April 2010 Archives

Ini antara pengakuan yang aku harus beritahu dekat korang semua. Muahaha! Aku dengan officialnya dah tewas dengan lagu Jangan Nakal, Alif Satar yang nyanyikan ni. Adeyhh! Dulu punyalah allergic aku dengan lagu ni. Tapi baru-baru ni aku dah tewas pulak dah. Sedap je bila lagu ni kedengaran dekat telinga. Hahaha..

Kemungkinan besar aku dah dengar lagu ni buat seribu kalinya dan barulah aku mula minat dengan lirik and beat lagu ni. Hohoho.. Terasa sweet pulak kalau cakap lirk-lirik lagu Jangan Nakal ni dekat awek kan. Roarrrrr! Hohohoho… Korang minat tak lagu ni weyh? Sambung baca lagi baiiii »


Korang pernah tak mengalami masalah nak mereka, menulis ataupun menaip artikel English dengan kadar waktu yang singkat? kalau korang tak pernah memang korang power. So pergi main jauh-jauh. Hahaha.. Tapi kalau nak baca jugak takpe. Kali ni aku nak review satu software yang boleh membantu korang menulis artikel bahasa Inggeris a.k.a English untuk assignment ataupun blog korang dengan mudah, cepat dan pantas!

Sebenarnya aku nak tekankan kebaikan software ni untuk blogger and kaki buat duit Adsense. Artikel bahasa  inggeris yang unik dan baik adalah baik untuk search engine dan pendapatan yang tinggi dengan Google Adsense. Jika sebelum ni korang dah pening nak buat artikel bahasa inggeris sendiri, jadi sekarang tak perlu pening-pening bila gunakan software a.k.a Perisian Menulis Artikel. Sambung baca lagi baiiii »


Sejak dua lima menjak ni aku malas nak memasak. Serious malas gila nak masak makanan yang berat-berat ni. Tak tahulah sebab sekarang aku duduk dengan rumah family aku, mood memasak aku hilang. Duduk sini sebab tiang Telekom dekat rumah bujang tu tak terpacak-pacak lagi daaa.. Bapak lama! Geng-geng aku kat sana bertenet guna berukband je la. Sementara tu, aku transfer Streamyx ni ke rumah family.

Jadi apa yang kerap aku masak, hot dog, telur goreng dan ayam drummet. Masak nasi pun aku dah malas dah. Muahaha! Antara benda-benda yang aku masak ni, aku rasa time goreng telur adalah yang paling mencabar sekalii. Macam nak pergi medan perang dah! Aku rasa kalau ada baju askar, boot askar, helmet semua tu, kompom aku dah pakai dah sebelum nak goreng telur.

Walaupun dah lebih seratus ribu kali aku goreng telur, aku masih perlu buat gerakan matrix nak mengelak-elak tembakan sang kuali berpelurukan minyak. Wallaweh! Dulu pernah kena dekat pipi, cuak gak aku sikit lagi nak masuk mata. Bukan calang-calang orang boleh goreng telur ni. Sambung baca lagi baiiii »


Semalam punya semalam malam (ni ayat betul ok), aku dengan kawan aku dah set nak pergi tengok movie semalam, jatuhnya pada hari Isnin. Sebab dia cuti masa tu and nak lepak dengan member. Kenalah update cerita-cerita baru member an. Hohoho.. Kitorang layan The Losers ni dekat MBO Terminal 2, Seremban.

Dekat MBO Terminal 2 ni tak ramai sangat orang macam dekat TGV Jusco Seremban 2. Tapi malangnya pop corn dekat sini tak sesedap pop corn TGV. Adeyhhhh! Kemut gula kot, tawar hebeyh je kalau orang N.Sembilan cakap. Wayang bermula pukul 2:15, aku dengan Payid dah lunch dekat Leha World Paroi Jaya dah. So tak perlu beli pop corn masa masuk.

Kitorang tengok movie ni berempat, so  agak fun jugaklah daripada tengok berdua. Hohoho.. Kang kena cop gay plak kan. Sebelum keluar The Losers ni dekat panggung, aku dah lama tertarik dengan trailer movie ni. Trailer diorang membuat aku berasa sangat berahi. Memang terbaik! Sambung baca lagi baiiii »


Wow! Dah lama gila babeng aku tak update blog sebab nak update ebook. Takpe di sini aku kembali rancak macam Paeh cakap dalam banner blog dia.” Aku Paeh, Hidup Kena Rancak! ” Ahahaha! Aku tak tahu apa erti rancak dalam diri Paeh ni sebenarnya, harap-harap dia ada maksud yang betul-betul mendalam.

Aku kenal Paeh, secara tidak langsung menerusi blog kalau tak silap aku. Lepas tu dia add aku dekat YM (Yahoo Messenger) dan berborak dekat situ jerlah. Kemudian kitorang pernah jumpa sekali dekat Starbucks The Gardens masa Gathering Lepak IT dengan geng-geng blogger yang lain.

Aku rasa semangat blogging si Paeh ni masih belum cukup utuh lagi la. Hahaha.. Dia belum sampai tahap yang boleh update setiap hari lagi ni. Tapi cara penulisan dia dah bagus dah. Penulisan? Penaipan? Tak kiralah apabenda yang nak digelarkan pun. Ap kata korang pergi bagi kata-kata semangat kat blog dia tu. Tak tahu apa yang menghalang Paeh untuk jadi tegar, maybe ketidak kecukupan masa atau tanggungjawab untuk cari duit lebih diutamakan. Sambung baca lagi baiiii »


Sebelum ni aku selalu fikir yang aku ada masalah kulit muka yang berminyak, tapi apa yang aku jangkakan jauh meleset. Rupa-rupanya kulit muka aku dalam dehydrate. Ini bermaksud kulit muka aku kering. Terima kasih dekat Biotherm Pit Stop yang aku singgah tempoh hari. Amoi tu settlekan masalah aku dengan mulut dia and kepala otak dia je. Hehehe..

Masa dekat situ mata aku dah asyik pandang product-product yang Biotherm ada. Amoi tu cakapa yang paling sesuai untuk aku adalah Biotherm Anti-Fatigue. Ini sebab muka kau ni banyak sangat terdedah dengan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan muka aku bermasalah. Faktor cuaca tu memang dah biasalah kan tapi ada lagi satu faktor mungkin juga penyebab besar masalah kulit muka ni, faktor emosi.

Akibat daripada ketidak ketahanan aku melihat Biotherm Homme High Recharge – Anti Fatigue ni. Daripada aku tengok dari jauh dengan mata yang stim, aku pun berhasrat untuk memilki product ni dan aku pun merembatnya dengan kerelaan hati yang tinggi. Wow! Sekarang aku mencuba nasib untuk memilki kulit muka yang halus dan mulus bak mak nyah Taman AST Seremban. Weeeeeee!

Aku rasa yakin dengan Biotherm Anti-Fatigue ni sebab aku ada baca dekat belakang kotak dia berbekalkan ilmu berbahasa Inggeris yang baik, aku dapat tahu yang product ni ada menggunakan ginseng sebagai bahan utama. Ginseng baik untuk kesihatan maaaaaa! Kata orang Cina. Hehehe.. Jadi aku dengan tidak sabarnya nak balik cepat-cepat ke rumah dan nak pakai Biotherm Homme ni.

Cakap pasal produk.!!!!!

Mula-mula sekali kau gunakan High Recharge Energy Cleanser ni untuk cucian pada muka korang. Tak perlu banyak-banyak sangat sebab High Recharge Energy Cleanser ni boleh menghasilkan buih yang banyak. Kalau korang tekan lebih-lebih sangat, kalau tak silap aku kau dah boleh anjurkan pesta buih dekat rumah sendiri tanpa menjemput orang lain. Muahaha! So guna sikit je ok. Lagi satu, jangan sampai kena mata!

Ok, mulakan aktiviti pembuihan korang. Boleh tiru cara aku kalau korang mahu sebab aku ni seorang pencuci muka yang dilatihkan oleh pakar. Tak perlu riasau. Hahaha.. Buat pembuihan yang agak banyak di kawasan yang ketara tidak sihatnya. korang dikirlah sendiri kat part mana korang rasa teruk. Aku punya takde kawasan yang teruk sangat lagi kecuali hidung kot. Masa korang urut muka tu, buat secara bulatan ataupun round a bout :P Muahaha! Ntahlah!

Lepas tu korang cuci dan bilas muka korang sebersih-bersihnya. Seriously masa ni, muka aku rasa segar gila. terasa sejuk dowh bila cuci buih-buih tadi dengan air. Aku rasa air paip dekat rumah aku ni takde keistimewaan yang lebih daripada air paip di rumah jiran-jiran yang lain. So aku sangat yakin ni disebabkan High Recharge Energy Cleanser yang aku pakai nih. Wohoho! Memang terbaik la dow! Kalau dah rajin sangat cuci muka tu, nak terus mandi pun boleh. tapi aku tak buat macam tu sebab aku PRO! Hahahaha.. Kena jaga status.. Sambung baca lagi baiiii »