4 Sebab Utama Laluan Smart Tag Lembab

smart tag

Aku masih lagi baru menjadi pengguna Smart TAG dalam 2 bulan kalau tak silap selepas kekasih hati menghadiahkan device Smart TAG tu dekat aku. Thank you sayang. Sebelum ni aku hanya gunakan kad Touch N Go dengan alasan aku sanggup mengeluarkan tangan di tingkap untuk melepasi tol-tol satu Malaysia. Hehehe..

Sepanjang tempoh aku menggunakan Smart TAG ni banyak juga insiden yang telah melembabkan perjalanan aku ketika melalui laluan Smart TAG ni. Kadang-kadang sampai lagi lembab daripada lorong-lorong biasa. Sedih kan? Bengang pun ada.. Tapi kadang-kadang aku juga pernah menjadi punca lembab ni.. Wakaka!

1. Kredit Touch N Go kosong!

Kadang-kadang ada yang tak perasan diorang punya kad Touch N Go dah kosong 0 sebab semalam dah jalan sakan lalu semua jalan bertol yang ada. Mungkin semalam saja yang berjalan sakan, jadi harini ingatkan Touch N Go tu ada kredit. Kenalah reverse :p

2. Kredit tak cukup!

Masa baru nak masuk tol tu memang takde masalah walaupun kredit ada 50 sen je tapi masa nak keluar tol nanti mulalah meraban. Hahaha! Kes ni selalu terjadi dekat orang yang mempunyai tahap konfidensasi tinggi tahap Ravin (kawan sekolah aku) yang yakin dengan kredit Touch N Go diorang cukup nilalinya.Wakaka!

3. Device Smart TAG terbalik!

Hehehe.. Ini antara sebab yang sengal dan aku pernah menghadapi situasi ni. Gagagaga!  Gabra bila kredit Touc N Go memang cukup tapi tak lepas pulak. Rupa-rupanya aku tak tunjukkan bahagian warna hitam device Smart TAG tu. Hihihihi.. Akak tol tu bagi isyarat guna mulut cakap benda tu terbali,tapi aku dengan pantasnya terbalikkan kad Touch N Go tu.

Apa yang akak tol tu harapkan adalah agar aku terbalikkan device Smart Tag tu. Wakaka! Kemudian aku buat-buat muka baru tahu dekat akak tu. Muahaha! Demmmmm!

4. Pemandu langsung tiada Touch N Go & Smart Tag

Ini adalah manusia yang paling sengal sekali sebab lalu dekat lorong yang salah dengan mengharapkan diorang boleh masuk dan keluar ikut kereta di hadapan diorang yang guna Smart TAG sebelum palang jatuh. Memang caiyyaaa :p

Aku harap korang yang membaca ni boleh ambil iktibar daripada apa yang terjadi dekat aku dan orang lain. Hehehe.. Aku rasa aku juga masih tidak terlewat untuk mengucapkan selamat tahun 2012 kepada korang.

Semoga tahun ini segalanya lebih baik untuk diri kita dan tersayang berbanding tahun lepas. Oh ya! Aku jual jus Monavie! Hehehe..

17 thoughts on “4 Sebab Utama Laluan Smart Tag Lembab

    1. Richie Post author

      mungkin juga.. kadang2 mmg ada insiden yg memerlukan aku tekan2 kuat2 kad tu dekat reader dia.. bapak lamo

      Reply
  1. Hanif

    Sekali tersalah lorong daa….he3..macam2 style pemandu ni…xtgk betul2 lorong nak masuk n x cek ade ke x isi dalam smart tag tu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge