October 2010 Archives

Sebelum ni aku pernah mencuba detox foot patch selepas aku tengok fenomena orang guna benda ni semakin menjadi-jadi. Dia punya kesan memang sangat memberangsangkan.

Badan aku terasa ringan dan segar-bugar masa bangun pagi. Walaupun kadang-kadang bangun pagi tu dua-dua jarum jam dah nak tunjuk dekat no 12. Ahaha! Ni ada tawaran menarik ni dari HazmanFadzil.com .

Korang mesti suka benda FREE kan? Ni bagi sesiapa yang taknak keluar duit tapi nak rasa pakai detox foot patch, jejaka Malaya HazmanFadzil.com kita ni nak bagi sepasang detox foot patch secara percuma kepada 50 Blogger Lelaki terawal! Sambung baca lagi baiiii »


Isnin lepas aku dijemput untuk bersama-sama dengan pihak media yang lai menghadiri majlis pelancaran Tune Talk Prepaid Data Plan.Majlis pelancaran tu diadakan Ecoba Restaurant & Bar. Aku datang agak awal bersama seorang rakan.

Aku rasa korang mesti dah pernah dengan kad debit Tune Money dan Tune Hotel. Tune Talk pun pernah juga diwar-warkan dulu tapi belum lagi secara rasmi. Sekarang Tune Talk Prepaid sudah pun lengkap dengan data plan diorang dengan ganjaran menarik.

Aku taknak cerita banyak-banyak sekarang. Aku akan cerita pasal plan prepaid Tune Talk dan ganjaran yang akan korang terima esok hari. Post kali ni aku nak carita pasal event hari tu je. Heheheee.. Ramai jugak yang datang termasuk bro Budiey.

Thanks to Tune Group sebab menjemput aku dan member gift yang sangat menarik! Hohoho! Ramai yang dapat ticket flight percuma and 2 ticket free standing konsert Paramore worth RM360! Sambung baca lagi baiiii »


astro

Korang rasa korang ada 60 saat tak? Aku rasa korang ada lebih 60 saat. Sebab korang mempunyai masa yang berbillion saat untuk tidur, melepak, mengunyah dan lain-lain lagi. Jadi program Anda Ada 60 Saat oleh Astro memerlukan korang luangkan 60 saat sahaja!

60 saat ini boleh membuatkan korang menjadi separuh jutawan! Jika Tomok pernah menjadi jutawan, jadi korang akan menjadi separuh daripada Tomok. Muahaha! Banyak tu hadiah RM500,000 dengan hanya meluangkan 60 saat untuk buat perkara yang diorang suruh.

Program ni nampak memang mudah, tapi benda-benda yang nampak mudah ni memang susah nak dibuat. Kena rajin sembahyang jugaklah kalau nak menang program Anda Ada 60 Saat ni. Hehehe.. Sambung baca lagi baiiii »


Mesti ramai yang mengalami dilema apabila Yahoo Messenger korang dijangkiti virus spam. Hohoho.. Gundah gulana pasti timbul bila ramai yang complaint pasal YM korang yang tak henti-henti hantar spam messages.

Masalah jadi lebih berat bila kebanyakan kenalan korang dekat YM mula delete korang daripada list contact diorang. Ahaha! Korang pun mesti penat menjawab, ” weyh, sorry2.. tadi tu bukan aku.. aku tak tahu la macam mana boleh kena”. Sambung baca lagi baiiii »


Malam tadi topik yang paling hangat sekali aku baca online adalah topik pasal perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di antara Selangor dan Kelantan. Kedua-dua team ni antara team yang paling kuat menjadikan perlawanan malam tu hangat.

Masa aku tengah makan dekat Nasi Ayam Jamal di Ampangan, aku ternampak dekat berita dekat TV penyokong Selangor dengan Kelantan bergaduh dekat luar stadium. Memang aku dah jangka dah sebab lawan dengan Kelantan. Tapi kalau tengok gambar dekat atas tu macam mana?

Keputusan antara Selangor dengan Kelantan 0-0 je pun malam tadi. Tapi pemain Selangor dan Kelantan masing-masing ada yang kena kad merah, keluar padang. Entah macam mana pergaduhan ni bermula pun susah kita nak tahu. Mungkin ni semua bermula dengan mercun bunga api berkuasa tinggi dihala ke arah penonton. Sambung baca lagi baiiii »


Mengerikan dan sangat memilukan hati semua orang.

Berhati-hati di jalan raya.

Ingatlah orang yang tersayang bukan ungkapan main-main.

Aku rasa aku tak pernah tengok kemalangan sengeri ni.

Mari kita doakan mereka semua selamat dan dirahmati. Sambung baca lagi baiiii »