
Masa dulu aku pernah berbincang dengan kawan-kawan aku mengenai industri animasi Walt Disney dan apa tujuan diorang memantapkan lagi animasi selain daripada tujuan untuk buat duit berjuta-juta. Ada yang cakap animasi grafik ataupun kartun ni anatara senjata paling hebat diorang pada masa depan dan sukar disedari sesiapa. Jom baca apa yang pihak Evolusi Minda akan huraikan.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar semua? Kali ini saya ingin berkongsi satu info yang agak penting. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada salah seorang peserta Evolusi Minda iaitu En Faris dari Putrajaya kerana beliau memberi info ini kepada saya.
Walaupun kita telah mula terdedah dengan ilmu minda, tetapi agak terlambat. Musuh-musuh kita di barat terlebih dahulu mempunyai kesedaran dan ilmu ini. Mereka telah menggunakan ilmu minda dalam mempengaruhi pasaran dan kehidupan masyarakat dunia secara umum. Mereka melakukan pencerobohan minda dengan tidak mengenal mangsa samada dewasa mahupun kanak-kanak.
Hari ini ramai ibubapa yang begitu ghairah membelikan anak-anak mereka CD kartun animasi yang diterbitkan oleh salah satu penerbit filem animasi terkenal bertaraf antarabangsa. Antara sebab utama adalah kerana kartun-kartun terbitannya sangat berkualiti dan mempunyai banyak pendidikan moral di dalamnya. Penerbit ini kononnya menitik beratkan soal setiakawan, daya juang yang tinggi, yakin dengan permintaan, dan ini semua adalah ciri-ciri positif yang patut kita tanamkan dalam diri anak-anak kita. Namun tanpa kita sedari dalam baik mereka telah menggunakan kehebatannya kartunnya untuk merosakkan dan menceroboh pemikiran anak-anak kita. Bagaimana ini berlaku? Sambung baca lagi baiiii »






