh individu dengan kesedaran yang dikawal.  Semua manusia sedar apa yang sedang difikirkan.  Ini adalah kerana otak merupakan organ yang bekerja mengikut sistem kejadiannya.  Apabila seseorang manusia itu berfikir neuron-neuron di otaknya akan terangsang dan menghasilkan tenaga.  Ini juga sebabnya mengapa bila anda berfikir kepala anda terasa panas.
Secara saintifiknya otak memproses maklumat, tetapi yang melaksanakan tugasan tersebut adalah MINDA.  Minda terbahagi kepada 2 iaitu minda sedar dan separa sedar.  Minda sedar mengawal semua pergerakan yang diarahkan oleh otak kepadanya seperti menulis, membaca, menyapu, makan, minum, berbual dan segala pergerakan dilakukan dalam keadaan sedar.  Minda sedar ini juga memproses maklumat yang dihantar oleh neuron otak kepadanya.  Hasil yang terbentuk dilahirkan dalam bentuk emosi.

Sebab itu, jika anda asyik memikirkan masalah, perasaan yang keluar adalah kemurungan, kerunsingan, kegelisahan.  Sebaliknya jika anda sentiasa memikirkan kejayaan, perasaan yang anda keluarkan adalah merupakan keseronokan, keterujaan, kebahagiaan, semangat berdaya saing, kehebatan dan pastinya keceriaan.

Berbalik kepada kisah kawan anda yang asyik memikirkan hutangnya itu, apa yang sedang dilakukan tanpa sedar adalah menghantar gelombang tenaga yang terhasil daripada ransangan neuron tersebut kepada minda.  Mindanya kemudian memproses maklumat tersebut dan menghasilkan emosi yang berpadanan dengan pemikiran.  Seluruh maklumat ini akan dihantar kepada sistem badan dan seterusnya menghasilkan satu tindakan yang bakal membuahkan keputusan yang sama iaitu hutang.

Dia hanya mampu berfikir untuk menutup hutang yang sedia ada, dengan membuat hutang baru yang lebih besar.  Itu kita kenali sebagai Hukum Tarikan atau Law Of Attraction.  Apa yang difikirkan akan menghasilkan satu gelombang tenaga yang akan dilepaskan oleh minda kepada alam dan lebih banyak tenaga yang sama akan dihantar semula oleh alam kepada pemikir tersebut.  Hukum ini dikenali sebagai Hukum Alam atau Law Of Universe.

Oleh yang demikian kita sepatutnya lebih mengenali cara Otak dan Minda kita berurusan.  Apabila seseorang itu memiliki ilmu yang betul tentang minda DUIT tidak lagi perlu di cari atau di kejar, ia cuma perlu ditarik dengan cara yang betul.

EM sememangnya sangat sudi berkongsi ilmu minda dan wang ini secara PERCUMA di Seminar Percuma kami yang kami adakan seperti jadual di bawah.  Ketahuilah RAHSIA ini dan pastikan anda adalah manusia dimana DUIT datang kepada anda tanpa perlu anda mengejar atau mencarinya.  Dalam seminar percuma ini EM juga kongsikan ilmu warna dan paradigma bersama anda.  Untuk pengesahan tempat sila hubungi En Yusmi – 013 377 8004 (telefon/sms)  atau isi borang yang disediakan di web. (Rujuk link di bawah.)

Artikel ini ditulis oleh Puan Hajjah Arina Abbas.  Beliau merupakan Moderator Evolusi Minda, iaitu badan syarikat yang menjalankan latihan dan memberi kursus serta seminar berkaitan kuasa minda. Kunjungi laman web http://www.evolusiminda.com/seminar-percuma-em.html untuk keterangan lanjut. Jemput juga lawat blog EM di www.evolusiminda.com/blog

Jadual Seminar PERCUMA Evolusi Minda

Tarikh Seminar PERCUMA
Evolusi Minda
Masa Tempat
8hb atau 9hb atau 10hb Januari 2010
(Jumaat; Sabtu; Ahad)
8.30mlm hingga 10.45mlm Pusat Latihan Wisma
Norbaya, No 15,
Jalan 2/4C, Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur

>Klik, lihat peta<

16hb atau 17hb Januari 2010
(Sabtu; Ahad)
22hb atau 23hb atau 24hb Januari 2010
(Jumaat; Sabtu; Ahad)
31hb Januari 2010
(Ahad)
5hb atau 6hb atau 7hb Febuari 2010
(Jumaat; Sabtu; Ahad)

asdasd
asdasd
asdasd

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!