January 2010 Archives

Baru kejap tadi terjumpa blog Natasha Hudson. Ada orang cakap sebelum ni blog dah kena banned, mungkin ini blog barunya. Jelas sekali itu memang blog Natasha Hudson. :)

Penulisan Natasha Hudson memang aku minati, mungkin dia boleh menjadi penulis sajak atau novel yang baik. Dia banyak menulis mengenai kehidupan dan cara dia nak adapt semua problem dia. Kadang-kadang dia tulis dalam bentuk puitis.

Ada juga dia blog pasal baby Nessa yang amat disayangi dan aktiviti seharian dia. Sesungguhnya dia memang sayangkan Nessa sangat-sangat. Banyak juga diselitkan gambar-gambar menarik.

Diharapkan Natasha Hudson tabah menghadapi segala dugaan yang ada. Akan ku lawati blog mu setiap hari lepas ni. Hehehe :)

Sorrylah, rahsia sikit blog dia. Takut penulisan dia terjejas pulak lepas ni kalau ramai sangat orang baca. Kalau korang nak tahu kena cari sendiri la ok. Muahaha! Kejam sikit hari ni.


Zaquan Adha dilabel sebagai gay? Haha.. Ni mesti ada mamat gay yang bajet maskulin habis and seksi dan mampu nak mengorat Zaquan Adha lepas tu frust menonggeng sebab tak mampu berbuat begitu. Haha.. Tapi kalau bukan mamat gay yang tinbulkan isu ni, maybe pesaing kepada Zaquan Adha yang nak berebut si Ayu Raudhah kot. Hohoho.. Seriously aku tak faham kenapa Zaquan Adha boleh tangkap cintan dengan Ayu Raudhah sebab bagi aku, diorang macam tak sesuai la. Pastu personaliti Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah macam jauh beza kot. Senang citer bagi aku Ayu Raudhah tak lawa! Wakakaka.. Mampoi la Zaquan Adha nak cakap apa pun.

Zaquan Adha ni orang Seremban je. So member kepada member aku jugaklah. Walaupun aku tak pernah bau kasut dia lepas main bola tapi ada la kenalan-kenalan aku yang rapat dengan dia. Kiranya kawan aku ni kalau dia hari-hari main bola masa kecik dan ditrain ayah si kembar ni, maybe boleh jadi superstar jugakla. Walaupun main bola pakai kasut Sparx je masa tu. Muahaha! Tak mungkin sangat-sangat la si Zaquan Adha ni gay sebab bapak dia garang and tegas, displin tinggi kira pandai didik anak la. Pastu tengok la taste kembar dia si Aidil Zafuan tu, kawin dengan Rita Rudaini kot. Walaupun tua. Muahaha!  Tapi baik poiiitt!!

Nak tahu apsal aku cakap diorang tak sesuai? Tengok gambar dekat bawah ni cukuplah. Sambung baca lagi baiiii »


Ketika orang ramai tengah sibuk-sibuk cerita pasal Memey dan Norman Hakim selalu pergi berkelah sama-sama main air, Abby Abadi dan Zul Ariffin masih lagi cool dan tenang sebab ramai orang yang tak sibuk nak cerita pasal kemesraan diorang berdua. Masa dulu Abby cakap dia dengan Zul cuma rakan sekerja dan partner business je. Dulu diorang berdua pernah kantoi pergi China bersama-sama. Kata Abby, masa tu diorang nak caripeluang perniagaan. Mayba ada produk dekat China tu yang diorang minat. Boleh jual dekat peminat-peminat diorang yang minat dengan barang diorang minat. Paham tak? Ahah!

Gambar-gambar Abby dan Zul ni boleh jadi bukti yang diorang berdua ni serasi bersama. Zul mungkin suka perempuan yang lebih berpengalaman. Abby mungkin suka membimbing jejaka muda ni dalam industri hiburan. Kan? Kan? Kan? Aku dah lama tak tengok cerita Gerak Khas dan aku tak tahu drama tu ada lagi ke tak. Tapi aku pernah tahu yang diorang berdua ni berlakon sama. Mungkin masing2 dah sefahaman dengan kerja dan kehidupan harian diorang.

Sebelum ni Abby mesti terasa hati dengan gambar-gambar anak dia dengan Norman Hakim mesra dengan Memey Suhaiza. Tapi kali ni Abby tak perlulah nak tunjukkan kemesraan Zul dengan anak-anak Abby kan. Buat ape nak gaduh-gaduh. Tapi simpan dalam hati memang sakit. Takpelah, biar Tuhan yang menetukan segalanya. Jom tengok gambar keanak-anakan Zul dan Abby Abadi. Sambung baca lagi baiiii »


Bangga betul tangan aku bila dapat pegang Blackberry Curve ni. Muahaha! Ni limited edition punya poit, korang memang tak payah la nak cari-cari dekat tempat korang. Memang takkan jumpa punya! Kalau korang bagi aku RM5,000 sekalipun aku takkan bagitau la mana aku dapat Blackberry Curve ni. Wohoho! Korang mimpi jela, berangan sikit dalam toilet baru korang boleh jumpa Blackberry curve yang macam aku pegang ni. Ahah!

Ok, aku berterus terang je lah. Handphone yang aku pegang ni memang bukan Blackberry Curve tapi ni BleckBerry OU keluaran Vodaphone. Seriusly aku cakap, Bleckberry ni lagi hebat daripada Blackberry Curve yang asal. Lebih-lebih lagi Bleckberry ni keluaran Vodaphone company yang baru je mengatasi kecanggihan teknologi company Vodafone. Sudah semestinya CEO Vodafone berbulu je lepas tewas dengan Vodaphone. Muahaha!

Ok, korang tengoklah sendiri ok, walaupun harini tarikh lain, tapi Bleckberry ni boleh bawak korang ke masa silam. Dasyat ke tak dasyta weh? Haha.. Sebab tu aku taknak bagitau mana aku dapat Bleckberry ni. Hohoho! Aku bagi clue la  sikit, Kancil Putih. Ahah! Lagi satu yang power, Bleckberry ni punya coverage memang SENTIASA full bar walaupun korang bawak ke dalam hutan, sejauh mana dalam gua tu pun, sejauh dalam mana laut tu pun. Bleckberry punya coverage memang akan sentiasa FULL BAR dow! Sambung baca lagi baiiii »


Gadis genit Nadia AF6 terkenal masa musim Akademi Fantasia 6 dengan suara dia yang serak-serak basah tu. Aku pun suka dengar suara dia tapi takdelah sampai nak mengAFUNDI. Hahaha! Bukannya takde kredit nak AFUNDI tapi rasa macam tak berbaloi je. Banyak lagi benda yang boleh aku guna untuk SMS dan lagi penting boleh digunakan sebaik-baiknya di saat-sat kecemasan.

Dari dalam AF6 lagi dah boleh tengok Nadia ni agak manja. Tak hairanlah kalau dia rapat dengan family dia kan. Umur pun baru nak naik 20an. Diorang cakap kedai roti jala ke popia ntah, family dia buat dekat Setiawangsa memang mantap. Aku tak pernah rasa lagi, so tak tahulah rating tu sesuai tak dengan anak tekak aku ni. Muahaha! Kalau tahu kedai dia dekat mana and masa tu aku dekat KL, memang aku nak try. Test power mak dia masak sat. Hehehe..

Sekarang ni agak jarangla nak tahu pasal perkembangan Nadia AF6 ni. Tak nampak pulak keluar dekat mana-mana. Harap-harap janganlah dia tersimpang nak jadi pengacara ke pelakon ke penari ke. Kalau boleh teruskanlah menyanyi tu kan. Korang usyar semua gambar gamily dia dekat bawah ni. Sambung baca lagi baiiii »


Finally, perkahwinan anak perempuan Chef Wan, Serina telah selamat menjadi isteri pegawai eksekutif Football Focus, Gavin atau nama Islamnya Salahuddin. Sebelum ni dah berapa kali hajat Serina nak berkahwin ditentang ayahnya sendiri Chef Wan. Tapi kali ni pilihan Serina, Salahuddin telah diperkenan dan direstui Chef Wan. Dapat jugak Serina kahwin akhirnya. Mesti dah boring hidup single nih. Hohoho!

Serina sah menjadi isteri Salahuddin pada 11.23 pagi semalam. Pernikahan diorang disaksikan oleh kaum keluarga dan rakan artis-artis yang lain. Antara angka-angka yang korang patut tahu, RM1,000 adalah untuk mas kahwin dan RM30,000 adalah nilai wang hantaran Salahuddin kepada pengantin perempuan. Pihak lelaki menghantar 7 dulang hantaran lepas tu Serina reply dengan 9 dulang hantaran. Oooo, memang betullah apa yang aku fikir selama ni, perempuan mesti lagi banyak dari lelaki. Tak tahulah kalau diorang main tipu, hantaran kasut tapi sebelah kasut satu dulang. Haha!

Kalau rumah korang ada Astro, korang berpeluang nak tengok upacara perkahwinan Serina dengan Salahuddin ni. Kalau tak silap aku, Asian Food Channel free je kan? Memang dah ada dekat Astro walaupun korang ambik pakej Astro yang basic je. Nanti dalam bulan Februari nanti korang bukaklah Asian Food Channel (Channel 703). Kalau korang dah tahu exact date nanti korang bagitau aku skali haaa.. Cuba tengok antara gambar-gambar pernikahan diorang selepas ni. Aumm! Sambung baca lagi baiiii »