About Me

richie bmw m5

Assalamualaikum dan hai,

Terima kasih saya ucapakan kerana mengunjung blog peribadi ini. Banyak perubahan yang telah berlaku pada diri saya semenjak berkecimpung di dalam dunia pemasaran internet @ internet marketing. Maka dalam masa yang sama, blog ini juga berubah daripada masa ke semasa seiringan dengan perubahan pada diri dan minda saya.

Saya lebih dikenali sebagai Richie walaupun nama sejak lahir adalah Muhammad Ridzuan Bin Mohd Rashidin. Tanpa internet mungkin saya tidak mengorak langkah lebih jauh lagi di dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Internet membantu saya untuk mempelajari asam garam perniagaan.

Sejujurnya sudah acap kali sebelum ini saya ‘tersungkur’ dek kerana kesilapan sendiri di dalam bidang perniagaan dan juga hubungan di antara sesama manusia. Namun saya tidak pernah mengenal erti putus asa kerana saya tahu masih ramai lagi yang bernasib lebih malang daripada saya dan mereka juga tidak putus asa sehinggalah mereka berjaya.

Kini saya lebih fokus dengan membina hubungan sesama manusia atau lebih dikenali di luar negara sebagai ‘network marketing’ business. Saya jatuh hati dengan jenis perniagaan sebegini kerana saya akan berjaya sekiranya saya membantu rakan niaga saya berjaya. Network marketing bukan sahaja mengubah nasib saya, malah ianya mengubah diri saya 360 darjah! Cara berfikir, cara bercakap, cara bergaul dan banyak lagi!

Network Marketing is a business of people helping other people to achieve whatsoever they desire in life.

Jika anda ada sebuah impian ataupun masalah, jangan segan silu untuk bertanya dengan saya. Saya akan cuba membantu anda dengan ilmu dan pengalaman saya. Setiap masalah dan impian, pasti ada cara penyelesaiannya.

Ridzuan Richie / 013-2222529

2 thoughts on “About Me

  1. Pingback: dikmal.com » Blog Archive » Mini Seminar Majalah IM - Asas Perniagaan Internet

  2. Pingback: Blog Terkenal Malaysia – Kajian Kes Ridzuanrichie.com | My Blog | AskBudakboy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge