Owh sebenarnya sudah lama aku nak buat post pasal ni, tapi disebabkan penyakit pelik aku membuatkan aku menangguhkan post ni. Hehe.. Aku sangat marah bila dapat tahu pasal benda ni dan perasaan sangat malu pun ada juga. Aku marah sebab kecik-kecik lagi diorang ni dah pegang duit banyak-banyak dan aku sangat malu sebab diorang semua ni dah success lagi awal daripada aku. Owh tidak, malunya!!! Korang malu tak?  Aku dahlah lagi tua daripada diorang ni dan jarak umur aku bukan setakat setahun dua saja tapi empat ke lima tahun jaraknya!!! Korang yang sama umur atau yang lagi tua dari aku mesti malu jugakkan? Tu tengok muka budak kat atas tu. Korang tak bengang ke haa? Haha.. Jom baca pasal 5 orang budak ni pulak.

1. David Wilkinson

Affiliate Defined – www.AffiliateDefined.com

Kenapa aku malu:

Daripada seorang budak nerd yang suka main video game telah bertukar menjadi seorang usahawan internet seawal usia 14 tahun!! David Wilkinson telah berkongsi kejayaan perniagaan onlinenya melalui ebook dia iaitu Affiliate Defined. Oh tidak! Macam mana si gigi arnab ni boleh jadi hebat ?

2. Carl Ocab

Carl Ocab – www.CarlOcab.com

Kenapa aku malu:

Carl bermula dengan website dia yang cerita pasal making money online sebagai seorang usahawan muda pada umur 13 tahun. Cis! Sekarang umur dia dah cecah 15 dan dah peroleh beberapa ribu dollar setiap bulan melalui program affiliate dan pengiklanan persendirian.

.

.

3. Josh Buckley

Menewsha – www.Menewsha.com

Kenapa aku malu:

Josh Buckley dah berjaya bebas dari aspek kewangan pada umur 15 tahun! Tahun ni dia dah dapat $xxx,xxx dan dia dah boleh sara keluarga dia sendiri dah. Baru-baru ni dia ada bawak keluarga dia pergi melancong dengan naik cruise mewah mengelilingi Mediterranean. Apa-apa gadget yang terbaru keluar dekat pasaran, dengan takde masalah langsung dia akan menyambarnya! Hoho. Aku nak beli headphone pun fikir dua kali. Wakaka!

4. Hansup Yoon

Zune Boards – www.zuneboards.com

Kenapa aku malu:

Bulan lepas , si mamat sepet Hansup Yoon ni dah jual website dia pada harga $62,000 kepada seorang pelabur! Pergh!!! Mahal gila tue.. Memang perkara yang menakjubkan sungguh bila seorang yang sepet dapat berjaya dengan perniagaan internet pada usia muda. Adakah aku boleh juga?

.

.

.

5. Thilak Raj Rao

Tech Buzz – www.tech-buzz.net

Kenapa aku malu:

Thilak Raj Rao ni seorang pelajar college yang gagal! Dia dah pun berhenti belajar tetapi pendapatan dia sebulan adalah melebihi $1000 !! Orang yang belajar sampai habis pun tak tentu dapat gaji macam ni. Wakaka! Thilak dah update blog dia tu selama 2 tahun dah. Dia juga seorang yang mamat yg ketagih dengan online ni. macam budak-budak yang kaki Myspace jugak. Tapi dia pandai ambil kesempatan tu!

Related Posts with Thumbnails