August 2010 Archives

Aku dah lama dah peteng (usyar,perhati) JomDetox.com ni dari dulu lagi. Terniat di hati nak beli tapi tak beli-beli. Akhirnya minggu lepas ke minggu ni entah aku dah lupa, aku buat juga pesanan. Hohoho!

Terasa dalam badan ni banyak sangat asid jeruk pastu asyik rasa lenguh-lenguh je so aku pun beli lah. Aku baca setiap perkataan dekat JomDetox.com tu dengan teliti dan sangat puas hati serta yakin lantas lompat bintang 5 kali tanda keyakinan aku. Sambung baca lagi baiiii »


kuih bazar ramadhan

Sekarang ni musim bazar ramadhan dan musim ramai orang jual kuih-muih. Tapi takde siapa pun yang berani nak bangkitkan isu ni. Hahaha! Rasa macam isu besar pulak kan.

Even seorang pakar matematik pun tak akan dapat jawab soalan ni kalau dia tak pernah jejak dekat bazar ramadhan or tempat-tempat yang jual kuih-muih ni. Wakaka! Betulkan apa yang aku cakap ni?

Sekarang ni kalau aku pergi tanya mana-mana gerai yang jual kuih, bila aku tanya kuih ni satu berapo cik? Satu tigo posen jang. Tigo singgit. Kalau ekau boli limo ,duo inggit. Nasib baik makcik tu tak sambung dengan hilai tawa. Kalau tak memang ternganga aku baiii..  :p Sambung baca lagi baiiii »


brick game

Haritu aku pergi bazar Ampangan terjumpa dengan Brick Game yang satu ketika dulu menjadi kegilaan budak-budak  Sekolah Kebangsaan Sawah Raja. Ini sebelum kemunculan Digimon. Ahaha!

Agak terkejut aku tengok harga Brick Game ni, satu RM5 je baiii.. Dah macam harga nasi lemak ayam kukus letak telur letak ayam rempah. Ahahaha! Ni kalau bagi hadiah dekat kaum kerabat yang tak ambik port harga Brick Game ni memang terbaik! Sambung baca lagi baiiii »


katil ranjang

Seorang lelaki yang bujang macam aku ni tidak akan lengkap aktiviti sehariannya selagi tak mempunyai tempoh membuta yang agak panjang. Hohoho!

Dapat pulak bilik tidur macam gambar dekat atas ni. Aku rasa memang mata aku akan stim 24 jam. Tak keluar bilik pun takpe asalkan ada laptop atas katil.

Tak payah perabot mahal-mahal sangat pun takpe asalkan sedap mata memandang sedap badan nak meniarap. Aishhh! Tak sabar nak ada rumah sendiri baiiiii.. Sambung baca lagi baiiii »


Perfume Murah

Sebelum Bogel

Sekian lama menunggu akhirnya dapat jugak perfume yang aku kirim dengan si Peah peot yang melanjutkan pelajarannya di Warwick. Lama jugaklah proses nak berurusan dengan minah ni.. Kejap online kejap tak. Hohoho! Apa-apa pun thanks to cik Peah sebab tolong beli dan bawa pulang.

Sebelum ni akuku ni tak pernah langsung terfikir nak membeli perfume yang sebegini dengan duit sendiri. Dulu terasa macam tak berbaloi je. Hahaha.. Dulu layan body spray je tak pun beli deodorant yang bau kuat sampai orang ingat aku pakai perfume. Miahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Baru-baru ni salah satu empayar yang makin membesar Tune Group telah pun menanda tangani satu persetujuan untuk menaja pengadil bola sepak English Premiere League.

Tune Group dah pun menjadi Principal Partner untuk Professional Games Match Officials (PGMO) selama tiga musim bermula dari 2010/2011. Lama jugak tu weyhh tiga musim. Salah atu cara marketing yang baik oleh Dato’ Sri Tony Fernandes. Sambung baca lagi baiiii »


  • Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >