January 2010 Archives

Perghh! Lama gila tak update blog. Banyak kerja freelance dow. Sorry banyak2. Macam biasa, kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Dua kali kais tu geng. Sorry eh dah lama tak update. Hehehe.. Ni aku ada update ringkas pasal gosip artis.

Takdelah gosip pun, cuma gambar je. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, pandai-pandai la cari Mat Kepoh. Muahaha! Aku nak up kan balik Mat Kepoh ni. Hope korang sukalah. Kalau tak suka nak buat macam mana. Kalau taknak membazir duit beli magazine hiburan, baca Mat Kepoh sudey. Wakaka!


Ini adalah sambungan daripada post aku “  Marion Caunter Bercinta Dengan SM Nasarudin (NAZA) “. Kalau ditengokkan gambar-gambar ni, memang boleh nampak Marion dengan SM Nasarudin selalu jugaklah berdampingan. Selalu tu maybe selalu untuk orang-orang yang sibuk. Mana tak nya, si Marion ni artis dan SM Nasarudin ni pulak orang korporat.

Bertuah betul keluarga NAZA poit. Memang betul-betul membina empayar. Makin lama makin besar dan macam-macam dah bisnes diorang. Paling otai, kalau mana-mana company yang nak jual kereta pastu nak harga murah, diorang mesti beli ikut NAZA sebab NAZA je yang ada AP untuk bawak masuk kereta dengan harga yang murah. Lain la kalau seludup or curi kereta orang lain. Sambung baca lagi baiiii »


Aloha! Hari ni aku nak membawa ke tengah (haha) isu mengenai minda kita sebagai manusia dan kewangan. Apa yang mempengaruhi minda kita terhadap wang dan juga apa yagng wang boleh buat terhadap minda kita. Mungkin ramai yang tidak sedar akan kesan di atas perkara sebegini. Nampak macam perkara kecil, tapi sebenarnya kalau kita fikirkan sedalam-dalam mungkin, dua perkara ni lah yang membawa perubahan dalam hidup kita semua.

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Duit atau wang hari ini menjadi buruan setiap manusia.  Namun yang menjadi masalahnya adalah semakin dicari semakin tak jumpa.  Semakin dikejar semakin jauh ia pergi.  Selaras dengan lirik lagu Sifu M. Nasir, manusia tertanya-tanya “dimanakah duit itu?”

Kegusaran dan kerunsingan akibat kekurangan duit amat ketara sehingga manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan objek yang dipanggil duit itu.  Amat susah rasanya untuk memilikinya.  Keadaan ini berlaku adalah kerana manusia itu tiada kesedaran bagaimana hendak mendapatkan duit dengan  cara yang betul dan mudah.  Mengapa ada manusia hanya mampu meraih sejumlah RM1000.00 sebulan adalah kerana dia tidak memiliki kesedaran bagaimana hendak mendapatkan RM10,000.00 sebulan.  Aduhai! Semakin pening kepala apabila pembacaan ini diteruskan.  Anda boleh berhenti di sini jika mahu, tetapi bagi mereka yang meneruskan pembacaan tahniah kerana anda akan didedahkan dengan info bakal merubah kehidupan anda.

Manusia berfikir dengan menggunakan satu organ seberat 3 paun yang dikenali sebagai OTAK.  Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.  Otak manusia mengandungi sekitar 23 billion neuron, di mana setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain. Sambung baca lagi baiiii »


Ohoiii! Aku berhasrat lepas ni kalau ada apa-apa cerita pasal gosip artis, aku nak update dekat MatKepoh.com je la. Dalam blog personal aku ni, mungkin aku akan banyak ungkap pasal keperibadian aku dan sebarng ilmiah yang boleh bantu korang untuk hidup di jalan yang lurus. Hehehe..

Jadi jika ada sebarang hasrat untuk tahu lebih lanjut pasal dunia hiburan artis yang penuh dengan mimpi, korang masuk-masukla Mat Kepoh ya. Tak salah pun kan. Blog aku jugak tu. Hohoho.. Kira penjenamaan semula Mat Kepoh la kononnya. Mana tahu Melodi nak guna balik Mat Kepoh, boleh lah jemput kitorang. Hua3! Aku dengan Mario yang akan selalu update Mat Kepoh. Sambung baca lagi baiiii »


Huwarghhhh! Kekecewaan kedanan kedukaan kesungguhan kedirian keinian. Terduduk selama beberapa hari membuatkan aku tak dapat nak update blog. Masih tak dapat nak terima kekalahan Negeri Sembilan dengan Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2010 Sabtu lepas. Dah lah aku datang dengan semangat yang membara walaupun aku tidak diturunkan Wan Jamak dalam skuad Rusa malam tu.

Aku memang tak dapat terima malam tu. Negeri Sembilan yang score dulu dow! 65minit perlawanan tu memang Negeri Sembilan yang punya. Asal dapat bola je memang counter kaw2 punya. Tapi nak sampai dekat depan gol, finishing hancus! Aduyaiii! Tapi takpola, dah memang takdo nasib agak eyh. Allah nak bagi kesedaran sikit. Hopefully, kekalahan ni dapat jadi petunjuk untuk kempen Liga Super 2010. Tahun ni Negeri Sembilan main memang baik! Sambung baca lagi baiiii »


Hobin jang hobin! Wooot2!

Aku dah membara nih. Korang tak membara ke? Miahaha! Malam ni merupakan antara match bola sepak Malaysia yang ditunggu-tunggu. Negeri Sembilan VS Selangor dimana NS adalah juara Piala Malaysia 2009. Aku ulang sekali lagi juara Piala Malaysia. Selangor pulak juara.. Ahh! Korang pergi cari dekat google sendiri. Hohoh!

Malam ni maybe sesak jugakla sebab Negeri Sembilan dengan Selangor takdelah jauh mana. Sebagai anak jati Negeri Sembilan sudah semestinya aku akan tengok perlawanan ni. Jarak ke stadium hanya setakat joging je dah sampai. Really? Huhuhu.. Sambung baca lagi baiiii »