November 2010 Archives

Korang dah tengok ke belum movie Bruce Lee My Brother? Aku baru tengok semalam dan apa yang aku harapkan dalam movie ni tidak kesampaian. Daymm!! Siapa tak kenal dengan Bruce Lee dengan cara berlawan yang tersendiri.

Walaupun dia berguru dengan Ip Man, tapi dia mengubah seni wing chun agar menjadi lebih baik. Korang memang silap kalau korang harap banyak aksi berlawan dalam movie ni.

Sebenarnya movie ni adalah pengalaman hidup ahli keluarga dan rakan-rakan Bruce Lee ketika dia masih kecil sampailah dia berhijrah ke Amerika. Pada awal cerita memang agak bosan sebab proses tumbesaran Bruce Lee dan persekitaran kehidupan Bruce Lee pada era zaman jajahan Jepun.

Banyak juga pengorbanan Bruce Lee tentang percintaan dan persahabatan. Sambung baca lagi baiiii »


Petang tadi berhajat nak pergi bersiar-siar di kotaraya Kuala Lumpur tapi memandangkan dah pukul 2 lebih dan hujan lebat, hajat tu tidak berkesampaian. Jadi terpaksa bersia-siar di Seremban Valley je :p .

Sebelum menonton movie Bruce Lee My Brother, aku dengan kawan aku Luqman Anis (Businessman) cuci mata dan cari benda menarik untuk dibeli di Jusco Seremban 2.

Aku punya kunci kereta sebenarnya takde keychain lagi. Akibat dah tak tahan kena perli dengan member tak tukar keychain yang Proton bagi masa ambik kereta haritu, aku pun berniat nak beli keychain. Sambung baca lagi baiiii »



Kalau difikir-fikirkan balik tajuk post aku ni memang agak menyeramkan. Tak dapat aku bayangkan kalau kita semua hidup tanpa aktiviti download-mendownload movie dan mp3. Sangat boring! Sangat menyusahkan! Dan yang paling penting sekali sangat memokaikan diri ini!

Hari ni selepas baca info di blog Daily Chilli, satu akta baru akan diwujudkan yang membolehkan pembekal servis internet (Internet Service Provider) membekukan akaun internet bagi mana-mana penggemar penggunaan P2P. Sambung baca lagi baiiii »


Aku bukanlah seorang pembela dan penggemar kucing. Tapi masa hari raya haji haritu, aku datang rumah moyang aku dan ada pulak kucing.

Aku sebelum ni tak pernah nampak pulak kucing dekat rumah dia. Kucing ni nampak macam cantik je tu yang menarik perhatian aku tu.

Korang rasa kucing ni cantik ke? Hohoho.. Pertanyaan seorang yang tak gemar kucing kepada penggemar kucing.

Aku setakat nak pegang-pegang tu boleh lagi, tapi kalau nak bagi dia gigit tangan la. Bagi kuku kucing ni main-main dengan baju aku memang tak dapat. Hohoho! Sambung baca lagi baiiii »


Semalam lepas sembahyang sunat aidiladha dan beraya dekat kampung aku dekat Rembau, aku pergi ke rumah pakcik aku di Taman Sri Serdang. Aku balik ke Seremban dulu, mandi-mandi sikit lepas tu bertolak ke Serdang dalam pukul 4 petang.

Aku ingatkan datang beraya rumah pakcik aku je, sekali kena join majlis taman tu sekali daaaa.. Tapi takpelah, aku pun dah lama tak join majlis-majlis amal macam ni. Teringat pulak sesi-sesi skodeng jemaah perempuan masa tazkirah dekat sekolah menengah dulu. Hohohoh! Sambung baca lagi baiiii »