Malam tadi dalam pukul 7.45 PM dan ke atas kemungkinan antara detik bersejarah buat industri IT negara kita. Hohoho! Maybe sebab orang-orang kerajaan ketagihan download movie terkini daripada Ares ataupun torrent-torrent yang lain, Telekom Malaysia (TM) telah melancarkan projek mereka untuk membangunkan High Speed BroadBand (HSBB) di Malaysia ni. Yahooooooo!!
Lepas ni kerja-kerja yang menggunakan internet bertambah pantas dan menarik. Macam-macam perkara akan diperbaharui dan konsep-konsep baru pun bertambah. Harap-harap ekonomi Malaysia bertambah majulah. Senang anak cucu aku nak cari makan nanti. Muahaha!
Tapi risau gak kalau internet bertambah laju nih. Takut-takut kalau orang-orang kerja kerajaan bertambah meriah dengan mendownload sana sini sampai kerja yang melampuh pun pandang sebelah mata je. Sedangkans ekarang internet ala kadar je pun ramai je yang layan Facebook, main game online and download benda bukan-bukan. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »
Semalam aku ada jumpa satu game yang best dekat Facebook. Memang layan weh sebab sebelum ni aku memang jarang main game dekat Facebook. Tapi sekarang aku dah jumpa game yang aku rasa sangat sesuai dengan diri aku yang penuh dengan semangat keGAMEan. Miahaha!
Nama game tu Race to Gain yang dibikin oleh developer daripada Bi0therm Malaysia. Kalau korang nak main game ni, korang just search dekat dalam Facebook tu Biotherm Malaysia. Kompom jumpa punyalah. Alaaaaa, macam korang search nama awek-awek dalam Facebook la. Hehehehe..
Weyh! Kalau korang main game ni hari-hari, korang akan dapat ticket GRAND STAND PERCUMA tau!! Siapa nak bagi percuma weh melainkan kalau korang main game ni hari-hari. Setibanya korang dah sampai dekat Grand Stand tu nanti, bermakna korang sudah pun memenangi hadiah lumayan yang manjangkau RM2000.00! Korang akan tampak macho gila kalau korang pegang ticket ni nanti dengan gagahnya nak pergi masuk tengok Formula 1 Sepang April depan!
How Do F1 Sepang Grand Stand 2010 Ticket Look Like ?
Bagi aku game Race to Gain ni sangat mudah dan sangat-sangat menyeronokkan. Hohoho.. Kalau korang main game Race To Gain ni, korang takkan kena saman dengan polis punya. Korang bawaklah selaju mana yang korang nak sampailah korang dapat beat point aku dekat Scoreboard Race To Gain ni. Hehehehe..
Yang paling aku suka grand prize ni, hadiah dia 2 tiket nak pergi tengok F1 dekat Sepang bulan April depan. Fuuhhh! Sudah semestinya aku nak pergi tengok Michael Schumacher bawak Mercedes punya kereta and team Lotus Malaysia. Hadiah bulan March ni adalah sehingga RM2000! Duit hadiah bulanan selepas bulan March pun lumayan jugak daripada Rm150 sampailah RM850. Wallaweh! Banyak tu dow.. Aku rasa korang kalau dah sangap duit tu, baik korang main game nih. Huhuhu..
Kalau korang main game ni, muka korang akan sentiasa maintain! Dont worry sebab muka korang akan sentiasa terjaga dengan bantuan Biotherm Pit Stop. Dekat Biotherm Pit Stop ni, korang boleh recharge kulit muka korang dengan Biotherm Homme High Recharge. Korang hanya perlukan 3 minit saja dekat Pit Stop ni! Kalau korang nak tahu macam mana, korang kena main game Race To Gain ni dulu.
Selain tu, korang akan akan dapat sample product Biotherm percuma! Korang hanya perlu luangkan masa untuk 3 minutes skin testing. Aku amat pasti yang korang akan berpuas hati sangat lepas luangkan masa 3 minit tu. Sangat sesuai bagi sesiapa yang ada kulit bermasalah. Kompom masalah korang akan selesai dalam masa 3 minit!
Rugi kalau korang tak singgah dekat Biotherm Pit Stop dalam game Race To Gain ni sebab ada awek-awek yang sangat cun melecun menanti korang. Diorang akan melayan korang dengan mesra dan tolong korang masa korang berada dekat Biotherm Pit Stop yang diorang kendalikan. Fuhhh! Aku tak sabar untuk merasainya buat kali KETIGA!!
Kalau korang nak rasa macam aku rasa, korang kenalah amik tahu dalam game Race To Gain ni. Semuanya lengkap dan tersedia untuk korang ok. Just main game tu dan tengok apa yang korang akan dapat nanti. Macam-macam korang dapat nanti. Bayangkan korang ada kereta, ada muka yang sangat segar setelah direcharge oleh awek-awek Biotherm Pit Stop dan ada tiket untuk pergi ke Formula 1 Sepang bulan April ni PERCUMA!
Bagi mana-mana syarikat yang ingin buat duit dan untung dengan pantas, aku rasa salah satu cara bagi diorang adalah dengan buat joystick game macam gambar dekat atas ni. Miahaha! Walaupun diorang hanya mengeluarkan joystick, aku rasa diorang boleh profit dengan kencang sekali kalah pengeluar sesebuah game console tu sendiri.
Aku rasa kalaulah ada joystick macam atas tu, aku nak beli sepuluh buah boleh tak? Wakakaka! Baru layan main game macam tu. Selesa je, takdelah sengal-sengal sendi jari aku nak main Winning Eleven nanti. Muahaha! Kalau kawan aku nak pinjam joystick ni, memang aku takkan bagi sebab aku sorang je boleh guna. Tak best lah bila orang lain dah rasa nantikan. Ahaks!
Tapi apa yang merisaukan aku nanti, takut ada yang main joystick je tanpa bermain game. korang faham tak? Main joystick tanpa ada console game tu. Hahaha.. Aku rasa macam ramai je yang akan berbuat begitu , ye tak? Nanti joystick ni dha jadi macam Blackberry je diorang pegang ke sana ke mari. Hohohoho.. Sambung baca lagi baiiii »
Terima kasih banyak-banyak kepada Nur Afeeqah sebab bagi aku info pasal Lady Gago Malaysia ni. Fuiyooo! Pertama kali aku tengok profile dekat Facebook terus aku berdiri daripada kerusi and tabik spring dekat profile dia sambil nyanyi lagu Negaraku. Haha!
Ni tiba-tiba aku dapat info yang dia ni bukan orang Malaysia tapi orang Filipina. Tapi ramai je orang Malaysia yang jadi fan and cit-cat dekat comment gambar dia. Entahlah! Malaysia dengan Filipina pun dah kira nak dekat-dekat kan. Mana tahu dia slalu ulang alik Malaysia – Filipina ke kan. Hohohoho..
Perghhh! Kagum gila aku tengok dia beraksi berani dalam photo album dia. Aku terbahak-bahak tengok album dia tapi dalam hati aku tetap kagum dengan keberanian dia. Macam keberanian Joan of Arc hebatnya! Huhuhu.. Aku rasa dia layak masuk tenteralah dengan keberanian macam ni. Weeeeeeeeeeeee.. Sambung baca lagi baiiii »
Aku tak tahulah fenomena pemakaian kasut Crocs ni masih berleluasa atau tidak. Tapi baru-baru ni pun aku ada beli sepasang Crocband. Tapi menyesalnya, dah sampai kat rumah baru terasa saiz tu tak sesuai dan agak ketat.
Rasa-rasanya dekat downtown Cheras memang berlambak orang jual Crocs tiruan dan sangat-sangat sebijik dengan Crocs yang original. Dekat sanalah aku beli Crocs tu. Muahahaha! Aku rasa takde jauh bezanya pun.
Lebih-lebih bab-bab keselamatan kasut Crocs ni. Aku rasa dua-duanya sama je. Malahan kasut Crocs yang original pun boleh mendatangkan malapetaka yang dasyat kepada si pemakainya! Cuba korang tengok video dekat bawah ni. Sambung baca lagi baiiii »
Bangsat! Keparat! Hampeh! Meniarap! Takboleh berdiri! Woihhhh.. Bengang gila aku dengan cicak malam tadi. Ni la kali pertama aku mengisytiharkan perang dengan cicak. Sebelum ni aku memburu cicak sekadar untuk dapat pahala hari Jumaat. Tapi sekarang aku akan membunuh cicak kerana dendam plus pahala hari Jumaat.
Malam tadi aku punyalah lapar nak makan hot dog. Aku dah siap-siap dah nak masak, aku cairkan dulu ais dalam plastik hot dog tu. bagi dia lembik dulu kan. Lepas tu aku layan ar tengok TV dalam 5 minit. Lepas tu aku tengok dekat dalam sinki, daripada 3 biji hot dog dalam pinggan tu dah tinggal dua je.
Aku ternampak lagi satu hot dog dekat lantai, hujung dia dah kena lapah dah. Dah macam kena gigit dah. Patutlah aku pergi dapur je nampak ade 2 ekor cicak lari naik dinding. Cilako boto weyh! Paneh hati aku ni ann.. Tak sangka pulak cicak boleh ratah hot dog. Aku dah baik-baik punya tunggu nak masak hot dog, dia wat hal plak. Sambung baca lagi baiiii »