Auuummm!! Aku rasa aku dah lama tak berfeeling macam ni.. Mungkin sejak daripada zaman awal-awal lepas SPM dulu. Aku yakin aku tak pernah lagi cerita pasal love story dalam blog aku ni.

Semangat-semangat jiwang yang kian menghilang sejak lepas SPM tu kini kembali dalam diri aku ni. Hohohoh! Entah mengapa semangatnya lain macam kali ni.

Walaupun selepas SPM tu aku ada beberapa kali jugak bercinta, tapi semangat nak beromantis tu takdee.. Dulu masa bercinta zaman sekolah selalu jugak la buat kad-kad ni.

Jadi aku rasa, aku harus berikan special card untuk buah hati yang bergigi besi. Aummm! Dalam kepala aku sekarang ni tengah terfikir-fikir nak buat kad macam mana. Mungkin kad ni memerlukan aku membeli gam, gunting dan kertas manilakat. Hohoho!

Tunggukan saja kalau kad ni dah siap sepenuhnya. Oh Eiffel, Im In Love! Wiinnn wiinnnn!

Related Posts with Thumbnails