
3 hari lepas owner kepada Soccer Maniax chat dengan aku dekat Facebook. Dia mintak tolong tengokkan website dia yang terkena malware. Aku memang tak tahu macam mana nak detect punca malware dalam website. Dalam computer aku tau la.
Jadi aku mintak dia rujuk kepada yang lebih pakar, bro Wan Mus sebab dia ada adalah owner kepada JomHosting.net . Masa aku pergi melepak dengan geng blogger dekat Johor haritu aku nampak dia busy dengan problem hosting dia yang kena virus. Expert laaa kanaannn.. :p
Bila si Soccer Maniax cakap yang punca problem tu daripada ads Innity, aku pun terkial-kial usyar blog aku. Maaakkk aaiiihhhh, kono jugak laaaa!! Bila blog member ade problem tak cuak sangat, bila blog sendiri kena terduduk baiii.. Ahahaha!
Aku memang tak tahu nak buat apa. Usyar-usyar dekat Twitter pun ramai yang tengah menggelabah termasuklah Khai, Hanep and Roslan. Nasib baiklah Innity ada buat announcement dan diorang bertungkus-lumus nak settlekan problem ni.
Punca masalah daripada server iklan Innity dekat Indonesia kalau tak silap aku la. Jadi ads Innity kena tempias dekat ramai blogger Malaysia. Tips aku untuk korang bila terkena malware macam ni.
- Contact syarikat hosting korang.
- Tanya member yang lebih expert
- Tak perlu tanya dekat awek or isteri
- Berdoa lima kali sehari, lagi banyak lagi bagus
- Jangan tak tentu pasal mengumpat gerangan punca masalah ni. Haha!
13 Responses