January 2010 Archives

Aku Dihimpap Oleh Budak Gemuk

Hari Sabtu yang lepas saya dan kawan-kawan saya pergi ke Kuala Lumpur. Ahah! Ok cukuplah dah dapat 5 markah untuk ayat baku daripada aku tadi. Mintak-mintak Cikgu Hasmiza boleh luluskan. Hehehe.. Sebenarnya aku tak tahu nak letak apa as tajuk post aku kali ni.

Sama ada aku nak letak Castle Ampang ataupun Castle Jalan Damai. Memandangkan setelah aku search dekat pakcik Google, dia cakap Castle Ampang lebih banyak suggestion daripada Castle Jalan Damai. Jadi sebab tu lah aku letak title dengan Castle Ampang moga-moga ramai orang akan search nanti. Please God. Huhu..

Mario Tengah Layan Punggung

Mula-mula aku ingat tak pergi ikut diorang sebab ada janji nak lepak dengan blogger Seremban. Tapi disebabkan member aku takbleh kalau geng-geng kitorang tak join. Kalau tak nanti kompom kena conference kat YM pastu kutuk ramai-ramai. Wakaka! Syal dow korang.

Malam tu kitorang lepak sempena hari jadi member iaitu Kimpit, Syamir, KN and Kojek. Sape punya birthday, memang diorang yang kena payung makan. Hohohoh.. Aku bajet Castle Ampang ni best lah sangat. Rupanya biasa-biasa jek. Awek pun takdelah ramai mana. Budak-budak pengkid dengan awek-awek diorang ramai la. Tah hapo nak jaid tak tau la.

Geram Haaa Nak Jilat

Makanan dekat Castle Ampang ni ada yang sedap and ada yang biasa-biasa je. Ada pizza kering tu memang layan. Ayam diorang sama je macam makan kedai mamak. Tapi daging diorang sodap gilo! Lidah aku yang raso la kan. Budak-budak ni tak tahu la raso apo. Aku dengan Mario plak duduk tengah-tengah, memang apa yang lalu singgah dulu kitorang sebat. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Oink3! Oink3! Orang makan babi sendawa pun oink3 ke? Haha.. Maaf, hanya lawak budak rajah 6. Perkara ni tak tahulah kita sebagai rakyat Malaysia nak banggakan atau tidak. Korang rasa bangga tak apabila upacara penyamakkan najis babi terbesar di Malaysia dilangsungkan? Muahaha!

Ini memang berita betul maaaa. Keluar berita kot malam tadi, tapi takdelah nak celebrate gila-gila. Diorang nak samak ladang babi ni sebab abbi semu dah takde and diorang nak gantikan dengan lembu! Sebab ladang babi yang dah kena tutup ni teramatlah besar! 12 hektar besarnya! Bapak bosar siot! Dah boleh buat Walt Disney Malaysia kot. Huhuhu..

Kalau tak silap aku ladang ni ada kat Pahang. Kalau silap korang tolong roger aku ok. Kalau nak kambus balik ladang babi ni, rugi plak diorang cakap nanti. Sebab terlalu besar dan aku rasa diorang dah fikir masak-masak untuk jadikan ladang lembu pulak. Korang rasa ada orang nak beli tka daging lembu dari ladang ni? Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Artikel kali ni ditaja oleh pihak Evolusi Minda yang banyak menyedarkan ramai orang betapa pentingnya motivasi dan spiritual di dalam setiap individu. Nampak je dua-dua perkara ni macam remeh, tapi kalau kita ikuti dan laksanakan dengan semangat dan niat yang murni, InsyaAllah kehidupan kita akan bertambah teratur. Kalau tak caya, try la datang PERCUMA.

Setiap tahun ada sahaja JUTAWAN yang naik/lahir namun tidak kurang juga jutawan yang jatuh/mati.  Perkataan jutawan kini seolah-olah telah menjadi begitu clishe, sehingga ada diantara kita yang tidak lagi mahu menjadi jutawan atau merasa loya bila disebut perkataan jutawan.  Iklan di akhbar terhadap produk MLM terlalu banyak yang menjanjikan title Jutawan kepada pengedarnya.  Title Jutawan itu seolah-olah umpan kepada mata kail mereka.  Dana yang terkumpul sebanyak RM1,000,000.00 telah melayakkan seseorang itu bergelar jutawan.  Aduhai! Runsing jadinya bila difikirkan kerenah dan gelagat mereka yang begitu taksub untuk bergelar Jutawan.  Buat apa sahaja yang penting matlamat menjadi jutawan tercapai.  Ok stop!

Mari kita lihat sebenarnya bagaimana rentetan atau secara teknikalnya seseorang Jutawan yang genuine itu terhasil. Sambung baca lagi baiiii »


Woot2! Di kala aku tengah update blog aku ni. Aku masih lagi di rumah member di Subang. Petang ni baru balik Somban kot. Malam tadi sambut birthday member aku. Nanti aku kasi tunjuk dekat korang semua gambar dekat Castle, Jalan Damai.

Surat khabar hari ni masih lagi cerita pasal ada sorang brader ni kena gigit dengan haiwan yang masih belum dapat dikenal pasti secara tepat di pantai Port Dickson. Dia kena gigit masa dia tengah bermandi-manda dengan anaknya dan tiba-tiba terasa macam ada sesuatu yang menggigit dan menarik kaki brader tu.

Kemudian brader tu dengan bantuan kawan, tarik dia daripada gigitan binatang tu dan naik ke pantai. Kita boleh gelar yang menggigit tu sebagai Unidentify Biting Object (UBO). Hohoho! Teruk jugak brader tukena gigit, memang tersangat dalam. Tengok gambar ni pun dah ngeri dah. Sambung baca lagi baiiii »


Baru harini aku dapat kekuatan nak tunjukkan dekat korang semua, bakat aku memasak jemput-jemput. Aku tahu ada macam-macam nama lagi yang telah digunakan untuk kuih ni. Hohoho! Ada yang panggil cekodok, cingkodok, kodok, put-put, cengkodok dan macam-macam lagi. Nama jemput-jemput ni dah sebati dengan sebutan mulut aku sejak kecik lagi. Cekodok aku gunakan hanya untuk cekodok pisang je. Ahah!

Mari perhatikan gambar langkah demi langkah yang Chef Wan dah ajar aku. Serius, ni Chef Wan ajar aku. Dia cakap dia Chef Wan, memandangkan aku tak pernah jumpa Chef Wan face to face maka aku anggaplah dia berada di dalam dunia Chef Wan dia yang tersendiri. Huhuhu! So hiburkan hati korang untuk melihat kepakaran ku. I think i can cook lah! Sambung baca lagi baiiii »