
Sekarang makin ramai orang yang ada blog. Tak kiralah muda ataupun yang sudahpun berumur. Diorang semua ada semangat untuk blogging sama ada sebagai hobi ataupun peluang mencari pendapatan sampingan. Sekarang ni aku rasa bukan pendapatan sampingan lagi dah sebab ramai jugak yang jadikan blog sebagai main income diorang tiap-tipa bulan.
Ada jugak yang blogging untuk suka-suka dan diorang tak buat duit dengan blog. Aku tak tahulah kalau diorang tu memang tak tahu macam mana nak buat duit dengan blog atau diorang memang rasa income diorang dah cukup untuk hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Aku harap diorang boleh mula buat duit sampingan dengan blog. Sebab aku tahu ramai di antara kita (yang muda) masih hidup dengan duit penat lelah mak bapak.
Jadi sekarang aku nak terangkan sedikit bagaimana sebenarnya korang boleh buat duit dengan blog ni.
Pengiklanan/Advertising :
- Pengiklanan secara personal dimana korang sendiri menetapkan harga pengiklanan korang mengikut jenis, saiz dan kadar waktu pengiklanan tu.
- Korang boleh jadi publisher iklan dengan menyertai mana-mana program yang dianjurkan macam Innity, Advertlets dan Google Adsense. Ada banyak lagi! Bentuk iklan tu ada macam-macam termasuk link do blogroll.
Sponsored Post :
- Korang dikehendaki buat artikel dekat blog korang. Patah perkataan tu bergantung kepada syarat kepada pengiklan.
- Pengiklan akan membayar korang untuk membuat artikel(review) mengenai produk ataupun servis diorang. Selalunya pengiklanan jenis sponsored post ni lagi mahal daripada pengiklanan banner dan links.
Promosi Produk Affiliate:
- Korang boleh sertai bermacam-macam program affiliate samada produk orang Malaysia ataupun luar negara. Tapi tengoklah mana yang sesuai dengan pelawat blog korang kan.
- Korang akan dapat komisyen untuk setiap jualan yang terhasil daripada pembelian menerusi link affiliate korang.
- Cara korang nak promosi produk affiliate ni bebas. Sama ada korang nak iklankan produk tu dengan menggunakan banner ataupun link sahaja.
- Korang boleh jugak buat review pasal produk affiliate ni. Tapi korang tak dapat bayaran dengan menulis artikel, tapi dengan pembelian melalui link affiliate korang yang ada dalam artikel tu.
Aku harap korang faham apa yang aku sampaikan ni. Kalau tak paham lagi boleh tanya dekat ruangan comments dekat bawah sekali. Salam maju jaya! Muahahaha!









7 Responses