March 2010 Archives

Nampaknye kegilaan manusia terhadap UFO makin menjadi-jadi. Makin lama makin rama orang yang dah ternampak UFO ni. Tapi kemunculan UFO dekat bumi ni masih lagi misteri kerana belum ada lagi bukti kukuh.

Baru-baru ni ada sorang penduduk dekat Damansara Damai beritahu yang dia ternampak objek seperti UFO masa dia tengah lepak dekat balkoni rumah dia. Lantas dia ambil beberapa gambar untuk dijadikan bukti.

Seperti semua orang tahu yang gambar tidak boleh menjadi bukti yang kuat untuk kes UFO ni. Mesti ramai yang meraguinya tapi Mohd Zulfikar tetap yakin pada diri sendiri yang objek tersebut adalah UFO.


Inilah mastermind class aku yang pertama untuk mastermind yang official dibuat oleh Google. Memandangkan aku telah dijemput untuk menyertai sesi mastermind ni dengan Aman secara amannya, maka aku pun terima je lah kan. Hohoho..

Gerak daripada Kelana Jaya selepas lepak bersama Epol and the gang, aku terus shoot pergi KL Sentral naik Putra LRT. Sampai-sampai terus jumpa Aman and terus pergi naik ke hilton KL Sentral untuk sesi pendaftaran.

Perghhh! Bapak ramai orang. Rata-rata semuanya aku tengok macam orang-orang daripada company besar-besar. Dalam benak aku, diorang ni ada ke akaun Google Analytics. Miahaha! Mungkin ada dan mungkin tidak. Yang tidak ada tu datang sekadar untuk cari network baru je. Sambung baca lagi baiiii »


Hari Rabu haritu aku telah dijemput untuk bersama-sama pihak media minum tea ala-ala Alice In Wonderland and majlis pra tonton filem Alice In Wonderland. Mid Valley yang jadi kepala besar untuk event ni dan ada jugak kerjasama dariapda HSBC, MasterCard, Malaysia Airlines and Walt Disney Studio Motion Pictures Malaysia sendiri.

Aku datang awal jugak masa tu dalam pukul 1.30 PM. Al-maklumlah datang dari Seremban naik komuter je kot. Nanti lambat susah pulak kan. Pastu aku pusing-pusing satu Mid Valley and lepas aku rasa aku dah kenal semua security dekat situ aku terus pergi dekat centre court and amik gambar tempat event tu. Wakaka!

Agak luar biasa jugaklah tempat yang diorang buat untuk aku minum tea nanti. Aku pun asyik terbayang je macam mana la aku nak berkhayal dekat tengah-tengah taman yang agk gojes tu kan. Hohoho.. Ternampak jugak beberapa staff yang bersiap-siap untuk menyambut para jemputan, niat di hati nak menolong tapi… Hanya mampu gelak. Miahaha!

Event tu start pukul 3.30 PM. Apa-apa hal pun kena register and ambik hadiah sebagai penghargaan. Inilah first time aku dihargai sebelum minum tea seumur hidup aku. Wahaha! Lepastu kena berdiri dekat background Alice In Wonderland and bersedia untuk diphotoshootkan.

Tiba-tiba terasa dah jadi macam artis dan diri aku mula berkhayal dalam taman tu. Aku disambut baik dengan minuman dan makanan yang sangat menyelerakan. Kemudian aku teruskan khayalan aku lagi dengan berdiri tanpa bercakap dengan sesiapa pun. Wahaha! Aku seorang yang pemalu rupanya. Aku rasa dalam setengah jam berdiri, aku makan minum sambil berdiri danĀ  goyang-goyang kaki :P Sambung baca lagi baiiii »


Walau apa barang jua sekali pun orang cakap and kutuk pasal Streamyx Broadband, aku tetap menyokong Streamyx Broadband. Hohoho! Inilah satu-satunya broadband yang aku panggil broadband sebab internet service provider yang lain, mostly aku panggil as BERUKBAND. Hehehehe! Aku tak cakap yang mana satu ok :P

Sebelum ni aku pernah jugak beralih dan merajuk daripada Streamyx Broadband tapi ternyata aku sangat merindui apa yang Streamyx Broadband buat dekat aku. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena dan berak pun tak lawas! Muahaha! Serius dowh itulah yang aku lalui sekarang ni.

Sekarang ni aku menggunakan Celcom Bxxxxband untuk sementara waktu sebab aku kan baru pindah rumah sewa yang baru. Pastu rumah baru ni kabel dalam untuk telefon dah ada, cuma kabel TM yang berdekatan belum dikorek lagi.Aiseyh! Tu yang aku malas nak pindah rumah sewa baru. Sambung baca lagi baiiii »


Malam tadi pergi lepak minum dengan seorang blogger underground yang banyak berkongsi tips dalam memilih dan mendevelope sebuah blog niche. Tempat lepak malam tadi dekat Dataran Senawang je, tak dapat la nak lepak Damansara ke, Subang ke or Sri Hartamas. Yela, sape la kitorang kan. Haha!

Tengah sedap-sedap aku menyedut air neslo ais, tiba-tiba mata aku ternampak satu kaki yang terjulur keluar daripada sebuah tingkap depan (driver) kereta. Kaki tu siap terhenjut-henjut lagi. Korang bayangkanlah kalau korang duduk dekat titi or jambatan, lepas tu korang goyang kaki. Camtu la kot. Huhuhu..

Tak lama lepas tu tiba-tiba keluar 3 lembaga yang berbentuk macam perempuan daa keluar daripada kereta. Kereta tu pulak blah macam tu je. Aku pun tak tau apa yang diorang buat. Hohoh! Lembaga tu lalu depan kedai makan yang kitorang lepak. Sekali semua tu maknyah daaaa. Sambung baca lagi baiiii »


Nampaknya Ijan Burger mengembangkan dan melebarkan sayap puyuhnya dengan jayanya. Aku rasa roti telur kentang ni dah lama terlintas dalam kepala Ijan tapi hanya masa menentukannya. Rabu kelmarin aku dengan aktiviti sembang sekali lagi menjadikan Ijan Burger and Syed Maju sebagai lokasi. Nampaknya awek makin kurang di hari persekolahan dan lepas pukul 12 malam. Hohoho!

Aku dah lama dah nampak menu baru Ijan ni, Roti Telur Fries. Tak macam dekat benteng Ampangan yang lagi senang digelar Roti Telur Kentang. Ok la tu, Ijan punya fries tak macam Ampangan punya kentang. Harga standard RM3.00 aku rasa cukup berbaloi. Lantas aku mengodernya dan santap dengan rakus. Aku rasa tak sampai 10 minit dah habis. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »