Pemergian penghibur tersohor tanah air, Din Beramboi memeranjatkan ramai pihak kerana ianya berlaku secara tiba-tiba. Mungkin tahap demam denggi berdarah yang dihidapi arwah Din Beramboi sangat-sangat serius. Alangkah baiknya kalau kita dapat banteras nyamuk denggi ni satu Malaysia.

Aku selesa dengan lawak arwah Din Beramboi kalau dengar-dengar dekat radio tu. Aku rasa lawak dia boleh dikatakan tahap tinggi jugaklah. Dah setaraf dengan lawak budak-budak sekolah menengah aku SM Sains Tuanku Jaafar. Lagi satu aku suka, lawak dia ni kasar. Hahaha. Tabik Din Beramboi!

Allahyaraham Din Beramboi dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya tengah malam tadi. Rasanya dalam 12:30 tengah malam macam tu. Kontroversi sebelum ni ada cakap yang Din Beramboi sakit kerana kencing tikus tapi sebenarnya denggi berdarah kan?

Apa-apa pun kita kena menghormati arwah Din Beramboi dan berdoa agar rohnya tenang di sana. Mari kita sama-sama mencari pengganti Din Beramboi walaupun sukar. Hidup mesti diteruskan dengan positif. Woot woot!

Related Posts with Thumbnails