March 2010 Archives

Aku sayang blog aku sendiri dan aku rasa blog aku hebat. Haha! Apa salahnya kalau setiap blogger cakap macam ni untuk blog masing-masing. Setiap blog mempunyai kelebihan masing-masing. Dan tidak semestinya blog yang banyak traffik ataupun ramai visitor tu lebih hebat daripada blog yang kurang visitor.

Seorang blogger tidak sepatutnya memandang rendah pada blog sendiri. Maybe dekat pandangan si empunya blog tu, dia tak nampak lagi kelebihannya. Tapi ada je blogger ataupun orang lain yang menjenguk blog tu and cakap blog tu memang awesome.

Masukkan dalam kepala korang yang blog korang hebat. Setiap kali sebelum tidur, pergi tanya adik beradik ataupun parents korang. Blog saya hebat tak? Pastu paksa diorang jawab, ” Blog kau paling hebat la! “. Hahaha.. pandai-pandai korang la macam mana nak mintak diorang jawab kan.

Bila dah rasa blog korang hebat, barulah lahirnya semangat membara nak memblog tu. Belasah je nak cakap apa pun dalam blog tu kan. Aku tau mesti ada yang kutuk punya kan. Tapi biarlah diorang. Kita dah berlari, diorang baru nak merangkak pun nak gelakkan kita yang berlari ni kan. Ni aku amik pegangan brader Jerung kita. Haha!


Adoyai! Perpindahan perumahan keituan persatuan keyangan pemenatkan! Susah jugak bila barang dekat rumah kita makin lama makin banyak. Aku rasa barang dekat rumah aku takdelah banyak sangat, tapi rupanya boleh lagi dikategorikan sebagai banyaks!

Perpindahan itu sesuatu yang sangat menyeksakan. Haha! Nak angkat barang naik lori lagi. Pastu nak bawak barang turun balik. And then kalau rumah tingkat lapan, nak kena angkut naik lif lagi. Kalau takdek lif lagi macam mana? Pengsan weh! Haha!

Kalau villa yang takde lif, tingkat tiga pun dah boleh pengsan maaa. Semalam kitorang dengan tak sarapannya, bangun-bangun mandi and terus pergi angkat barang bawak masuk naik lori. Paling lemah aku rasa masa nak angkat fridge. Gilos! Terasa dah hilang jari dah dow. Sambung baca lagi baiiii »


Hari ni aku curik lagi gambar dari blog geng aku, Mat Kepoh. Hohoho! Memang betul cakap Mat Kepoh yang Natacha Meunier ni boleh gugat jantung dan perasaan semua lelaki.

Malangnya dia dah pun ada boyfriend. Boyfriend dia pun model jugak. Kalau nak tahu, pergi la lepak blog Mat Kepoh jap. Baru-baru ni Natacha Meunier dengan ramai lagi yang berbakat dalam menjadi seorang hos pergi interview.

Diorang semua audition untuk E! Asia punya. E! Asia ni nanti nak cerita pasal artis Malaysia ke tak eh? Haha! Tapi aku rasa diorang base dekat Malaysia lah. So maybe adalah sikit-sikit pasal artis Malaysia nanti.

Tapi kalau semua cerita pasal artis Malaysia nanti agak muak jugak lah kan. Lagipun sekarang ni dah ada program yang ala-ala TMZ. Korang tengok la malam-malam hari Isnin pukul 11 malam ke atas. Program Terjah! Hohohoh! Layan jangan tak layan wey!


Tengah hari semalam aku dengan rakan seperjuangan keluar daripada sarang kitorang sebab Naim nak jumpa dengan akak Mat Pau. Akhirnya dia berjaya bodek-bodek nak beli t-shirt kosong and dapat scan lukisan dia free. Hohoho!

Pastu kitorang yang asyik makan nasi goreng ni mengidam nak makan Kenny Rogers pulak. Apa salahnya, setahun sekali. Hohoho.. Akhirnya kitorang masuk dalam and melantak quarter meal set. Kureng! Tak macam tempat lain.

Pastu masa nak bayar, boleh timbul isu pasal tak boleh guna kad debit. What the food?!! Aku dah pernah kot bayar guna kad Maybank kesayangan aku nih dekat Kenny Rogers Seremban 2 and Mid. Agak-agak ar kat Seremban Parade ni tak boleh bayar. Sambung baca lagi baiiii »