June 2011 Archives

li na

Asia telah berjaya melahirkan lagi seorang bintang sukan yang setaraf dengan juara-juara dunia dalam bidang tenis. Sebelum ni Asia gah dengan Pacquiao yang kental dalam gelanggang tinju menumbangkan lawan walaupun berbadan kecil.

Li Na berjaya merangkul trofi kejohanan tenis Terbuka Perancis setelah menumpaskan juara dari Itali, Francesca Schiavone. Aku ni bukanlah peminat tenis sangat tapi aku ambil tahu juga mengenai dunia sukan. Baca online sudeyh! Hehehe.. Sambung baca lagi baiiii »


buang bayi sentul

Aku rasa memang orang Malaysia ni tak makan saman dengan hukuman-hukuman dan undang-undang yang dah ditetapkan bagi sesiapa yang terlibat dengan kes pembuangan dan pembunuhan bayi. Aku pun tak faham langsung macam mana diorang ni boleh tergamak nak buang bayi. Gila apa? Binatang apa?

Kes paling terbaru dan paling kejam setakat ni berlaku di Sentul dua hari lepas kot. Boleh pulak si binatang ni main campak je baby ni dalam plastik dari tingkat 5 Pansapuri Sentul ke tempat pembuangan sampah di tingkat bawah sekali. Sambung baca lagi baiiii »


terung, ecoli

Tahukah korang mengenai wabak e-coli? Sebutannya yang sebenar adalah e-kolai walaupun ejaannya sama seperti coli yang selalu disebut-sebut kaum perempuan yang berada di luar bandar. LOL! Main cakap je.. Maaf!

Wabak e-coli ni mula disedari di Jerman selepas beberapa orang di sana menghidapi sindrom hemolitik-uremik. Sindrom ni mengakibatkan jumlah trombosit dalam badan menurun (macamlah aku paham), sel darah merah dihancurkan dan buah pinggang gagal berfungsi seperti biasa. Sambung baca lagi baiiii »


rahsia nombor

Aku tak tahu kenapa aku asyik terpandang dengan sengaja ataupun tidak sengaja dengan nombor-nombor berganda. Contohnya, 1111, 2222, 5555, 7777 dan yang paling kerap adalah 1111 dan 5555.

Adakah ini membawa maksud tertentu dalam hidup aku? Boleh kata dalam sehari tu adah 3 kali ternampak. Dalam seminggu tu takdelah tiap-tiap hari nampak, tapi dalam 4 hari tu mesti nampak punya. Sambung baca lagi baiiii »