May 2010 Archives

Hari tu kagum jugak aku tengok bila mamak Syed Maju dekat Taman Paroi Jaya ni amik order. Aku nampak dia tulis dalam Jawi. Tapi still ada jugak la short form tu kan. Haha!

Lepas tu apa lagi, aku order dalam bahasa Arab la. Dia faham jugak. Hahaha.. Hebat-hebat jugak mamak sini. Jadi sebenarnya dia ni bukan mamak la kan..

Tapi aku tak panggil la mamak dekat sini dengan nickname mamak, ane or macha. Aku selalu panggil diorang boss. Kasi rajin sikit diorang masa amik order dan dihargai. Wakaka!

Yang kes mamak tulis jawi tu aku rasa dia orang Pakistan la. Masa mula-mula datang dulu dia habuk tak paham apa aku cakap. Dulu cakap sengal pun dia senyum je. Miahaha!


Haaaa… Mana nak cari Blackberry yang berharga semurah RM5.50 selain daripada gambar atas ni? Ni bukan Blueberry ataupun Bleckberry mahupun Blankberry. Hohoho.. Aku rasa Celcom, Maxis dan Digi pun tak boleh tawarkan Blackberry semurah ini. Miahaha! Tengok betul-betul gambar dekat atas tu kalau tak percaya. Ahaks!

Lokasi penjualan Blackberry murah ni aku tak nak bongkarkan dekat korang. Tapi kalau korang nak beli melalui aku boleh jer. Mau ke tak mau? Tapi aku markup lebih la sikit. Rm50 je boleh? Kalau korang bank in kan duit dalam Maybank2u aku ataupun CimbClicks, aku kan hantar guna Pos Laju. Sambung baca lagi baiiii »


Wooots wooots.. Jam menunjukkan 5:26AM dan aku tengah terkial-kial nak update blog ni sebelum Subuh dan tidur. Baru je sampai rumah tadi lepas lepak dekat Azhar Maju Taipan dataran Senawang. Sesak gila babeng tadi!

Mula-mula sekali nak ucapkan tahinah kepada Shahir yang dah pun menjadi juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8). Walaupun sebelum ni dah tersingkir masa minggu keberapa entah.

Aku bukanlah peminat AF8 sangat ataupun peminat Shahir. Tapi lepas aku tengok Trek Selebriti dengan artisnya adalah Shahir AF8, maka dari situ aku berasakan Shahir merupakan pelajar yang layak jadi juara AF8.

Korang tengoklah Trek Selebriti tu ya!

Musim Champions League pun dah tamat dah! Milito dengan handsomenya menjaringkan dua gol dengan baik dan penuh gaya pagi tadi. Masa final ni aku sokong Inter Milan sebab aku tak suka Bayern Munich yang kalahkan MU. Hohoho!

Inter Milan and Bayern Munich main dengan baik tapi Inter Milan lagi banyak masuk ke dalam kotak penalti. Milito pulak senang-senang je dribble bola depan Van Buyten. Hahaha! Ada member aku cakap, sah-sah Milito akan jadi first striker Argentina masa World Cup nanti.

Inter Milan menang 2-0 dengan Bayern Munich!


Ada satu hari tu aku pergi ke restaurant kepunyaan Harith Iskandar, Samsaraa gelaran diberi. Aku pergi bersama-sama Rebecca dan Hanie selepas dijemput untuk mencuba makanan dan mendalami suasana melepak di Samsaraa oleh Harith dan Jezamine. CuteCarry pun dijemput tapi dia datang solo dan lewat. Haha!

Samsaraa ni terletak di sekitar Taman Sri Hartamas. Nak pergi situ, takdelah sesukar mencari harta karun. Kalau korang malu nak tanya orang, just search dekat Google map je. Heheheee.. Haritu Hanie yang drive and aku just goyang kaki je sambil berangan. Ngeeee….

Masa mula-mula sampai tu, kitorang disambut mesra oleh Jezamine. Harith Iskandar takde sebab ada tugasan penting. Jadi aku tak berpeluang nak tengok “matahari”.. Wakaka! Suasana dalam restaurant tu sangat selesa dan takde bunyi-bunyi bising. Kalau bawak awek korang makan sini, aku rasa kalau dia berbisik dalam hati pun korang boleh dengar. Muahaha!

Restaurant tu memang santai! Keadaan dalam tu pun tak sejuk sangat dan tak panas. Tak macam dekat kedai mamak, yang korang perlu buat muka taiko nak suro diorang bukak kipas laju-laju. Sangat selesa untuk aku yang sedang lapar lepas berham-jam mengikat perut dari Seremban. Fuhhh! Sambung baca lagi baiiii »


Sanggupkah korang tidur dalam kelas lagi bila masa korang tengah lelap tu, muka korang macam dekat gambar atas ni? Hahaha.. Seriously korang takkan dapat maafkan diri sendiri lepas tu.

Lepas aku tengok movie A Nightmare On Elm Street kelmarin, aku rasa menggalakkan para pelajar untuk layan movie adalah idea yang paling baik bagi mengelakkan diorang tertidur dalam kelas. Wakaka! Lecturer and guru besar kena catat ni dalam buku 555 diorang.

Aku memang layan habis movie ni dengan penuh perasaan suspens yang memaksa aku menutup muka dengan tangan. Hohoho! Agak sakit hati bila aku salah bajet bila scene suspens tu akan berlaku. Aku rasa korang pun takkan dapat bajet punya.

Jalan cerita movie ni tak susah sangat untuk faham, aku rasa semua orang boleh faham. Yang tak boleh faham tu, aku rasa diorang tak tahu pun yang diorang ada dalam panggung wayang. Miahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Perghhhh! Serious ini gambar ular paling besar aku pernah tengok. Dah macam dalam movie Anaconda dah aku rasa ni. nasib baik ni jenis ular sawa, pergerakan mesti lembab sikit. Kan? Ular sawa gerak lembab kan?

Kalau ular jenis lain, tapi sama besar dalam gambar ni. Mak aihhhh.. Dah boleh berdoa dan mengucap banyak-banyak dah aku rasa tu dow. Maunya kena ngap nanti. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »


  • Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >