December 2009 Archives

Ahahaha! Hari ni punya Jumaat lain macam sikit, siap amik video. Agak boring jugak la sampai nak amik video. Gambar clear je sepatutnya, tapi bila dah upload dekat Youtube jadi macam pecah sikit. Agak hampa jugak lah aku terhadap kau wahai Youtube. Macam biasa hari ni akan solat Jumaat dekat Masjid Paroi Jaya yang nyaman. Pagi tadi aku ada dapat email daripada Innity, diorang mintak traffic report blog aku yang tak seberapa ni. Hohoho.. Tak sabar rasanya nak menggunakan Innity selepas aku membuang semua ads Nuffnang daripada blog aku ni malam tadi.

Aku submit traffic report blog aku daripada Google Analytics. Lebih mudah rasanya dengan hanya satu klik. Hehehe.. Save dalam bentuk PDF file. Lepas tu send dekat wakil Innity , Weisin. Hye Weisin! Hehehe.. Sorry i mention nama u dalam post ni. Aku rasa diorang semua tengah cuti hari ni so diorang tak reply lagi. Aman ada bagitau aku dia punya email pun diorang tak reply lagi. So aku rasa macam ok la, hopefully esok dah dapat la. Aman cakap earning dengan Innity lebih mantap daripada Nuffnang. Thanks kepada Aman macho! Wakakaa!

P/S : Korang usyar la video Youtube tu sikit haaaa.. Ada rahsia tu..


Ini adalah isu yang dibangkitkan untuk semua para penggunting rambut dekat Malaysia. Adakah korang ni bajet korang power? Ahaha.. Akur asa diorang ni main gunting jer rambut orang pun. Ikut sedap diorang je. Bajet macam lawa la kan, lepas tu psycho2 org yg rambutnya digunting tu cakap smart la, lawa la. Muahaha! Aku rasa aku pun boleh gunting rambut. Lagi hebat, aku pernah gunting rambut aku sendiri dengan selambanya depan cermin. Rambut belakang pun aku pernah gunting. Tapi time tu rambut aku panjang gila  la kan. Ahaha.. Orang tak perasan pun mana kurang mana lebih.

P/S: Aksi ini berlaku di belakang rumah kitorang


Baru2 ni heboh orang cakap pasal Remy Ishak kena belasah dekat Istana Budaya. Kena belasah dengan 7 orang atas sebab berlaku kasar terhadap seorang anak perempuan businessman. Bukan anak aku ok. Hohoho! Tapi ramai yang kaitkan isu ini dengan Ummi Nazeera. Tapi aku tak pasti la siapa ayah Ummi Nazeera ni. Jadi tak tahu betul atau tak Remy Ishak kena belasah sebab Ummi Nazeera.

Tapi manalah tahu kan kalau Remy Ishak kena belasah dengan seorang peniaga dekat Uptown ke. Remy Ishak maki anak peniaga tu yang tak bagi Remy Ishak harga yang murah. Lepas tu Remy Ishak maki budak tu ke. Hahaha. Kira anak businessman lah jugak tu kan. Wakaka! Orang semua cakap Ummi Nazeera yang menjadi punca Remy Ishak dibelasah dan dimaki oleh 7 orang sebab sebelum ni Ummi Nazeera dikatakan rapat dengan Remy Ishak dan maybe ada couple2 la kan. Kemungkinan besar Ummi Nazeera cemburu Remy Ishak terlebih rapat dengan perempuan lain dan jadi jealous sangat.

P/S : Perempuan ni kalau bab bercinta ni bahaya sikit, luar jangkaan :)


Alahai~ Sebenarnya gambar ni dah lama aku jumpa dekat Roti Kaya dan baru sekarang aku nak tunjuk dekat korang. Lepas aku tengok blog2 lain pun tunjuk gambar Scha Alyahya korang ni kantoi dating dengan Awal Ashaari. Sorry la lambat sikit sebab aku busy buat projek. Hehehe.. Walaupun hari duduk dekat rumah bujang, sekali sekala kenalah buat projek kan. Baru lah boleh buat macam2.. Aummm!

Ok secara terang2an 3 keping (patutke penjodoh bilangan ni) gambar ni memang ada kelibat Awal Ashaari pengacara bersama Sehati Berdansa. Dan kelibat perempuan dalam gambar2 ni aku rasa memang sah Scha Alyahya. Kita boleh tengok yang ini bukan gambar Ifa Raziah mahupun Rosnah Mat Aris dan tidak sesekali Sharifah Aini. Kuang3! Aku rasa memang bentuk badan kelibat perempuan dekat atas ni tidak lain dan tidak bukan adalah Roslan Shah. Eh silap, Scha Alyahya. Hehehehe..

Ahaaa! Hari ni aku nak review sikit pasal RotiKaya.com. Aku amat meminati cara penyampaian penulis RotiKaya.com . Aku tahu siapa pemilik Roti Kaya tetapi aku tak pasti sama ada dia nak orang tahu atau tidak mengenai hal tersebut. Ahah! Sebelum ni dia adalah pemilik OhBulan. Tapi dia dah jual OhBulan dekat orang lain. Dahulu cara penyampaian OhBulan sama macam Roti Kaya. Tapi sekarang ni owner baru OhBulan gaya penyampaiannya tak sama. Aku suka keadaan Roti Kaya dan OhBulan yang dulu. Kemas teratur dan relax. Walaupun aku suka, tapi aku takkan tiru cara Roti Kaya. Ada masa korang lepaklah kat sana jugak ok. Tapi jangan lupa lepak dekat blog aku yang tak seberapa ni. Muahaha! Tengok gambar Scha dan Awal dekat bawah. Sambung baca lagi dow »


Shuffle2! Sreetttt.. Sreeettt!! Shoooop2!! Angkat tangan kiri tolak tangan kanan ke bawah. Lepas tu genggam tangan kiri depan mata dancer lawan. Shreeettt2 (menggesel ke belakang).. Ooopps.. Tapak kasut dah koyak la. Pinjam kasut wehh! Ahahah.. Takbleh blah betul aku tengok budak2 shuffle sekarang ni. Ah hai.. Tapi kadang2 best jugak tengok budak shuffle ni, boleh buat perut kitorang tergelak sekali tanpa gelak di mulut. Hua3! Paling lawak kalau diorang rasa step dance diorang tu dah cukup  cool. Weh!! Tarian dangdut lagi cool and smooth dari korang la dow!

Aku tak faham kenapa la diorang suka sangat shuffle nih. Adehh.. Nak kata menyihatkan badan better main futsal je. Takpun korang pakai baju ngan seluar macam nak pergi gym. Korang shuffle la dekat dalam gym tu. Alaaaa.. Budak2 shuffle ni budak clubbing jugak kan. Saja nak tunjuk shuffle ni budak2 sihat la dan ke arah kebaikan. Shuffle ke tectonic ke hape ke, lawak gak tengok korang. Hohoho! Korang tak cool dowh sama macam aku. Baik tak payah buat pape macam kitorang, hanya berbakti kepada assignment yang diberi ibu bapa. Ahaha!

P/S : Takkanlah nak shuffle kat lantai tepi kedai Pak Mat je, mesti nak try dalam club.


Pernah tak korang lepak dekat GadisComel.com ? Aku rasa kebanyakan budak lelaki mesti selalu sangat dah lepak dekat website GadisComel.com ni. Hohoho.. Masa aku frist time jumpa blog ni, punyalah lama aku lepak sampai malam aku rasa. Nak klik next, next dan next. Muahaha! Memang comel2 dowh awek2 dalam ni. Bagi budak2 lelaki yang malas nak lepak dekat luar tapi rasa seperti nak didampingi oleh gadis-gadis comel, silalah hadirkan diri korang ke GadisComel.com .

Ada jugak gambar2 yang aku tengok dalam GadisComel.com aku pernah jumpa dekat Facebook. Ada di antara diorang yang tahu dan tak tahu gambar diorang ada kat situ. Bagi yang tahu tu, ada jugak yang marah gila. Hohoho! Sabar aje la. NI DUNIA TENET! So sila hubungi MSC kalau beriya2 sangat nak banteras. Bapak belambak gambar awek2 cun dalam tu.Diorang siap boleh bagi budak2 duit dekat situ sama ada lelaki ataupun perempuan. Hahaha!

Diorang akan membayar RM0.50 untuk setiap gambar yang korang submit dekat diorang. Minimum payout adalah RM10.00. Jadi korang harus submit 20 keping gambar sekurang2nya untuk mencukupi nilai payout diorang. Ohoho! Tak semstinya submission korang kena 20 keping gambar sekali gus. Perghhh! Aku ni menggalakkan orang pulak. Tapi ok gak, kalau korang ade awek ramai, upload la sikit haaa.. Dah lame diorang tak update tu. =))

P/S : Bila dah bergambar2 tu jaga2 la. Kalau dah gambar sampai nak tunjuk alur, nak marah org plak.