February 2010 Archives

Dah lama jugaklah aku usyar Dell Studio One 19 ni. Smart dowh! Paling aku suka sebab dia punya processor dengan semua drive dia ada dekat dalam dia punya monitor tu. Memang simple.. Hohoho..

Aku agak suka la dengan benda yang simple-simple ni kan. Takdelah semak-semak wayar sana sini. Aku dah lama takde desktop sebab dah bertahun-tahun aku guna laptop je.

Aku guna desktop masa zaman aku sekolah rendah dulu sampailah sekolah menengah. Pastu dekstop tu tak pernah tukar-tukar or upgrade langsung. Hohoh! Memang terbaik kan camtu?

Dahlah masa zaman tu dekat rumah aku tak ada Streamyx. Masa dulu layan TmNet. Tapi tak lama sangat guna TmNet sebab bil melambung tak agak. Bila zaman Streamyx ade plak, desktop rosak. Nak beli baru duit takde :( Sambung baca lagi baiiii »


Gaya macam orang penting habis je buat tajuk post macam tu. Hohoho! Sebenarnya dah lama dah aku kena warning dengan Grand Brilliance ni. Tapi takdelah diorang hantar surat dekat rumah aku. Wakakaka..

Ni sebab aku ada buat video and upload dekat Youtube. Video tu bertajuk ” AC Mizal Tuduh Shafnie Lesbian”. Alaaaa.. Ni pasal gosip artis masa dulu-dulu aku buat dekat blog aku ni. Maybe material yang aku guna untuk video tu ada kaitan dengan Grand Brilliance, so diorang warning ikut Youtube.

Kalau aku tak delete video tu, account Youtube aku kena terminate. So dengan bijaknya, aku pun delete lah video tu kan. Hehehe.. So pasni, korang tak payahla guna material Grand Brilliance lagi kalau nak upload video kat Youtube.


Ohoiiii! Barangsiapa yang tak tahu apa itu La Senza memang dia sorang yang jarang pergi ke shopping complex ataupun sememangnya dia tidak mempunyai sepasang mata yang agak liar. Hahaha!

La Senza ni merupakan pakaian dalam perempuan yang agak elegan dan juga seksi. Aku rasa ramai jugak lelaki yang tahu pasal La Senza ni. Dan aku dapat menduga mesti ada sang suami yang belikan La Senza ini untuk sang isteri.

Tak tahulah untuk tatapan si suami ataupun keselesaan si isteri. Hohohoho! Tapi bagi kami yang bujang-bujang ni, dah terbayang dah untuk memberikan apa yang terbaik untuk keselesaan isteri kitorang nanti. Huhuhuhu! Sambung baca lagi baiiii »


Tak habis-habis lagi rupanya kes Manohara Pinot ni. Kali nii lagi dasyat dan lebih berani sebab ada adegan manja-manja sikit. Hohoho! Kali ni gambar dia dengan seseorang yang bernama Amil. Manohara dikatakan mencium manja si Amil ni.

Aku harap kerabat Di-Raja Kelantan dapat selesaikan kes ni secepat mungkin sebab nampak macam si Manohara Pinot ni memperlekehkan orang dan raja Melayu. Tak boleh dibiarkan begitu saja maaa..

Gambar Manohara dengan Amil ni dah tersebar luas dekat internet lebih-lebih lagi dekat blogger dan wartawan dekat Indonesia. Aku tak tahulah apa pendapat wartawan dengan blogger Indonesia pasal benda ni. Malu atau bangga? Entahlah..


Korang rasa betul ke tak benda ni wahai lelaki-lelaki budiman sekalian. Hahaha.. Aku rasa macam betul je sebab memang benda ni dah dibincang banyak kali dengan jejaka-jejaka lain.

Aku rasa diorang memang pantang nampak kereta yang superb-superb ni. Miahaha! Kalau korang perempuan, jangan tak mengaku haaa. Lepas tengok kereta, mesti diorang tunggu nak tengok siapa yang drive kereta tu kan. Pastu berangan, kan best kalau dapat dia jadi teman lelaki, yang muda lah lebih baik.

Kalau dekat college swasta mahupun kerajaan, mana-mana lelaki yang bawak kereta sendiri lagi mudah untuk mendapatkan awek. Hohoh.. Kalau tak percaya, tanya kawan sendirilah. Tanya budak-budak UITM sudeyh. Senang nak bawak bontot diorang pergi ke mana-mana bila dah ada kereta nih. Sambung baca lagi baiiii »


Hari ni hari Jumaat maknanya aku akan berada di masjid Taman Paroi Jaya menjelang waktu Zuhur nanti. Minggu lepas pergi terlalu awal sampai budak-budak yang selalu main kejar-kejar dekat masjid tu pun lagi lambat daripada aku.

Hari ni dah bila kedengaran azan baru aku dengan sahabat akan pergi menuju kejayaan. Hohoho! Sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan masjid, lepak dulu beli jus jambu batu. Sedap wooo! Haus hilang, kenyang pun kenyang gak ar kan.

Aku tahu jus jambu batu ni berkhasiat, tapi aku tak tahulah apa khasiatnya dan kebaikan untuk kesihatan aku. Layankan je la kan. Dekat Seremban ni ramai jugakla yang jual jus jambu batu ni. Tak tahulah diorang ni satu geng atau franchise ke kan.

Ok weh! Bagi yang bertelor, jangan lupa pergi solat Jumaat hari ni. Hohoho!