
Entri ini ditulis oleh penulis undangan, Aqif Azizan.
Bagi pemilik blog, menerbitkan entri secara konsisten dapat memberikan pelbagai keuntungan jangka masa panjang. Antaranya adalah:
- Meningkatkan jumlah pembaca.
- Menjenamakan blog
- Melatih diri untuk menulis lebih baik
- Meyakinkan pihak pengiklan untuk beriklan di blog
Namun kajian di Problogger.net mendapati, masalah yang menyebabkan blog-blog tidak dikemaskini untuk jangka masa yang lama, adalah berpunca daripada kekurangan idea untuk menerbitkan entri.
Kekurangan idea ini didorong oleh beberapa faktor seperti virus ‘writers block’, dimana penulis menghadapi kesukaran untuk menjana idea-idea, bagi menulis entri di blog-blog mereka, meskipun mereka sudah berada di hadapan komputer selama beberapa jam, untuk mencari sumber idea.
Tulis Banyak Entri, Dalam Masa 30 Minit… Atau Kurang
Terdapat satu strategi yang dikongsikan oleh penulis undangan Copyblogger, iaitu Jim Estill, jika kita mahu menulis entri-entri blog, yang memenuhi kehendak pembaca dengan pantas.
Strategi yang ditunjukkan beliau adalah fleksibel, dan memberikan hasil yang memuaskan. Strategi ini juga membantu Jim untuk menerbitkan entri yang mengandungi beribu patah perkataan, dalam masa 20 minit.
Namun bagi si pemula, ia mungkin mengambil masa yang sedikit lama berbanding Jim. Berikut adalah 5 langkah yang boleh kita gunakan.
Langkah #1 – Beli Buku Idea, Catit Idea Setiap Masa

Otak kita dikurniakan oleh tuhan, untuk berada dalam keadaan aktif setiap masa, meskipun ketika kita sedang tidur. Setiap seorang di antara kita, pasti pernah mengalami pengalaman munculnya idea-idea menarik, ketika sedang berjalan-jalan, memandu, mahupun ketika melelapkan mata.
Idea-idea tersebut boleh digunakan untuk entri blog kita. Di sini dapat kita lihat betapa pentingnya mempunyai buku idea, yakni buku catatan. Apa yang perlu kita lakukan adalah:
- Catit idea tersebut.
- Jadikan ia sebagai entri blog.
Dengan wujudnya gajet-gajet lain seperti iPhone, Blackberry dan sebagainya, ia menjadikan idea kita lebih mudah untuk dicatit.
Langkah #2 – Keep It Simple Smarty (KISS)
Seringkali idea penulis akan tersekat, kerana terlalu memikirkan isi kandungan idea mereka. Perkara ini juga biasa terjadi dalam dunia blog. Kajian menunjukkan 90% blogger tidak menerbitkan entri-entri mereka, kerana bersifat ragu-ragu terhadap penyampaian idea mereka.
Soalan-soalan seperti, “Adakah idea ini menarik?”, “Bagaimana jika pembaca tidak suka entri ini?” dan sebagainya harus diketepikan. Ini kerana soalan-soalan tersebut akan mewujudkan perasaan negatif, terhadap diri kita. Seterusnya menghalang kita untuk menerbitkan entri blog.
Apa yang boleh kita lakukan adalah mengamalkan konsep KISS (Keep It Simple Smarty), iaitu bertindak seperti 3 langkah berikut:
- Dapatkan idea, kemudian tulis.
- Terbitkan entri.
- Ulang semula langkah 1 dan 2.
Langkah #3 – Guna Mantra Bullet Point

Entri-entri yang mendapat sambutan hangat di kalangan pembaca, adalah entri berbentuk bullet point. Menurut Michael Dunlop, majoriti pembaca di blog beliau lebih gemar membaca entri-entri berbentuk bullet point. Ini dapat dilihat menerusi statistik blog yang dicatit pada setiap bulan.
Entri-entri bullet point seperti ‘7 Sebab Blogging Bukan Untuk Anda’, ‘5 Prinsip Asas Bisnes Orang Cina Yang Wajar Ditiru’ dan ‘5 Teknik Tingkatkan Kredibiliti Sebagai Seorang Penulis Blog’ dapat membantu pembaca untuk membaca entri tersebut dengan lebih mudah.
Tentang Penulis:
Aqif Azizan merupakan usahawan internet dan penulis sepenuh masa. Beliau kini bertugas sebagai Content Developer & Business Manager di Flarebiz Network, sebuah syarikat teknologi maklumat yang dipelopori oleh usahawan muda.
Layari blog perniagaan internet beliau untuk maklumat lanjut.

Terdapat sedikit kesalahan ejaan di:
“Namun bagi si pemula, ia mungkin mengambil masa yang sedikit lama berbanding Jim. Berikut adalah 5 langkah yang boleh kita gunakan.”
Sepatutnya, 3 langkah yang boleh kita gunakan.
Terima kasih Richie, kerana sudi berkongsi entri ini bersama para pembaca.
Idea amat penting dalam penulisan blog kerana dari idealah kita mampu untuk menulis dan berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada dunia…
Benar tuan.
kadang2 idea tuh datang… dari tengok tv atau tengah buat aktiviti lain… kena cepat catit .. takut lupa.. idea2 kreatif dalam blogging memang berbeza… ada yang banyak cerita dari gambar2 , ada juga yang banyak menulis, ada juga yang buat point2… yang penting ialah kreativiti masing2 , jangan terlalu ikut2 orang.. be ur own style gitue…
zik´s last [type] ..Manfaat rumput laut- sejarahnya
Betul tu Zik. Biar ada stail sendiri.
aku kalau ada idea tapi tak dapat nak update time tu. aku catit dalam buku aku jer. hehe…kunonye aku..
pas tu, bila dapat idea, walaupon depan PC aku tak update time tu, kasi kumpul idea dulu n buat entry tu bila time dah sedia. buat entry time terkejut, ayat tak cantik. eh yer ker…bagi aku la. huhu
He he. Ada betulnya juga. Bak kata orang, kita perlu rancang setiap penulisan.
thanks for info..kekadang selalu terlajak pasal tenet slow..grrr..
mizzura´s last [type] ..Bandung Day 4- Faboulous Sundanese Food
Sama-sama. He he.
agak menarik tips2 ini…
seringkali juga ada idea tp x pandai nak kembangkan…
thanks atas perkongsian hebat ini…
belalang´s last [type] ..Aku Nak Follow Kamu- Tapi
Sama-sama Belalang.
hehe, aku stuju pasal bulletpoint writing tue.. memang dah lame org bgtau pasal bende tue.. tapikan kekadang post yang nak ditulis tue xseswai untuk dijadikan bulleting kecuali kalau post pasal teknik2/informatif.. hoho
pasnie nak kene beli notepad kecik untuk idea2 aku yg selalu mencurah2.. hohoho
samanosuke_04´s last [type] ..Aku Selalu Suka Benda Yang Tiada…
Ya. Beli, jangan tak beli.
bbetul. suka cara yang guna bullet tu..
penhitam´s last [type] ..Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih GSST
Terima kasih Penhitam.
Best tips ni… aku selalu ada problem kat step #2 tu…
Skg dah dpt idea…
Thanks Aqif Azizan and RR for sharing…
Azam´s last [type] ..Karnival WOW! Putrajaya 2011
Sama-sama. Alhamdulillah. Terima kasih kerana berkongsi.
entry bagus.
aku pernah buat yg pasal tulis idea tu.
ada idea, aku tulis dalam buku catitan atau hp.
tapi masalahnya, aku hanya tulis tajuk je, pernah beberapa kali je aku sertakan point2 die sekali
mungkin lain kali, patut buat point2 untuk tajuk2 die sekali. kalau camni, mmg 30 minit tu agak possible!
Affan´s last [type] ..Kanada Snow Day- yay Cuti!
Benar Tuan Affan. Kebanyakkan kita cenderung menulis tajuk sahaja. Namun, jika kita dapat menulis poin-poin penting (Sekurang-kurangnya tiga poin), ia dapat menjimatkan masa kita untuk mendapatkan sumber penulisan.
Terima kasih.
wow,
perkongsian yang cukup bermakna.
terima kasih..
Sama-sama Ronaldmohoni.
tahniah dan terima kasih diatas perkongsian ilmu ini.
rohaszeli´s last [type] ..Sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar ritual – Prof Dr Sidek Baba
Sama-sama Rohaszeli. Semoga ia dapat dimanfaatkan.
kaedah yg baik bg penulis2 blog yg masih baru blaja ntuk berblog…
Benar. Juga sesuai untuk advanced.
yang buku kecil tu setuju..kadang2 ada je idea jap lagi hilang.. haha.. tapi bese aku catit kat hanphone je..taip msej, dan save.. tak mampu nak beli iphone.. hehe
Izwan´s last [type] ..RT @izwanyusof89 – Tweet Tweet Tweet
He he. Itu permulaan yang bagus. Lepas ini boleh pakai iPhone terus.
salam. pasal penlisan rasenya x de masalah bg sy yg masalahnye cmne nk ltk iklan kat blog & blaja gak cmne nk mempercantikkn blog..
hajar´s last [type] ..TEMAN PEWARNA KEHIDUPAN
terima kasih atas perkongsian tersebut…
aku sokong..bukan senang nak dapat idea utk menulis entry yang baik..biar kualiti dari kuantiti..
pneumedic´s last [type] ..No Strings Attached 2011 TS XVID
Like this entry.
ayampenyek´s last [type] ..Microsoft Surface teknologi Permukaan Sentuhan
1. Banyakkan membaja untuk dapatkan input..kalau xde input macam mana nak ada output.
2. Sensitif dan mempunyai tahap pemerhatian yang tinggi apa jau yang berlaku disekeliling kita.
Dua kaedah ni aku cuba pegang dan praktikkan. Lets try.
Terbaiklah Richie dan Aqif!
Dah cuba kesemua teknik yang disyorkan. Memang berhasil dan kembali penuh dengan idea-idea baru ibarat hujan yang tiada henti. Terima kasih!
bagus jugak ni, selalu k lily kena writers block
CikLilyPutih´s last [type] ..New Year Giveaway Part 2 by KedaiGambarKami
Idea dan ilham ada bedanya… bagi seorang penulis, sama ada bloger mahupun penulis buku fizikal di luar sana. Writer block akan berlaku, bagaimana mahu mengatasi writer block?
Menurut penulis mapan, sasterawan negara khususnya Dato’ (Dr) A Samad Said – Pak Samad. Andai sudah kekeringan idea bagi menulis maka membacalah.
Menurut beliau lagi ada lima syarat bagi menjadi penulis yang hebat iaitu:
Pertama, baca.
Kedua, baca.
Ketiga, baca.
Keempat, baca.
Kelima, tulis!
Zahiruddin Zabidi´s last [type] ..Dengan Nama-Mu Ya Allah Aku Bermula
Setuju dengan poin tuan Zahiruddin, takkan boleh penulisan dituang dari jug yang kosong. Penuhkan jug anda dengan Membaca!
Dari situ datangnya idea-idea bernas
Ariff´s last [type] ..Ujian bagi yang hendak Berjaya
langkah ke 3 tu aku nak try buat. mmg ada gak buat tapi tak banyak. hehehehe. thanks!!!
aku suka buat draf dulu
dan guna function schedule
aku ade gak tapi tak selalulah buat camtu. selalu tulis time tu n terus publish.hahaha
nice sharing..