February 2010 Archives

Haritu masa petang yang dingin dibuai semboyan angin nan senja.. Ehem3.. Aku pergi beli pisang goreng dekat-dekat dengan rumah sewa aku. Hajat nak makan pisang goreng membuak-buak hari tu.

Masa tengah nak tunggu turn order pisang goreng, dengarlah ada sorang makcik ni borak dengan tauke gerai pisang goreng tu. Dia pun makcik jugaklah pangkatnya. Hohoho.. Sambil dia terbalikkan pisang yang tengah digoreng, dia cakap kat aku, orang bujang tak elok makan goreng pisang panas-panas. Tunggu sejuk dulu!

Aku tahu tu hanya mitos dan alasan untuk dia borak dengan lebih lama dengan makcik sorang lagi. Wakaka! Diorang borak pasal perubatan tradisional. Diorang cakap kalau sakit dalaman ni, tak payah terus jumpa doktor awal-awal. Tunggu lambat-lambat dulu pastu pergi jumpa pakar perubatan tradisional kat hujung kampung sanun tu haaa. Sambung baca lagi baiiii »


Dah lama jugak aku berkasih sayang dengan Tune Money ni. Hohoho.. Macam mana aku boleh ada kad Tune Money ni? Masa mula-mula aku involved dalam dunia blogging, internet marketing and make money online ni, aku memerlukan akaun Paypal!

Akaun Paypal ni bertujuan untuk aku membayar dan menerima transaksi duit secara online dan seluruh dunia. Maknanya di sini aku boleh terima duit daripada satu dunia walau apa jua pun jenis dan nilai matawang yang aku terima.

Nak ada akaun Paypal ni pulak mesti ada kad VISA ataupun Mastercard. Tak kisah sama ada kad debit ataupun kredit. Jadi aku memilih Tune Money sebagai kad debit aku. Dah daftar Tune Money ni boleh la aku verified akaun Paypal aku. Sambung baca lagi baiiii »


Hari Kekasih or Valentines Day memang ramai yang sambut dan ada ramai jugak yang menolak hari kekasih ni. Paling ramai yang menolak adalah kaum dan agama aku iaitu Islam.

Bagi sesiapa yang pernah rasa kemaruk cinta, sudah kompom agak tertunggu-gunggu hari terunggul dalam diari percintaan masing-masing. Hohoh! Dulu aku pernah jugak berasa excited dengan hari ni. Dulu lah kan. Budak-budak lagi.

Orang Islam memang melarang hari kekasih ni di atas sebab-sebab tertentu. Ada yang cakap hari kekasih ni sebenarnya menyambut hari tewasnya agama Islam dekat mana entah aku dah lupa. Sambung baca lagi baiiii »


Haiyaaaaa! Makin lama makin ramai pulak budak-budak perempuan yang lari ikut boyfriend balik Lombok. Aku memang tersangat-sangatlah musykil dengan kehebatan para lelaki daripada Lombok ni.

Aku bapak hairan, apsal lah asyik-asyik lelaki Lombok. Takkan kat Lombok tu semua kerja diorang amik perempuan-perempuan Malaysia jer. Lelaki negara lain takdelah pulak kecoh culik budak-budak perempuan Malaysia.

Apa yang hebat sangat lelaki Lombok ni? Adakah sebab diorang berbadan pejal dan bontot padat? Atau cara diorang mengayat memang buat budak perempuan Malaysia meleleh macam air cendol? Mungkinkah juga diorang guna ilmu sihir? Sambung baca lagi baiiii »


Wallaweh! Ada lagi artis kantoi positif dadah. Secara jelasnya Zarina Ann Julie mengaku pada pihak bertanggungjawab yang dia ada ambik ketamin. Aku pun tak taulah ketamin ni ape benda.

Nak kate tu nama saintifik macam lawak la pulak. Lain benar nama dadah tu. Air daun ketum la yang paling selalu disebut secara rasmi dekat TV and paper.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kantoi ke tanah juga. Aku pun goyang jugak ni kalau-kalau ada aktiviti aku yang kantoi. Hehehehe.. Sambung baca lagi baiiii »


Untung betul budak-budak sekarang ni, banyak dah promosi yang Streamyx buat. Hohoho! Gaya dah tua sangat plak. Kan bagus kalau diorang buat promotion macam ni masa dulu, takdela susah aku pergi angkat Celcom berukband.

RM50 sebulan aku rasa sudah memadai untuk seorang student yang hidup dengan duit PTPTN, PAMA ataupun lain-lain. Korang boleh baca kelayakan yang dah Streamy senaraikan untuk sesiapa yang berminat ambil pakej Streamyx Unipack ni. Klik sini –> Streamyx Cool Unipack

Siap boleh dapat Netbook lagi woo! Tapi Netbook yang Streamyx bagi ni takdelah power sangat. Bolehlah budak-budak IPT nak buat online cari sumber untuk assignment ataupun berchatting dengan lecturer tercinta. Jangan tangkap cintan betul-betul sudahlah. Sambung baca lagi baiiii »