
Bagi yang tak pernah lepak di perkarangan restoran Syed Maju ataupun Ijan Burger, ni aku sedekahkan tiga gambar untuk korang tengok. Ini adalah gambar di kala waktu petang yang aman di Taman Paroi Jaya.
Time ni aku ada assignment dengan ibu aku. Dia bagi assignment yang agak mudah iaitu membeli roti john, benjo dan burger ayam special untuk aku sendiri. Hohoho! Dah besar ni maknanya assignment ni kena guna duit sendiri.

Kalau aku mintak duit dekat ibu aku memang silap besar la. Hehehe.. Aku menyarankan korang semua yang tak pernah lagi datang Ijan Burger ni, dipersilakan datang. Memang kalah Otai Burger, Legend Burger semua tu. Sambung baca lagi baiiii »




