October 2010 Archives

Malam tadi musnahlah impian semua penyokong bola sepak Negeri Sembilan nak tengok skuad Hobin Jang Hobin menjuarai Piala Malaysia dua kali berturut-turut. Kekalahan dengan Kelantan 2-1 memang menusuk kalbu.

Adoiyaaiii!! Den tak dapek nak trimo laa kalah final Piala Malaysia ni. Walaupun dah leading dengan satu gol masa babak pertama, N.Sembilan masih tak mampu nak menahan serangan Kelantan.

Penyerang Kelantan memang terbaik. Tahniah aku ucapkan dekat pasukan dan penyokong Kelantan. Aku harap lepas ni tak payah la nak buat perangai lagi. ini firs time diorang menang Piala Malaysia ni.

Aku pun malam tadi nyaris-nyaris nak kena burger daging dekat muka aku. Nasib baik gerakan matrix aku masih lagi mantap. Nampak baaiii burger tu terbang dari atas, pastu aku elak kepala sikit je. Burger tu kena kasut aku.. Daymmm!! Sambung baca lagi baiiii »


Bukan RidzuanRichie.com yang diserbu ya, tapi pejabat I-Rich 696 Network yang diserbu. Hohoho! Pejabat diorang yang ada dekat Sri Kembangan telah diserbu oleh pihak berkuasa pada waktu malam kalau tak silap.

Seramai lebih 30 orang ahli network I-Rich 696 ini ditahan termasuk juga dengan komputer dan projector. Kumpulan ini telah dicop sebagai skim cepat kaya kerana menjanjikan pulangan ratusan ribu ringgit dengan bermodalkan RM3,000+.

Aku pun pernah jugak dapat email spam daripada ahli network I-Rich 696 ni. Apatah lagi aku ditag berkali-kali dalam gambar ahli diorang pegang duit banyak-banyak  siap buat kipas duit lagi. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Hahaha! Kali ni kita kena ambil perkara positif daripada team Spammer. Rajin betol diorang hantar email walaupun aku tidak mengendahkan langsung sejak dari dulu.

Paling kurang ajar, ada ke patut dia suruh aku beli Penis Enlargement Pills. Aku punya dah besar kot. Wakakaka! Tapi kalau diorang bagi free takpe la jugak.

Kadang-kadang masa tengah boring, ada jugak aku reply. Korang tak faham-faham ke.. Aku punya dah besar la. Miahaha!

Tetapi di sini aku nak mengingatkan, kalau korang ada dapat sebarang email yang kononnya daripada CIMB, Maybank, mahupun RHB dan diorang mintak korang update profile korang. Sambung baca lagi baiiii »


Proton Inspira yang bakal dimiliki oleh orang ramai ini kemungkinan besar boleh buat pemilik Proton Waja yang dah diconvert ala-ala Mitsubishi Lancer menangis tak ingat dunia. Ahahaha!

Proton Inspira ini akan keluar dalam empat jenis warna iaitu warna merah, putih, hitam dan silver. Sekarang orang ramai dah boleh tempah kereta yang mirip Mitsubishi Lancer ni dengan deposit sebanyak RM1,000. Sambung baca lagi baiiii »


Yeaahhh! Harini mood aku adalah untuk belajar mengenai pengurusan kewangan. Sebagai seorang pemuda yang banyak menjana duit di internet dan lebih banyak menghabiskan duit untuk tujuan yang tidak begitu penting, ilmu pengurusan kewangan memang aku perlukan.

Aku rasa ramai di antara kita memang kurang ilmu pengetahuan untuk menguruskan wang masing-masing. Banyak yang habiskan duit sebab diorang tak fikir masa depan. Tak kisahlah korang masih belajar dekat universiti ke, korang masih perlu ada ilmu ni.

Klik : Tonton Video Abang Abu

Lebih-lebih lagi kalau yang dapat duit dengan tadah tangan depan mak bapak je. Wakaka! Ilmu pengurusan kewangan ni wajib sebagai persediaan untuk korang bila dah pandai menghargai duit. Sambung baca lagi baiiii »


Owhh! Gambar dekat atas ni bukan Santa Claus ya adik-adik. Berbekalkan pengalaman politik abang Richie yang lalu lalang depan pusat mengundi dan melihat gambar-gambar yang tergantung sana-sini masa pilihan raya, abang Richie dapat tahu yang dalam gambar di atas ialah Karpal Singh. Teeheee!

Ok, dulu memang selalu aku tengok muka Karpal Singh dalam surat khabar dan berita yang keluar dekat TV. Kalau ada muka Karpal Singh ni mesti banyak je kekecohan yang berlaku. Yalah, nak tegakkan prinsip politik masing-masing kan. Sambung baca lagi baiiii »