April 2010 Archives

Wahai Abdul Perempuan sekalian! Adakah teman lelaki atau suami korang selalu pergi mengurut atau selalu sangat mengeluh untuk pergi berurut? Jadi di situ, sampailah masanya untuk korang berjaga-jaga. Muahaha! Kerana sekarang telah terjadinya fenomena urutan extra di negara kita ni.

Jika daripada sudut perniagaan dan otak cerdik usahawan, memang peningkatan dalam mutu R&D negara di mana daripada urutan yang biasa, si tukang urut ataupun mana-mana spa telah menawarkan urutan ekstra. Extra yang macam mana tu? Berminat? Miahahaha!

Urutan extra ni biasanya diminta oleh para lelaki yang pergi berurut dengan niat double meaning. Hahaha.. Ok tak istilah double meaning dalam mengurut? Tapi kadang-kadang, tukang urut yang seksi meksi ni offer jugak kalau mahukan urutan extra. Ni salah satu one time offer atau backend sale strategy. Wakaka! Sambung baca lagi baiiii »


Tengah hari tadi macam biasa aku kena layan Melodi. Dah macam kena didik dah pulak tengok Melodi setiap hari Ahad. Hahaha! Antara isu yang menarik, Betty Benafe kecewa dengan sikap beberapa syarikat akhbar, majalah, wartawan dan juga blogger hiburan.

Dia cakap yang gambar tu sepatutnya tak boleh disebarkan begitu saja. Gambar seksi Betty Benafe tu hanya boleh digunakan oleh sebuah syarikat saja. Aku pun dah tak ingat sama ada syarikat tu publisher magazine or surat khabar. Jadi Beety Benafe dapat rasa perkara ni akan berikan kesan negatif pada dia. Sambung baca lagi baiiii »


Seorang blogger tegar dan bujang haruslah tahu apa tu social bookmarking. Social bookmark ke social bookmarker ke sama je lah semua tu kan. Kalau blogger yang dah kena pasang tali dengan isteri tu, kalau ada masa nak tahu pasal social bookmarking pun boleh jugaklah. Muahaha!

Social bookmarking ni sangat berbeza dengan bookmark pada internet browser korang. Kalau bookmark tu memudahkan untuk korang ingat dan pergi ke sesebuah laman web ataupun page-page tertentu, social bookmarking ni pulak untuk korang tandakan page ataupun post dalam blog dan web korang dekat social bookmarking site. Sambung baca lagi baiiii »


Sehari sebelum hari sidang media dengan Lotus F1 Racing Malaysia, aku pergi jumpa dengan classmates aku masa dekat Unirazak dulu. Agak lama jugak tak jumpa lepas aku dah lama gila postpone degree aku nih. Muahaha! Unirazak pun senyap je takde calling-calling aku. Memang terbaiklah! Aku pun lagi suka duduk rumah menghadap laptop je mencari rezeki.

Haritu masa jumpa tu kitorang lepak Pavilion dan aku terus ajak diorang pergi makan dulu. Lapar dow lepas jauh daripada Seremban langsung tak sarapan pagi. Masa tu niat di hati ada jugak nak makan dekat Carls Jr ataupun Pizza Hut sebab bau yang menyelerakan. Tapi diorang demand nak makan dekat Nandos. Aku pun agree je lah sebab kalau tak silap aku, sebelum ni aku pernah makan sekali je dekat Nandos.

Masa tu aku order macam lebih kurang yang diorang order. Apebenda ntah aku order, tapi dekat gambar atas sekali tu lah. Muahaha! Dia ada side dishes dia jugak, tapi dekat dalam Nandos ni panggil “sideline”. Dah macam upline dengan downline daaa. Wakkaka! Kira ala-ala macam dekat Kenny Rogers lah kan. harga pun lebih kurang je cuma Nandos hanya ada dua side dishes and Kenny Rogers ada 3 and boleh dapat muffin sekali. Sambung baca lagi baiiii »


Hari Selasa yang lepas, aku telah dijemput untuk menghadiri sidang media Lotus Formula 1 Malaysia di Pavilion Bukit Bintang. Dalam pukul 10:30 pagi aku dah bertolak daripada Seremban walaupun press tu start pukul 2 petang. Masa aku mula-mula sampai dekat Pavilion tu, aku dah nampak sederet Lotus super car dekat pintu masuk. Lepas tu belah dalam pulak, ramai orang tengah berpusu-pusu nak tengok pameran Lotus F1.

Aku ada nampak kelibat Dr. Mahathir merasmikan kereta Satrio Neo keluaran Proton untuk edisi Lotus F1. Ramai kelibat yang tertinjau-tinjau design dan feature yang ada dekat kereta Satrio Neo terbaru tu. Terlupa pulak aku nak tanya Dr. Mahathir berapa harga sebuah Satria Neo tu. Hahaha..

Lepas berkumpul dengan geng-geng Advertlets yang lain, kitorang mula mengorak langkah untuk terjun dalam gumpalan orang ramai tu. Fuhhh! Orang media boleh tahan bau ketiaknya. Miahaha! Terpaksalah bergaul mesra dengan diorang sekali agar aku dapat terhegeh-hegeh ambik gambar dengan camera yang tak seberapa. Sambung baca lagi baiiii »


Pemergian penghibur tersohor tanah air, Din Beramboi memeranjatkan ramai pihak kerana ianya berlaku secara tiba-tiba. Mungkin tahap demam denggi berdarah yang dihidapi arwah Din Beramboi sangat-sangat serius. Alangkah baiknya kalau kita dapat banteras nyamuk denggi ni satu Malaysia.

Aku selesa dengan lawak arwah Din Beramboi kalau dengar-dengar dekat radio tu. Aku rasa lawak dia boleh dikatakan tahap tinggi jugaklah. Dah setaraf dengan lawak budak-budak sekolah menengah aku SM Sains Tuanku Jaafar. Lagi satu aku suka, lawak dia ni kasar. Hahaha. Tabik Din Beramboi!

Allahyaraham Din Beramboi dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya tengah malam tadi. Rasanya dalam 12:30 tengah malam macam tu. Kontroversi sebelum ni ada cakap yang Din Beramboi sakit kerana kencing tikus tapi sebenarnya denggi berdarah kan? Sambung baca lagi baiiii »