Tarabaiklah! Makin lama rambut makin panjang, makin lama makin serabai. Hahaha.. Aku suka rambut panjang tapi takdelah panjang sangat. Kalau masa dulu-dulu terasa rambut pendek lagi kemas. Tapi entahlah, kalau aku rambut pendek nampak macam tak mandi je. Hohoho..

Kalau mandi lapan kali pun aku rasa orang cakap tak mandi jugak. Mungkin sebab rambut aku yang tak bermaya dan kerap dikatakan rosak oleh Luqman. Lang ti yau! Hahaha.. Jadi bila rambut aku panjang sikit, kalau tak mandi memang serabai ar kan. So bila aku sikat, kemas sikit la so memang nampak macam aku dah mandi.

Ni gambar dekat rumah ibu aku dol!

Aku tak tahu macam mana nak bagi rambut aku nampak bermaya. Aku tak suka pakai minyak rambut. Termasuklah sekali dengan wax or gel. Kalau boleh bermaya tu oleh kerana kenaturalitinya. Muahaha! Dyla suruh pakai conditioner dan sememangnya aku tak ikut advice dia sejak dulu lagi.

Kalau ada sesiapa seorang yang pakar dalam penjagaan rambut tu meh la kongsi-kongsi. Sesiapa yang rasa dia maharaja dalam tips menjaga rambut pun bagitau la sikit dekat aku. Hoho!

Aku rasa nak kena call Yun Nam Hair Care. Bak sini no diorang!

Related Posts with Thumbnails