April 2011 Archives

nasi lemak

Baru-baru ni Jabatan Kementerian Kesihatan mengenakan undang-undang terhadap peniaga kantin. Mereka hanya dibenarkan menjual nasi lemak hanya seminggu sekali.

Ramai yang tidak bersetuju dengan undang-undang itu. Kalau aku masih sekolah lagi, aku 170% tidak bersetuju terhadap undang-undang tu. Mana boleh! Kitorang ni budak-budak sekolah memang dah kira rutin dah makan nasi lemak tu. Sambung baca lagi baiiii »


business card, kad bisnes

Kad perniagaan atau namecard dalam perniagaan konvensional tidak dapat dipisahkan lagi. Hubungannya bagai aur dan tebing. Tapi, bagaimana pula jika seseorang itu menjalankan perniagaan secara online? Adakah kad perniagaan ini diperlukan oleh mereka? Terlalu banyak tanda tanya. Mari kita rujuk kepada pakar.

Menurut Dr. Irfan Khairi, jutawan muda internet di Malaysia, walaupun kita menjalankan perniagaan secara online, kita tetap perlu untuk melakukan promosi secara offline. Dan cara yang termudah untuk melakukan promosi secara offline adalah dengan memberikan kad perniagaan kita ketika bertemu pelanggan di dunia nyata. Sambung baca lagi baiiii »


download love & other drugs

Aku dah lama mengidam nak tengok cerita Love & Other Drugs ni. Biasalah, Doktor Cinta mestilah tengok cerita jiwang-jiwang kan. Aku rasa semua orang tahu aku seorang yang baik hati dan sweet. Miahaha!

Semalam bila kawan aku, Capik, cakap yang dia ada download cerita LAOD ni aku pun bersungguh-sungguh nak copy dekat dia. Tapi bila sampai dekat rumah dia dan tengok segala movie yang dia dah sedut. Sambung baca lagi baiiii »


Ada bermacam-macam platform untuk korang blogging secara percuma. Setiap platform ni mempunyai kelebihan diorang masing-masing. Kalau korang betul-betul seorang blogger tegar, korang harus mencuba lebih daripada 2 platform blog.

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi sebnanrnya boleh tahan ramai jugak yang tak tahu. Sebab selalu je ada orang tanya aku BLOG tu adalah Blogspot. Lepas tu yang ada domain sendiri tu bukan blog. Hohoho!

blogspot

Blogger ni dulu adalah kepunyaan Pyra Labs dan kemudiannya menjadi milik Google. Google menambah lagi ciri-ciri menarik yang di dalam Blogger. Sambung baca lagi baiiii »


baskin robbins

Semalam lepas jenjalan itik dan lunch di Kenny Rogers Midvalley, terasa pulak nak makan ice-cream. Oleh itu dengan rela hatinya melangkah ke Gardens nak makan dekat Baskin Robbins.

Biasolaaa! Orang Somban jarang makan benda-benda pelik ni kan. Bertuahnya hati bila masuk-masuk situ nampak ada sorang kawan tengah sibuk mencedok-cedok ice-cream. Hohoho! Sambung baca lagi baiiii »


yezzar, foursquare

Perkembangan teknologi yang deras zaman sekarang ni telah memudahkan manusia daripada pelbagai aspek. Sekarang apabila wujudnya ‘smartphone’, ramai syarikat yang telah terjun ke dalam industri applikasi untuk smartphone.

Yezzar merupakan applikasi yang seakan-akan Foursquare dan Gowala tetapi khas untuk rakyat Malaysia. Ya laaa! Kita mesti bangga dnegan produk Malaysia kan. Sambung baca lagi baiiii »