5 Sebab Utama Ramai Orang Menolak MLM

scare

MLM! MLM! MLM! Fuhhh! Saya rasa apabila sebut saja perkataan MLM, ramai orang akan beri 1001 satu pandangan serta pendapat mengenai perkataan 3 huruf ini. Kebanyakan daripada orang ramai sebenarnya memberi pendapat terhadap MLM tanpa melalui, menerokai dan mengalami industri MLM itu sendiri.

Selalunya mereka ini hanya memberi pandangan atas bacaan mereka, pengalaman dan cerita daripada kenalan serta ahli keluarga mereka sendiri. Namun, pandangan yang telus adalah daripada mereka yang benar-benar menjalani perniagaan MLM ini secara sendirinya dengan cara yang betul.

Boleh dikatakan ramai di luar sana yang takut, fobia ataupun sensitif mendengar perkataan MLM ini. Namun begitu, bagi yang menjalankan aktiviti perniagaan berteraskan MLM janganlah takut dengan kenyataan ini. Sebab individu yang takut ini biasanya yang tidak berpengalaman sendiri dan mereka yang tersalah konsep.

Di sini saya akan berkongsikan antara 5 punca utama ramai menolak MLM. Jadi nanti mudahlah kepada anda yang bergiat di dalam MLM @ network marketing untuk mengatasi penolakan ini nanti. Bagi yang menolak MLM, saya harap anda boleh memberi pertimbangan sekali lagi terhadap industri ini.

1. Fobia Skim Terlalu Melampau Cepat Kaya

Ramai yang terjerumus di dalam skim sebegini sebab ada Leader @ Upline yang berupaya memanipulasikan pelan pemasaran syarikat. Syarikat hanya menyediakan beberapa pakej tetapi Leader @ Upline sebegini berupaya mereka plan sendiri untuk mendapat jumlah jualan yang besar dan cepat.

Namun apa yang ada di atas kertas tidaklah mudah untuk direalisasikan kerana duplikasi sebegini tidak akan menjadi dengan senang sekali. Ada masa ketika pada bulan seterusnya ahli yang ikut Leader @ Upline sebegini tidak layak untuk dapat komisyen dan masih perlu keluarkan duit untuk maintainance bulan berikutnya. Modal permulaan berpuluh ribu pun masih belum balik modal.

Ramai juga yang terpedaya sebegini lalu menuduh syarikat dan juga industri MLM sebagai sesuatu yang kejam dan jahat. Walhal mereka yang menunjukkan sikap tamak mereka berani keluarkan modal dan ikut telunjuk Leader @ Upline yang tamak.

2. Geng Orang Cari Orang

Ya MLM memang perniagaan yang kena cari orang dan bukannya kena cari haiwan ataupun makhluk-makhluk halus lain yang bertempiaran di sana sini. Alasan ini sangat famous digunakan oleh mereka yang menolak MLM dan bagi saya ianya satu alasan yang tidak munasabah. Jika anda menjalankan perniagaan biasa pun, pelanggan anda adalah orang. Ya orang dan sekali lagi bukannya haiwan.

Salesman dan promoter juga tidak munasabah untuk menggunakan alasan ini sebagai alat untuk menolak MLM. Hari-hari mereka tercari-cari pembeli, client untuk produk dan servis syarikat yang menggajikan mereka. Pada pertama kalinya memang mereka yang mendapat komisyen tetapi pada bulan seterusnya, syarikat pula yang dapat. Adil?

3. Modal Terlalu Besar

Sebenarnya MLM adalah perniagaan yang sepatutnya bermula dengan modal yang sangat kecil dan potensi pendapatan yang sangat besar. Modal yang saya sarankan adalah di bawah RM3,000. Jangan sesekali termakan pujuk rayu Leader @ Upline tamak yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

Modal permulaan di antaran RM500 – RM1000 adalah normal dan ini jauh lebih rendah sekiranya anda ingin membuka perniagaan lain seperti kedai burger, kedai makan dan lain-lain. Kedai burger pun sekurang-kurangnya RM5,000 untuk dapatkan kedai burger yang betul-betul ada masa depan dan serius berniaga.

Anda boleh mendapat pulangan modal sekiranya anda berjaya menjual produk tersebut. Malah anda boleh dapat keuntungan yang lebih besar sekiranya anda bijak dan faham konsep MLM @ network marketing yang sebenarnya. Guna produk untuk diri sendiri pun boleh jadi jutawan! Ini bukan rekaan dan ianya kenyataan.

Anda boleh jadi jutawan dengan menjual burger, tetapi bukan dengan hanya sebuah kedai burger. Renung-renungkanlah.

4. Tidak Cukup Masa & Tidak Pandai Berniaga

ย Syarikat MLM tidak pernah mewajibkan anda untuk bekerja 8-10 jam sehari untuk bergiat di dalam MLM. Masa anda, anda yang tentukan! Ini adalah sumber pendapatan sampingan yang boleh menjadi sumber pendapatan terbesar di dalam hidup anda. Anda bebas melakukannya pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Jadi tiada isu tidak cukup masa kerana kita semua sedar yang ramai orang memang suka membazir masa dengan perkara-perkara yang tidak penting. Sejam sehari, seminggu 5 jam pun sudah memadai untuk anda mendapat pendapatan lebihan sebanyak RM2000 sebulan. Ini tidak termasuk dengan gaji pekerjaan tetap anda. Anda harus sedar satu sumber pendapatan tidak cukup untuk keluarga & masa depan anda!

Jika tidak pandai berniaga, anda harus belajar sehinggalah anda pandai. Anda ingin mendapat jawatan yang lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang pun anda kena jadi lebih bijak dan pandai bukan? Anda sedar atau tidak institusi tempat anda bekerja sekarang ini mendapat keuntungan daripada kepandaian anda bekerja. Ada keuntungan bermakna berlakunya urus niaga!

5. Kayakan Orang Atas Saja

Ini juga antara alasan yang paling famous. Anda ingin tahu siapa yang mula-mula cakap perkara sebegini? Boss anda sendiri! (Bagi mereka yang bekerja) Boss seperti ini sememangnya tidak menggalakkan anda membuat kerja sampingan selain anda selesaikan semua tugasan dan kerja yang dia (boss) berikan.

Ya lah, kerja pun full-time @ sepenuh masa. Jadi memang layak dia berkata begitu, tapi anda harus berwaspada kerana dia hanyalah boss di waktu anda bekerja dari 8am sehingga 5pm. Kalau anda tidak kerja dengan baik, boss anda tidak mampu membayar duit bulanan kereta, rumah dan lain-lain. Begitu juga dengan pemilik syarikat.

Di dalam carta organisasi pejabat anda, siapa yang paling kaya? Barisan atas atau barisan bawah ya? Cuba anda fikirkan sedalam-dalamnya.

MLM sememangnya memperkayakan orang atas tetapi sesiapa yang berada di bawah boleh jadi lebih kaya daripada yang atas. Saya gunakan perkataan kaya hanya kerana ianya merupakan isu dan alasan. Di dalam MLM, siapa yang rajin dialah yang paling banyak mendapat keuntungan.

Tapi tidak boleh lawan keuntungan syarikatlah. Syarikat bukan MLM pun begitu bukan? Mustahil pekerja lebih kaya daripada pemilik syarikat. Jadi jika anda takut orang atas anda lebih kaya, maka rajin-rajinlah bekerja dan berniaga. Tapi persoalannya di syarikat MLM ataupun bukan MLM? ๐Ÿ™‚

Saya harap artikel ini tidak mengguris hati sesiapa dan ini hanya sekadar ingin membuka mata orang ramai yang tidak mengetahui fakta sebenar-benarnya. Sebarang persoalan dan kemusykilan boleh diajukan pada ruangan komen di bawah.

 

30 thoughts on “5 Sebab Utama Ramai Orang Menolak MLM

  1. Nizam Malek

    Hi,
    saya pun tak minat MLM.
    Dan rasa tak selesa bila ada yang ajak minum-minum, borak pasal bisnes MLM diorg..
    Daripada kawan baik, boleh jadi renggang juga sebab MLM..

    Huh.. =)

    Reply
    1. Richie Post author

      kenapa tidak selesa ya?
      tidak mengapa, kita ada budi bahasa. terima dengan baik, tolak dengan baik.
      Jangan renggangkan hubungan, satukan balik.

      Reply
  2. Khalifah

    ya saya dulu antara yang reject MLM dan hampir 5 tahun saya di bidang MLM pada awal join saya rasakan yang ianya tidak benar..lama2 terma…mengkayakan orang atas tetap betul..sapa yg join cepat mmg dpt untung…jadi ianya hakikat sebenarnya..

    Reply
  3. Hazwan

    Alasan ke – 5 mengayakan orang atas adalah alasan paling power orang yang akan reject mlm sebabnya alasan tu betul dan susah nak ubah persepsi orang yang dah diomong-omongkan dengan bos mereka tentang sisi negatif mlm.

    Memang betul kita tetap mengkayakan orang atas dalam apa-apa company tapi tula alasan ni susah nak handle.

    Reply
  4. Ashikin

    MLM menyebabkan 2 orang kawan aku tak bertegur sapa antara satu sama lain..haha mungkin MLM nie kene pandai jual mulut…Ada MLM yang betul ada yang haram..kene pandai pilih..sy x penah join mlm sebab x pandai nak cr downline lol…
    Ashikin´s last blog post ..Portugese Egg Tart

    Reply
  5. munirah

    ya..saya pon antara orang yang reject MLM masa awal-awal dulu.. istilah kayakan orang atas sentiasa bermain di minda.. tapi bila dah join..baru paham segalanya..apa yang sy praktikkan..use it..share it..get it. cari-cari orang jd downline tak pernah.. sebab buat apa paksa orang yg tak minat.. jadikan diri sebagai magnet…

    pendek kata..sapa rajin sapa berusaha dia dapat..tak kira dalam bidang mana pon..

    Like ur post.

    Reply
  6. Hisham Supian

    Hebat Post ni.. Handling rejection yang baik… Rasional dan logik … Actually MLM ni mmg antara model bisnes Terbaik… ada OPS + OPT … buka satu kedai tapi dapat income untuk 10 kedai… buat sekali dapat 10 kali …. boleh kata ‘affiliate marketing on steroid’. Sebab kita tak perlu buat sistem sebab sistem dah disediakan… Tinggal nak guna sahaja…

    Reply
  7. zul k-link

    bagaimana dengan k-link…..sekarang nie pendatang asing tanpa izin Banyak yang sukses Dan kaya raya dlm MLM …!!! jom kita sama2 BOM k-link dalam rakyak tempatan…k-link 0166904230

    Reply
    1. Aisyah Kama

      Yup, MLM sesuai untuk pelajar mendapatkan pendapatan pasif dengan modal yang rendah, asalkan pandai membahagikan masa supaya tidak menganggu pelajaran. Ramai yang bila sudah mendapat income yang lumayan daripada MLM, pendek akal dan
      terus berhenti belajar.

      Reply
  8. Izuddin

    MLM ni sebenarnya kena ada Syariah Complience baru sah di sisi agama Islam. Ini tidak tujuannya nak mengkayakan orang atas je.. Produk sebagai sampingan. Tujuan utama nak cari kaki untuk tambah pendapatan dan kayakan grup sendiri. ANyway kena kaji dulu apa2 bisnes yang kita nak ceburi takut bercampur benda2 macm ni.. huhu
    Izuddin´s last blog post ..Doa Minta Jodoh Sampai Cepat

    Reply
  9. master slave

    sebab utama orang menolak MLM adalah sebab trauma dengan kejadian yang lepas2…apabila skim cepat kaya dan ada juga orang yang menperalatkan sistem MLM ini untuk kepentingan diri…jadi sekarang amatlah sukar untuk menbuang pandangan buruk masyarakat terhadap MLM..orang fikir MLM orang fikir pasal skim cepat kaya atau penipuan…sebab sejarah MLM ni dah busuk…perlu cari balik keyakinan masyarakat
    master slave´s last blog post ..Tips Cara Mendapatkan Backlinks Berkualiti

    Reply
  10. Pakmil

    MLM banyak mengubah hidup dan kualiti hidup saya. Bagi saya MLM satu model bisnes yang baik kerana “the rich build network, everyone else look for work”. That’s why i recommend network marketing it a fabulous system. Anda akan belajar skill komunikasi, handling rejection, copy system, bina keyakinan dll. Permulaan biasanya anda akan 10x gagal sebelum akhirnya anda berjaya dan faham bagaimana sistem networking ini berfungsi. That’s why i said stay in the game. Leader pakmil 0133113930

    Reply
  11. shahrina

    saya paling malas part yang kena cari orang tu. Dahla hidup ni tak berapa bergaul sgt. Mcm mana nak cari orang?

    Tapi MLM mmg terbukti boleh memberikan pendapatan pada beberapa orang. Mungkin tak sesuai untuk semua orang.

    Reply
  12. nur

    Fahami konsep MLM..;) xboleh nak salahkan org2 yg ckp mcm2 yg negatif abt MLM sebab itu pengalaman mereka yg dah terkena..yg buat MLM yg btol2,buat sungguh2..mcm i jgk lah..selama 3tahun nak masuk 4 thn ni..xde lagi lah kawan lari..putus hubungan dgn kawan and all..alhamdulillah..sbb mereka faham..mereka xfaham..mereka bertanya..and kite terangkan dgn betol..bukan apa..mereka nak tahu kebenaran..kdg2 dorg pon pening bile byk yg disogok mende negatif dr positif..tp alhamdulillah lah org sekeliling i sendiri mmg suka cari yg benar2 aje dr dgr rumors..;) it is not abt the system..but it is abt the carriers..how the entrepreneurs carry the business itself..buka lah branch yg gah brandnya pon,tp jika gunekan system pandai2 sendiri..itu lah bahayanya..and yg berminat..biarlah kite berilmu..;) jgn mudah ditipu org aje..and yg buat MLM pon jgn mudah2 la memesongkan yg betul utk kepentingan peribadi..wallahualam..

    Reply
  13. apex

    Assalamualaikum. terima kasih kepada penyedia blog ni. ramai yg boleh tukar pendapat disini berkaitan mlm. kenapa bila sebut mlm semua jadi negatif? fobia? marah? dll. pada saya ada tiga golongan yang berfikir disini.
    1. Orang yang dengki dengan kejayaan orang lain dlm mlm. kenapa? kerana mereka tahu dan percaya 9/10 pintu rezeki dtg drpd perniagaan, 1/10 dtg dri bekerja@makan gaji. tetapi mereka tidak mahu berniaga,berusaha dan menikmati segala yang dijadikan di bumi allah ini untuk kita. sedangkan org kafir berusaha tuhan bagi kekayaan,mengapa bukan kita? perniaagaan ini ada dua jenis. pertama kita mencari orang@ perkenalkan perniagaan kita kepada org. kedua kita menunggu orang datang mencari kita. hakikatnya kita berniaga dengan org dan bukan haiwan. tidak penah kita fikir carta organisasi kehidupan seharian kita. bermula dari ayah ibu lahirnya kita. tanpa rakyat tiada perdana menteri. dan bila difikir semula berapa ramai org yg boleh sandang jawatan dan gaji perdana menteri dalam satu masa? sampai bila kita hendak bekerja untuk menyamakan gaji kita dengan boss kita? tetapi setiap hari kita merungut gaji tidak cukup… kos sara hidup melebihi gaji bulanan.
    2. Orang yang mencuba dalam banyak perniagaan mlm tpi tidak berjaya. kenapa? kerana ingin keluarkan modal dlm perniagaan mlm bukan satu masalah kpd semua org. mlm satu2nya perniagaan yg tidak ada risiko langsung…tpi bukan invesment… mlm tidak perlukan anda keluarkan maintainan stiap bulan contohnya bayar gji pekerja,bil air,bila api,sewa kedai dll. tetapi kena tanya diri kita sendiri adakah kita buat atau tidak perniagaan itu? buat bukan bermaksud anda joint dan tunggu duit datang menghujan…buat ini bermaksud anda memperkenalkan perniagaan ini sehingga ada orang berniaga bersama anda. anda silap bila anda mengharapkan orang atas @upline anda mendatangkan income untuk anda. bila anda rgster dlm satu2 syarikat mlm itu adalah bisnes anda.. tidak perlu mengharapkan org lain untuk income anda. tidak tahu berniaga wajib belajar dan tuntut ilmu mlm. ilmu kunci kejayaan anda. kuasai ilmu perniagaan anda. kita semua tahu nak jadi doktor bukan boleh terjadi dalam sebulan belajar. nak jadi cikgupun perlu belajar. jangan jadi tuhan, menjatuhkan hukum sebelum buat.

    3. orang yang tidak pernah joint mlm,tpi bila dengar best je jalan cerita mlm joint dgn mengkhizir buta. xsalah mencuba. tapi pastikan kita faham apa yg kita nak buat. akhirnya bila tidak dapat seperti dijanjikan dia akan salahkan mlm. tiada syarikat mlm yg buka untuk tutup @saje2 buka untuk mati.
    nasihat saya untuk semua ummat islam… sekarang ini mlm ada akta jualan langsung di aktakan bawah kawalan kerajaan. syarikat yg boleh di pggil mlm adalah syarikat yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan sahaja. anda jangan terpedaya dengan syarikat yang suka mengaut kenutungan dengan menyediakan produk yg tidak berpatutan dengan harga dan juga menggunakn produk yg bukan2 untuk mengaburi mata sahaja. mlm juga sekarang ada panel penasihat syariah.
    PERNAHKAH? kita fikir sumber pendapatan kita yang dapat hrini diambil dri sumber yg halal? adakah waktu kerja yg kita curi tulang itu halal gji bulan itu? dan waktu kerja bg yg tinggal solat itu halal gajinya? dan perkara seharian kita yg tidak dtgkn manfaat itu tidak berdosa? kesalahan itu sejengkal dgn diri kita. sama2 kita muhasabah diri,bersihkan hati. kerana memfitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.

    Reply
  14. lydzar

    Saya join 1 bisnes ni. Awal awal dulu Saya x pernah tau yg ianya salah satu MLM. Yg saya faham.. saya kena niagakan produk yg saya guna. Saya jual pun sbb saya suka dgn keberkesanan dia and nk kawan2 yg seangkatan dgn saya rasa bestnya bila ditemani produk tu setiap hari. Alhamdulillah..upline saya pun xde main taktik kotor suruh invest beribu2.. dan benda yg sama saya duplicate kpd downline saya.
    Cuma yg pasti..nak kaya dan jadi jutawan.. mmg x semudah goyang2 kaki duit masuk.
    lydzar´s last blog post ..Pengalaman Ngeri Berpantang Bertukar Menjadi Indah Hingga Tak Kisah Jika Suami Suruh Beranak Lagi

    Reply
  15. Han

    Elken adalah sebuah syarikat yang kukuh dan telah bertahan selama lebih 20 tahun dengan produknya yang sangat berkualiti dan diiktiraf oleh ramai doktor2. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan jualan lebih daripada 300%. Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut dan berkenaan pelan perniagaan elekn – Han – 0129147859. Retire rich retire young ๐Ÿ™‚

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge