December 2009 Archives

Kadang2 duduk rumah memang tak sedar yang aku dah lama tak keluar berkeliaran dekat bandar Seremban. Hohoho! Masa tu member aku cakap ada bangunan KFC baru dekat tengah2 bandar Seremban. AKu ranya dekat mana, diorang cakap dekat dengan The Store baru. Ooooo, dekat tapak wayang lama dulu. Haha! Bangunan tempat tengok wayang yang orang boleh hisap rokok dalam tu. Wakaka! Biasalah wayang lama kot.

Bagus jugak la ada pembaharuan dekat Seremban ni, barulah terasa berkembang sikit Seremban ni. Ahaha! Patutnya kena buat banyak2 lagi shopping complex besar2 and mall2 besar. Barulah ramai awek2 nak lepak dekat Seremban ni. Ahaha! Ni tak, awek Seremban yang cun2 pun banyak turun KL kot. Siot tol. Macam mana la nak mengembangkan lagi minda para lelaki dekat Seremban ni. Ahahaha! Janganla asyik2 buat shop lot, rumah2 kedai. Dah sesak siot! Developer fikir nak untung diorang je. Siamang betul!

Oklah, dipendekkan cerita sebab ada KFC baru dekat Seremban ni aku pun dengan rela hatinya nak makan dengan budak2 ni dekat situ. Bangunan ok lah, lawa and ada bentuk2 Minangkabau sikit. Bangunan dua tingkat ni ada smoking area sekali dekat tingkat atas. Senang budak2 ni nak smoke dan aku macam biasa hanya melihat kepul2an asap tersebut. Hohoho! Nasib baik KFC baru ni berfikiran luas dengan menyediakan free WIFI seupaya orang boleh BERTENET dekat sini dengan mudah. Tapi sayangnya, branch ni belum 24jam lagi. Kalau 24-7 memang mantap poit! korang tengok semua gambar kelahapan aku -> More

P/S : Sekarang ni setiap malam makan KFC, partner aku ada part-time dekat KFC. Aummmm! Sambung baca lagi dow »


Malam tadi sementara tunggu match Man Utd start, aku usyar2 jap channel lain. Tiba2 stumble dekat channel, Biggsest Loser Asia. Selama ni aku memang nak tengok rancangan ni tapi tak berkesempatan. Bukannya aku tak tahu hari apa and pukul brape, tapi ade je benda2 yang nak dibuatkan. Hohoho! So aku tengok la sampai habis malam tadi. Itupun bukan daripada awal.

Masa aku tengok tu ada sorang peserta daripada Philipine dah pengsan. Peserta lelaki, Kevin namanya kalau tak silap aku. bapak punya besar mamat tu, dia pengsan siap kena guna 8 orang lelaki nak angkat dia daripada katil bawak masuk dalam ambulans. Fuhh!  Dia pengsan sebab dia tak makan dan minum dengan cukup sebab dia bajet nak kurus cepat. Padahal siang tu excercise agak hard jugaklah. Muka dia pun aku tgok mmg dah tak bermaya gila.

Pastu masa nak angkat mamat Kevin tu masuk ambulans, tiba2 aku dengan partner aku Mario perasan yang salah sorang daripada lelaki tu Aaron. Kitorang kenal Aaron ni dekat Rock The World la. Muahaha! Dah berkurun masa zaman budak2 dulu memang tak sah kalau tak pergi Rock The World every end of the year. Aaron memang akan jadi host tetap Rock The World masa tu. Aku memang sukakan cara dia berkata2 atas pentas masa tu. Biasalah budak2 lagi.

Tak sangka pulak dia participate dalam Biggest Loser Asia ni. Aku tengok profile Aaron ni, dia jady copywriter. Dia ni memang jadi IM underground or just jadi copywriter untuk company. Hahaha.. Akan ku  selidiki. Masa aku tengok malam tadi, Aaron dapat kurangkan berat badan dia 10kg dalam masa seminggu. Nice! Hopefully dia boleh jadi champ.

P/S : Rashmi you suxx!


Baru2 ni Tiger Woods dah pun minta maaf and menyuarakan rasa kekecewaan dia terhadap kecurangan diri dia sendiri terhadap isteri dan juga terhadap keluarganya. Dia mengaku atas segala kecurangan dia terhadap kesemua gadis2 pelacur kelas atasan yang dah dia langgan. Memang nafsu rimau betul si Tiger Woods ni. Muahaha! Tengok gaya macam mamat yang  pendiam and nerd je. Tak sangka pulak nafsu dia sebuas namanya.

Jadi lepas ni korang jangan nama anak korang dengan membawa maksud perkara2 yang buas ok, nanti takut terbawak2 pulak perangai macam Tiger Woods ni. Skandal Tiger Woods pulak bukan sorang dua je, 5 orang kalau tak silap aku. Kalau dengan artis2 takpe lagi, tapi ni dengan pelacur. Perghhh! Jatuh standard dowh! Isteri tu kalau tak lawa takpe, ni bekas top model Sweden kot. Itu pun boleh curang lagi. Takkan isteri dia dah tak mantap lagi kot. Aku rasa mantap je tu, tak tau la macam mana Tiger Woods boleh keluar perangai rimau dia.

Skandal Tiger Woods ni dah heboh sampai ‘voice mail’ yang dia bagi dekat pelacur tu boleh kantoi dekat orang ramai. Siap keluar berita lagi. Mak aihhh.. Bapak malu kot. Lepas ni kalau nak main golf kena pakai topeng guni kot baru orang tak cam. Ramai lah lepas ni yang berani nak main golf dengan Tiger Woods, mungkin Tiger Woods boleh terganggu anggaran nak masukkan bola dalam lubang lepas kena sindir2 dengan pihak lawan. Muahaha!

P/S : Isteri Tiger Woods suruh dia berhenti main golf kalau nak kekal bahagia


Haha.. I suka gila dekat style band ni, Tenacious D yang superb. Aku rasa korang semua dah kenal diorang ni sape, tapi kalau tak kenal lagi, meh aku perkenalkan Jack Black dan Kyle Gass. Seperti yang korang biasa tengok, Jack Black bukan lah yang botak tu. Dia dah selalu dah berlakon dalam filem yang lawak2 jugak la. Jarang dia berlakon filem yang memerlukan dia serius2 je. Memang dah terkenal dengan personality dia macam tu. Aku rasa kalau dia betul2 dalam emergency, mesti orang ingat dia buat lawak gak. Hohoho!

Cuba korang tengok video clip diorang, semuanya memang mengujakan. Ahaha! Diselit2kan lawak sikit. Tapi janganlah korang pandang dekat lyrics Tenacious D, memanglah ada mencarut2 tapi takdelah keterlaluan sangat. Pandang pada sudut positive, jangan pandang pada negative side je. Dengar music, jangan fahamkan lyric sgt :P   Nanti terbawak2 buat benda tak elok nanti susah plak.

P/S : Search la Tenacious D dekat Youtube. Mantop2!


Tak tahu sama ada betul atau tidak, tapi Ummi Nazeera kelihatan selesa dengan brader John ni. Aku pun tak pasti siapa lelaki ni. Mungkin ini gambar lama , dan mungkin juga baru. Nampak macam Qi  Destinasi Bajet + Blogger Boy tapi bukan dia. Hohoho! Maybe Ummi Nazeera kena cari mamat ni balik untuk menjadi tempat mengadu. Buat masa ni Ummi Nazeera tak serasi dengan Remy Ishak sebab kes belasah Remy Ishak.

Siapa yang menjadi mastermind membelasah Remy Ishak masih tidak diketahui lagi. Harap2 semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Tapi Remy Ishak mesti nak tuntut pembelaan ke atas diri dia dan nak orang2 yang belasah dia tu dapat dihukum dengan adil. Negara kita ada undang2 , so biarlah mereka yang selesaikan. Keputusan mahkamah baik atau buruk terima je lah. Sebab dunia ni memang macam tu. Hohohoh!

P/S : Dalam gambar ni Ummi Nazeera kureng sikit la dari yang ni -> Auummmm!


Lepas heboh orang cakap ada sorang penyanyi yang lahir daripada rancangan realiti TV dah kena tangkap khalwat, nama Faizal AF4 kerap disebut-sebut oleh para gossiper yang suka mencari dan borak pasal gosip artis. Faizal AF4 atau nama sebenarnya Faizal Ramly akhirnya membuka mulut mengaku memang sekarang status dia adalah suami kepada seorang perempuan. Hehehe.. Tapi dia kahwin dah lama dah dan itu pun atas restu daripada kedua2 pihak lelaki dan perempuan.

Faizal telah bersumpah bahawa dia tak kahwin atas dasar kena tangkpa basah. Kalau tak percaya tunggulah kelahiran baby dia nanti awal tahun depan. Faizal AF4 cakap dia dah kahwin sejak 12 Februari lagi dan tak nak diheboh2kan maybe atas urusan kerja takut dirinya tak laku kalau jadi suami orang kot. Patutke dia fikir macam tu? Hohoho.. Kan dah susah orang ingat dia kena tangkap basah pulak.. Dalam Islam pun mintak kita hebah2kan dekat orang ramai untuk mengelak perkara2 macam ni.

P/S : Moga2 anak mung lahir nanti senyum sokmolah..