Dapatkan Rumah Sewa Idaman

Wahai orang bujang sekalian termasuk sekali dara-dara pingitan yang duduk rumah sewa ala-ala bujang, apa khabar semua? Hehehe.. Sekarang aku dah turut serta menjadi seperti korang setelah sekian lama aku duduk di bawah ketiak ibu aku. Hohoho.. Biasalahkan, dah kata anak tunggal. Mestilah duduk bawah ketiak ibu je kerja aku kan. Ahah! Tapi aku tidaklah semanja anak bongsu seperti member aku iaitu saudara Ahmad Kamil yang lebih popular dengan nama Mat Pau.  Dah lama aku rindukan keadaan berjauhan dengan keluarga dan bersama-sama rakan bujang lain yang ingin meneruskan perjuangan mencari rezeki dan ilmu agar dapat memberikan sesuap nasi kepada setiap 4 isteri tanggungan masing-masing bila dah berkeluarga kelak. Kan best kalau rebus pasir dapat jadi nasi. Taklah susah nak bagi makan. Hohoho!

Sekarang ni aku tengah menaip artikel ni dekat sebuah rumah sewa yang berada di Kondominium Seri Pelangi dekat Setapak berhampiran LRT Wangsamaju. Takdelah hampir sangat seperti yang dikatakan lebih awal oleh Zhafran sehingga membuatkan aku tergoda untuk menyewa sekali dekat sini. Hohoho! Rumah ni ada 4 orang bujang dan sorang lagi brother yang dah berkahwin tapi dia datang masa hujung-hujung minggu je. Sewa rumah ni berpatutan dengan harganya untuk sebuah kondominium yang fully furnish. Semuanya lengkap kat sini, korang sebut je apa. Confirm ada! Janganlah tanya barang-barang yang pelik pulak macam piano ke. Memang takdelah babe! Aku kongsi bilik dengan Zhafran selaku wakil guitarist rumah sewa ni. Hoho.. Kitorang belum memulakan ekspidisi untuk beli barang-barang mentah untuk masak ketika lapar kelak. Mungkin dalam minggu depan kot semuanya akan setle.

Apa yang paling cun sekali dekat Sri Pelangi ni, aku boleh rasa yang kitorang sajalah merupakan wakil tunggal untuk kaum Melayu bagi blok kitorang. Sebab aku tak pernah nampak langsung orang Melayu melainkan kaum amoi-amoi yang sentiasa menemani aku ketika dalam lif nak pagi-pagi dan malam-malam masa aku nak pergi college dan nak balik rumah sewa. Hohoho!

P/S: Aku bangga serumah dengan diorang. Sebab diorang banyak ilmu Power Rangers. Ahah!

Related Posts with Thumbnails