
Salam dan selamat sejahtera. Aku mohon seribu keampunan kepada korang kerana tidak update blog ini untuk beberapa hari. Aku teramat sibuk menguruskan pembelian produk pertama aku iaitu Panduan FBA. Alhamdulillah produk pertama aku ni mendapat sambutan yang baik, macam orang kata “langkah kanan“. Sejak aku mengeluarkan Panduan FBA, ramai juga yang bertanya pasal panduan ini, macam mana nak guna, best ke tak, boleh jamin ke berjaya dengan panduan ini dan sebagainya. Namun aku jawab semua soalan mereka seperti yang sepatutnya tapi aku tidak menjaminkan bahawa mereka akan berjaya. Sebuah kejayaan sebenarnya bergantung kepada diri mereka sendiri.
Jikalau diorang tak mengikuti panduan tersebut dengan sebaiknya macam mana diorang nak berjaya dengan teknik rahsia aku dalam Panduan FBA. Sejak pelancaran ebook pertama aku, aku semakin rapat dengan beberapa otai IM (Internet Marketer) terkenal Malaysia. Namanya tak perlulah aku bagitau, nanti empunya badan cakap apa pulak kan. Hehehe.. Ada juga yang JV dengan aku untuk beberapa projek underground. Keh3.. Aku hargai segala nasihat mereka dan apa yang pasti, aku harus ikut nasihat mereka. Jangan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Mereka sudah lama dalam bidang IM nie, jadi aku perlu ikut nasihat mereka. Mereka nak pastikan aku tidak mengulangi kesilapan yang pernah mereka buat.
Aku agak terharu dan bangga apabila ada di antara IM terkenal Malaysia bercerita mengenai Panduan FBA. Sudah sekian lama aku menyertai bidang IM ni, akhirnya ada juga yang sedar akan kewujudan aku. Hehehe.. Aku yakin selepas ini aku kan mendapat step yang seterusnya. Selalunya yang paling sukar sekali adalah first step. Jadi aku dah melepasinya, moga-moga kejayaan akan datang bakal menyusul. Ini beberapa post oleh IM terkenal Malaysia :
Shams Raja Adsense : Pengiklanan Dengan FaceBook
Titan Affiliate Hunter : Edisi Siasat Panduan FaceBook
KhairulAzmi WC Premium : Review Panduan FBA
Snakaz : FBA Cara Pengiklanan Terbaru
P/S: Korang boleh tengok review IM terkenal di sini www.PanduanFBA.com . Paling best sekali bila Puan Lisa bagi review. Dia tak pernah bagi review sebelum ini dan Panduan FBA yang pertama. Hoho!
10 Responses