
Entri ini ditulis oleh penulis undangan, Aqif Azizan.
Bagi pemilik blog, menerbitkan entri secara konsisten dapat memberikan pelbagai keuntungan jangka masa panjang. Antaranya adalah:
- Meningkatkan jumlah pembaca.
- Menjenamakan blog
- Melatih diri untuk menulis lebih baik
- Meyakinkan pihak pengiklan untuk beriklan di blog
Namun kajian di Problogger.net mendapati, masalah yang menyebabkan blog-blog tidak dikemaskini untuk jangka masa yang lama, adalah berpunca daripada kekurangan idea untuk menerbitkan entri.
Kekurangan idea ini didorong oleh beberapa faktor seperti virus ‘writers block’, dimana penulis menghadapi kesukaran untuk menjana idea-idea, bagi menulis entri di blog-blog mereka, meskipun mereka sudah berada di hadapan komputer selama beberapa jam, untuk mencari sumber idea.
Tulis Banyak Entri, Dalam Masa 30 Minit… Atau Kurang
Terdapat satu strategi yang dikongsikan oleh penulis undangan Copyblogger, iaitu Jim Estill, jika kita mahu menulis entri-entri blog, yang memenuhi kehendak pembaca dengan pantas. Sambung baca lagi baiiii »