February 2010 Archives

Sekarang makin ramai orang yang ada blog. Tak kiralah muda ataupun yang sudahpun berumur. Diorang semua ada semangat untuk blogging sama ada sebagai hobi ataupun peluang mencari pendapatan sampingan. Sekarang ni aku rasa bukan pendapatan sampingan lagi dah sebab ramai jugak yang jadikan blog sebagai main income diorang tiap-tipa bulan.

Ada jugak yang blogging untuk suka-suka dan diorang tak buat duit dengan blog. Aku tak tahulah kalau diorang tu memang tak tahu macam mana nak buat duit dengan blog atau diorang memang rasa income diorang dah cukup untuk hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Aku harap diorang boleh mula buat duit sampingan dengan blog. Sebab aku tahu ramai di antara kita (yang muda) masih hidup dengan duit penat lelah mak bapak.

Jadi sekarang aku nak terangkan sedikit bagaimana sebenarnya korang boleh buat duit dengan blog ni. Sambung baca lagi baiiii »


Mari kita sama-sama bantu adik Ammar yang mengalami penyakit Patent Ductus Arteriosus (PDA) dari kecik lagi. Dia mengalami jantung berlubang yang menyebabkan dia sukar bernafas. Kecik-kecik lagi dah dapat dugaan besar. Kesian dow!

Korang boleh lawati blog mak adik Ammar ni yang sedang memohon bantuan sebanyak RM12,000 untuk adik Ammar menjalani pembedahan dalam waktu yang terdekat. Lagi cepat lagi bagus. Boleh kita tengok adik Ammar sihat walafiat mudah-mudahan hendakNya.

Aku tahu hari-hari blog ni ada pengunjung yang boleh tahan ramai dan baik budi pekertinya. Aku mohon jasa baik korang untuk menderma sekurang-kurangnya RM1. Kalau lebih lagi bagus. Kalau korang kedekut sangat, korang boleh sebar-sebarkan perkara ni dekat blog, Facebook, Myspace ataupun Friendster korang. Sumbangan boleh dilakukan berpandukan maklumat di bawah.

Nama Akaun : Azmaniza Mohamad Kamal

Maklumat Bank : Maybank (514093114912)

Pembedahan akan dilakukan pada 22 February ni dan kempen derma ni akan dilakukan sehingga 17 February. Harap korang sebarkan dengan ikhlas dan pantasĀ  :)


Waaaaaa! Tahniah la Azizulhasni Awang sebab baru-baru ni dah menjuarai UCI Track World Cup dekat China kalau tak silap aku. Ini merupakan kali kedua dia dapat pingat emas dalam acara tumpuan dunia dalam saingan keirin. Azizulhasni Awang adalah pelumba basikal negara yang pertama menjuarai acara dalam peringkat World Cup.

UCI Track World Cup ni lebih kurang macam F1 jugaklah. Diorang ada circuit yang terpilih. So memang jelajah dunia macam mana-mana Formula 1 dan Grand Prix. Aku agak berbangga jugaklah dengan mamat ni sebab umur dia muda lagi dan dia kena bersaing dengan jaguh dunia lain yang lebih besar kakinya dan berpengalaman. Hohoh.. Ada sorang juara dunia dari mana entah aku dah lupa, dia puji Azizulhasni ni and gelarkan dia “The Pocket Rocketman“. Sambung baca lagi baiiii »


Sambutan perniagaan HyprobulkSMS memang di luar jangkaan aku dan orang yang sudah sedia menjadi ahli HyprobulkSMS. Aku pasti sudah ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut dengan program buat duit sampingan yang terhangat pada tahun 2010 ini.


Klik gambar untuk lebih jelas dan sahkan keasliannya.

Jangan terkejut kalau ada kawan-kawan atau ahli keluarga korang yang dah join program HyprobulkSMS ni. Sebabnya program ni dah ramai yang sertai dan sudahpun terbukti. Menggunakan sistem HyprobulkSMS yang ada, anda boleh memperoleh keuntungan dalam masa 24 jam. Ahaaaa! Tak payah terkejut sebab semuanya dah diaturkan dalam sistem canggih HyprobulkSMS.

Program buat duit sampingan dengan menjadi usahawan HyprobulkSMS separuh ataupun sepenuh masa sudah pun dibincangkan dalam program TV di saluran RTM. Kalau korang tak percaya korang boleh tengok video Youtube dekat bawah. Jangan sangsi-sangsi lagi nak jadi ahli HyprobulkSMS dalam masa terdekat ni sebab bila dah keluar dan dibincangkan dekat RTM, memang sudah pastilah program ni benar-benar bagus!


Aku tak pasti sama ada korang perasan atau tak yang aku ni kerap tergelak dalam penulisan aku. Perasan kan? Sebab obvious sangat kot. Huhu.. Aku perlukan gelak-gelak ni untuk memanjangkan entry aku walaupun sebenarnya aku mampu untuk menaip papan kekunci dengan cepat dan laju dan lebih banyak perkataan lagi.

Sebenarnya akumula gelak-gelak dalam penulisan masa zaman-zaman tulis surat cinta dulu. Yerla, dulu sekolah asrama penuh mestilah nak ada awek kan. Teman berbicara, teman bermanja, ehem2. Hehehe.. Nak-nak pulak kalau budak perempuan outing, ada orang hantar burger zinger KFC dekat locker kan. Bang ada akak bagi. Waaaaaa! Sweeeet! Miahaha.. Padahal dah lapar sangat..

Dulu bapak semangat tulis surat cinta. Ye lah, masa dulu takde laptop. Cikgu tak bagi. Pastu kat asrama takde wifi. Hape punya asrama daaaa.. Miahaha! Kalau ada wifi boleh buat macam-macam research and experiment kot untuk sekolah. Heeeeee.. So tulis surat cinta masa balik daripada prep. Pastu tulis kat bilik prep asrama dengan pen warna-warni. Serius dow!

Antara cara aku gelak masa dulu, bagi memanjangkan surat cinta dan nak menunjukkan aku ni periang orangnya..

Hohohoho.. Huhuhu.. Hehehehe..

Ahaksss… Weeee weee weeee.. Hihihi..

Tapi lepas dah selalu hidup dalam dunia online ni. Banyak juga benda baru aku belajar dan guna untuk menambah rasa setiap artikel. Contohnya…

Aummmmm!! Roarrr!! Miahahaha!

Haha. Tu semua ada unsur erotic skit.. Miahaha ni aku belajar daripada bro Joe Vemma sebab selalu nampak dia update status Facebook camtu.. Hehehehe..


Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dengan Saiful nampaknya masih lagi belum selesai. tak tahulah sampai bila agaknya baru nak selesai. Siapa budak-budak law kat sini? Aku nak tanya sikit apsal kes ni mengambil masa yang lama sangat nak selesai. Aku rasa kalau korang budak law mesti boleh jawab kan.

Aku pun tak tahu siapa yang sebenarnya betul. Entahlah. Aku bukan siapa nak cakap-cakap pasal isu berprofil tinggi ni. Aku ni rakyat biasa je yang kurang mengomel pasal dunia politik. Apa yang pasti, aku harap Malaysia ni aman dan harmoni.

Nanti sama-sama kita saksikan bagaimana kesudahannya kes liwat Anwar Ibrahim ni. Moga-moga pihak yang benar dapat menang kes. Kalau tak menang dekat sini pun takpe, yang pasti dekat akhirat nanti kita semua dapa tahu. Hohoho.. Moga Malaysia terus aman damai tak ganggu kitorang layan buat duit online. Amiiiinn. Sambung baca lagi baiiii »